Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

PENDAKWAAN TERHADAP PEMIMPIN PAKATAN BUKTI ERA KUKU BESI


Pendakwaan mahkamah terhadap lima pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran hari ini menandakan bermulanya era pemerintahan kuku besi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, penangkapan dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan PR, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menjelang sambutan Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik negara.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) jika wakil rakyat PR didapati bersalah dan hilang kelayakan mereka.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima PRK peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN – Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi didakwa dengan tuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan fitnah dan provokasi terhadap ahli Umno.

Manakala Surendran dikenakan dakwaan mengikut Akta Hasutan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membuat kenyataan rayuan kes Liwat II adalah konspirasi politik yang melibatkan Putrajaya, dakwaan kedua yang dikenakan terhadapnya dalam tempoh dua minggu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula semalam didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan yang dibuat terhadap Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan Adun Seri Delima RSN Rayer didakwa dengan dua tuduhan hasutan ekoran kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya Mei lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS, turut didakwa awal minggu ini kerana memfitnah Najib dalam ucapannya dua tahun lalu.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang pula masih dalam proses perbicaraan mengikut Akta Hasutan.

Lim berkata, ini adalah kemuncak ironi kerana Najib pada Julai 2012 memansuhkan Akta Hasutan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara demokrasi terbaik di dunia."

Namun hakikatnya menurut Lim, Najib mencipta rekod baru menggunakan akta itu terhadap ahli Parlimen dan Adun, malah pencapaian beliau mengatasi 22 tahun "zaman gelap" di bawah pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Lima ahli parlimen (termasuk Karpal Singh) dan seorang Adun didakwa kerana menghasut sepanjang enam tahun pentadbiran Najib.

"Sedangkan sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli Parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kelayakannya, iaitu (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng," katanya.

Katanya, ketika itu Dr Mahathir "dibantu" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, namun ia bukanlah alasan untuk memulakan zaman kuku besi baru di bawah kepimpinan Najib.

Beliau berkata, kebebasan demokrasi akan terjejas jika Akta Hasutan dan undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai senjata.

"Bukan sahaja Najib dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang perlu dipertanggungjawabkan atas era kuku besi baru, tetapi seluruh menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN harus dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pengamal kuasa eksekutif dan kehakiman supaya menjauhkan diri daripada melakukan tindakan yang menyebabkan kemerosotan demokrasi.

"Jika tidak, mereka boleh dianggap bersubahat melahirkan era pemerintahan kuku besi baru di Malaysia," katanya.

APAKAH PERPADUAN HANYA WUJUD KETIKA BERLAKU MALAPETAKA ?


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyeru rakyat Malaysia agar tidak hanya bersatu hati ketika berlaku tragedi MH17, tapi meneruskannya dalam kehidupan seharian agar keharmonian dapat dikekalkan.

Menurutnya, kesepakatan yang berlaku semalam apabila semua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang sebulat suara menerima usul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan cerminan perpaduan merentasi perbezaan yang wajar diteruskan.

Sehubungan itu, beliau memohon rakyat Malaysia supaya berhenti sejenak dan bertanya mengapa perpaduan serta kesepakatan antara sesama hanya dapat dicapai pada saat genting.

“Memang, kita semua bersatu dalam rasa kesedihan, hiba, memberi sokongan dan simpati kepada nasib keluarga mangsa, saudara-mara dan rakan-rakan termasuk pekerja-pekerja MAS.

“Tapi, kita juga harus berhenti seketika dan bertanya kenapa ia hanya mampu dilakukan apabila terdapat bencana serta malapetaka tetapi tidak dalam keadaan biasa. Kita mesti mengenang semula kebenaran dan pepatah ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

“Inilah masanya rakyat bercakap dalam bahasa perpaduan, kesederhanaan, toleransi dan keadilan. Bukan lagi perpecahan, ektremisme, kebencian dan ketidakadilan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, pelbagai kejadian berlaku sejak 14 bulan lalu yang menjurus kepada kebencian.

“14 bulan lalu, negara seolah-olah hilang arah dan menuju status ‘negara gagal’ dengan kejadian yang mendorong perpecahan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara ini tidak pernah melihat polarisasi kaum dan agama yang begitu teruk sekali semenjak Pilihanraya Umum tahun lalu,” ujarnya.

Beliau turut menggesa semua Ahli Parlimen untuk mengambil tindakan bersepakat yang ditunjukkan seperti semalam kepada agenda lebih jauh, iaitu kesatuan dan perpaduan bagi mengakhiri polarisasi kaum, agama serta ektremisme.

