PAKATAN RAKYAT GESA PENYOKONG BOIKOT BARANGAN BUATAN JEPUN.

Amat malang sekali bagi pemimpin kesayangan ramai di negara ini iaitu DS Anwar Ibrahim apabila beliau dihalau dengan begitu hina sekali dari memasuki negara Jepun.

Apa salah DS Anwar sehingga beliau diperlakukan sedemikian rupa? Adakah ini merupakan tindakan terancang yang dilakukan secara sengaja bagi memalukan pemimpin ulung negara itu?

Lebih memalukan, tuduhan sebagai pelakon porno yang dilabelkan kepada DS Anwar ternyata tidak berasas. Mengapa DS Anwar dihalau sebegitu rupa hanya kerana dakwaan melampau serta terbukti tidak benar tersebut? Apakah kerajaan Jepun takut kepada Najib Razak?

Penulis difahamkan, punca utama DS Anwar dihalang memasuki negara Jepun adalah kerana tersebarnya sekeping gambar DS Anwar bersama seorang pelacur cina didalam majalah lucah di negara berkenaan. Bagaimanapun, semua rakyat di negara ini telah lama sedar bahawa gambar tersebut hanyalah rekaan kerajaan BN.

Gambar kononnya DS Anwar bersama wanita berkenaan yang keluar didalam majalah lucah tersebut sebenarnya adalah PALSU! Gambar tersebut diambil melalui video seorang lelaki yang mirip kepada DS Anwar yang telah diupah untuk menjatuhkan imej warak pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut.

Malah, DS Anwar sendiri telah menafikan perkara itu dengan mengemukakan bukti-bukti yang amat kukuh bagi mematahkan fitnah dari kerajaan BN. Ini sekaligus menunjukkan kerajaan Jepun tidak peka dengan perkembangan politik bakal Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Dengan ini, Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Jepun meminta maaf dengan kadar segera kepada DS Anwar diatas tuduhan melulu yang dilemparkan. Jika tiada permohonan maaf dalam waktu terdekat, Pakatan Rakyat akan melakukan boikot secara besar-besaran terhadap barangan buatan Jepun di Malaysia!


No comments:

Post a Comment