“Kedua-dua bencana udara (MH17 dan MH370), mengingatkan kita terhadap bahaya polarisasi kaum serta agama.

“Ia sekaligus membawa rakyat kembali kepada realiti dan hakikat bahawa, tanpa mengira perbezaan, kita adalah masyarakat Malaysia yang kekal bersatu untuk menghadapi cabaran di masa depan.

“Bolehkah manfaat daripada trauma dan kejutan kedua bencana ini kita jadikan iktibar untuk menamatkan retorik kaum dan agama 14 bulan lalu?” kata Kit Siang. – Roketkini.com

AWEK MELAYU CUN MELECUN KINI BERSAMA DAP


Populasi ‘awek cun’ di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti ‘komunis’ dan ‘cauvinis cina’.

Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.

Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.

“Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga,” ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu.


Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.

Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.

“Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya,” kata beliau memberi penjelasan.

“Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)” tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.

Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.

“Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?” tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus.

Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.”

“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja,” ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. “Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” ujarnya menguntum senyuman.


Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran ‘awek-awek cun’ secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut.

Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.

“Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka,” jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.

“Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan.”

“Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita,” tambah beliau.

Ikuti bahagian kedua, kerunsingan anak muda, dan apa yang mereka boleh lakukan demi menyongsong perubahan. – Roketkini.com

MCA & GERAKAN GAGAL - KIT SIANG


Dua parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan gagal ujian pertama setelah seminggu menyertai kabinet apabila tidak langsung menegur atau memisahkan diri daripada kenyataan ‘amaran 13 Mei’ Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Presiden MCA Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Mah Siew Keong bersetuju bahawa Malaysia berkemungkinan menghadapi senario berulangnya tragedi 13 Mei.

Kit Siang merujuk kenyataan Muhyiddin 5 Julai lalu yang menyatakan kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang kembali jika ketegangan kaum tidak dikawal.

“Bukankah ini bukti kecuaian dan ketidakcekapan kerajaan membiarkan negara diheret kembali ke ambang 13 Mei?” kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mempersoalkan Mah dan Liow yang tidak membaca kenyataan Muhyiddin mengikut konteks yang merujuk insiden 13 Mei itu serta menganggap ucapan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai hanya suatu peringatan.

Malah kata Kit Siang, beliau hairan dengan kenyataan Mah yang nampaknya bersungguh-sungguh memperjuangkan Malaysia, namun tidak pasti sama ada mendokong 1Malaysia anjuran Datuk Seri Najib Razak atau Malaysia jenis Muhyiddin yang mengaku ‘Melayu dulu, Malaysia kemudian’.

Kata Kit Siang, masa depan Malaysia adalah di tangan mereka yang beraliran sederhana, walaupun wujud kelompok pelampau di Malaysia dalam jumlah yang kecil.

“Jangan kita lupa dalam pilihanraya umum ke-13 Mei lalu, 52 peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat, manakala Barisan Nasional membentuk kerajaan persekutuan dengan sokongan minoriti – kali pertama dalam sejarah.

“Mereka mengundi sama ada DAP, PKR atau PAS, beraliran sederhana yang mahukan perubahan kerajaan secara demokratik dan tidak mahu satu lagi kejadian 13 Mei,” katanya.

Namun kata Kit Siang, masih ada kumpulan kecil dengan sikap melampau yang ‘banyak mulut’, bersikap provokatif yang tak henti-henti mencipta suasana tegang, menghasut kebencian antara kaum dan agama.

Ironinya, kumpulan ini seolah-olah menikmati kekebalan dari pihak berkuasa dan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang lain secara terbuka dengan mengeluarkan ancaman berulangnya 13 Mei.

Tegas Kit Siang, mereka yang menjabat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri tidak layak berada dalam Kabinet jika tidak bersedia memastikan bahawa tidak akan ada lagi insiden 13 Mei di negara ini.

“Adakah Kabinet esok sedia menunjukkan bahawa ia sepenuhnya komited untuk memastikan tidak akan ada lagi rusuhan 13 Mei di negara ini?” soal Kit Siang. roketkini

GUAN ENG JANJI TAK KAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP GELANDANGAN


Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang  tidak akan mengambil tindakan terhadap gelandangan atau kumpulan pemberi makanan percuma.

Katanya, Jabatan Kebajikan Negeri juga tidak dibenarkan membuat sebarang operasi terhadap dua golongan itu.

Kerajaan Persekutuan bercakap tentang denda RM150 kepada pemberi sedekah kepada pengemis. Ini tidak dapat diterima sama sekali.

“Pulau Pinang tidak akan mengambil tindakan sama,” kata Guan Eng, lapor Malaysiakini.

Semalam, Guan Eng turut mengumumkan akan menyumbang RM20,000 daripada tabung Ketua Menteri kepada aktivis dapur umum di negeri itu.

Isu ini timbul selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam kenyataannya berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda RM150.

Kementerian itu juga mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan gelandangan. Saranan ini mengundang kemarahan pelbagai pihak.

Kenyataan Guan Eng itu secara tidak langsung memberi tamparan kepada JKM negeri yang sebelum ini berikrar untuk membersihkan bandar raya itu daripada menjadi sarang kutu rayau, penagih dadah dan pengemis.

Kenyataan itu, seperti dilaporkan Bernama, dikeluarkan pengarah JKM negeri, Zulkifli Ismail selepas operasi “menyelamatkan” 61 gelandangan dalam operasi awal pagi 19 April lalu.keadilan daily

MUHYIDDIN SELAYAKNYA JADI IDOLA PERKASA & ISMA


Perilaku Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan menyebar kebencian kaum serta memberi amaran tidak mustahil 13 Mei 1969 akan berulang menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada Perkasa dan Isma, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Muhyiddin bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada NGO sayap kanan seperti Perkasa dan Isma sebagai seorang pentaksub serta pelampau dan sama sekali tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.

“Beliau nampaknya semakin membina reputasi sebagai ‘poster boy’ Perkasa dan Isma selepas memalukan prinsip 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menyatakan dirinya adalah ‘Melayu dulu, Malaysia kemudian’.

“Dengan mengamalkan sikap bermusuhan, dapatlah kita simpulkan bahawa Muhyiddin bukan saja tidak hormat, malah tidak bertolak-ansur terhadap bukan-Muslim dan bukan-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Guan Eng menyarankan parti komponen BN supaya memberi kata dua kepada Muhyiddin yang tidak henti mengeluarkan kata-kata bersifat kebencian dan perkauman.

“8 orang Menteri Kabinet iaitu 2 MCA, 2 MIC, satu Gerakan, satu Parti Bersatu Sabah (PBS), satu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan satu dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu mendesak Muhyiddin menarik semula kenyataannya atau mereka ini meletakkan jawatan sebagai tanda protes.

“Kegagalan berbuat demikian hanya akan menunjukkan bahawa 6 parti komponen BN dan menteri mereka menerima serta membenarkan kenyataan melampau Muhyiddin terhadap bukan-Muslim,” tegas Ahli Parlimen Bagan itu.

Mengulas isu sama, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya semalam berkata bahawa amaran Muhyiddin itu jelas menunjukkan betapa kerajaan telah gagal mengekalkan semangat kebersamaan antara anggota masyarakat Malaysia.

Menurut Kit Siang, kegagalan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini telah terpampang nyata.

“Tugas pertama mana-mana Kerajaan Persekutuan di Malaysia, tidak kira sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) adalah memastikan 13 Mei tidak berlaku lagi.

“Apabila sesebuah kerajaan membenarkan hubungan antara kaum semakin buruk dan memberitahu rakyat bahawa ’13 Mei mungkin berulang’, kerajaan ini jelas kehilangan moral dan justifikasi politik untuk terus memerintah negara,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan bahawa Kabinet dan kepimpinan tertinggi BN perlu mengadakan mesyuarat tergempar kerana negara sedang berdepan situasi paling kritikal.

“Jika tidak ada sebarang mesyuarat tergempar dibuat, rakyat pasti tertanya-tanya apakah Muhyiddin memberi lesen kepada sekumpulan kecil pelampau supaya terus mengamalkan sikap perkauman,” ujar Kit Siang.roketkini.com

KU NAN CEPAT-CEPATLAH BERTAUBAT


Setiausaha DAP Kuala Lumpur Lim Lip Eng menganggap usaha Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang berniat ‘membersihkan’ golongan fakir miskin dan gelandangan di ibu kota menunjukkan beliau sememangnya memandang jijik golongan itu.

“Sangat mengejutkan apabila seorang menteri ternyata tidak pun mempedulikan nasib rakyat miskin malah mahu menghukum mereka pula. Bukan itu sahaja, mereka yang menderma juga mahu disamannya.

“Ini sangat luar biasa. Saya belum pernah melihat seorang Muslim yang begitu keras hatinya sehingga sanggup mengeluarkan arahan sebegini dangkal di bulan mulia ini, ketika umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Tengku Adnan mengeluarkan arahan bahawa sesiapa yang didapati memberi sedekah akan disaman. Beliau juga menghalang mana-mana badan sukarelawan untuk meneruskan kegiatan agihan makanan percuma dalam lingkungan dua kilometer daripada kawasan Bukit Bintang.

Arahan itu dikeluarkan kononnya untuk menjaga imej negara dan segera mengundang kritikan ramai, termasuk daripada kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang menyifatkan kerajaan tidak berhak menentukan tempat mereka menjalankan agihan makanan.

Laman Facebook Tengku Adnan juga diserang ramai pengguna Facebook yang meninggalkan komen menghentam beliau dan memuat naik poster bertulis “feeding people is not a crime.”

Sehubungan itu, Lip Eng menggesa Adnan cepat-cepat bertaubat, apatah lagi di bulan Ramadan ini ketika amalan seperti besedekah sangat dianjurkan agama.

“Di bulan yang mulia ini, saya rasa begitu pelik melihat seorang menteri Umno beragama Islam tiba-tiba mengisytihar perang terhadap amal kebaikan, bersedekah dan memberi makan fakir miskin.

“Rakan-rakan Melayu dalam DAP mengajar saya bahawa, apabila matinya seseorang Muslim, terputuslah daripadanya semua perkara kecuali tiga: anak yang baik yang mendoakannya, ilmu yang bermanfaat dan sedekah.

“Maka saya menggesa beliau menarik balik arahan yang tidak berperikemanusiaan itu. Semoga Ku Nan mendapat hidayah,” katanya lagi.roketkini

PENINDASAN TERHADAP RAKYAT ISLAM CHINA , KERAJAAN PUSAT JANGAN MEMBISU


DAP hari ini mendesak kerajaan Pusat menyuarakan ketidakadilan yang menimpa umat Islam di Xinjiang kepada kerajaan China, bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu itu.

Mengecam larangan berpuasa terhadap umat Islam Xinjiang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tiada justifikasi dapat menghalalkan penindasan terhadap mana-mana agama minoriti.

“DAP amat kesal dengan keputusan yang begitu lapuk dan bertentangan dengan intipati hak asasi manusia dan kebebasan beragama.

“Maka, kami menyeru kerajaan China untuk menarik balik arahan tersebut dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Malaysiakini, Duta China ke Malaysia Huang Hui Kang menafikan larangan itu dengan berkata, beliau tidak tahu-menahu wujudnya larangan sedemikian..

“Saya tidak fikir ia benar kerana sekurang-kurangnya apa yang saya tahu, tidak ada arahan tersebut,” kata Huang dalam kenyataan, hari ini..

Penafian itu ternyata kurang meyakinkan, memandangkan larangan itu dilaporkan pelbagai media antarabangsa, termasuk British Broadcasting Corporation (BBC) dan South China Morning Post.

Merujuk isu sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama Yeo Bee Yin berharap kerajaan tidak membisu, sebaliknya mengingatkan kerajaan China untuk menghormati hak minoriti Muslim.

Sebagai rakan yang setara, kami percaya Putrajaya boleh menyuarakan pandangan walaupu bertentangan, tanpa memburukkan hubungan diplomatik dua negara.

“Putrajaya sepatutnya mengalihkan perhatiannya daripada panda Xing Xing dan Liang Liang di Zoo Negara ke arah hak 10 juta umat Islam di Xinjiang,” kata Bee Yin.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut membangkitkan keganasan terbaru Israel, apabila seramai 11 rakyat Palestin cedera akibat serangan Israel di 15 lokasi di Gaza.

“Kami ingin menyatakan rasa jelik dan jijik terhadap keganasan yang sedang berlaku di Baitul Maqdis dan serata Palestin.

“Pembunuhan sebegini hanya akan meneruskan kitaran keganasan dan berakhir dengan kebencian yang tidak mampu dibendung dan memustahilkan proses perdamaian,” katanya.roketkini

WALAUPUN BUKAN ISLAM MEREKA TETAP PUNYA HORMAT


Dengan begitu banyak serangan terhadap pemimpin DAP yang dilakukan oleh pihak-pihak ultra rasis , kenyataan dan seruan solidariti pemimpin muda DAP ini pasti mengunci mulut sebahagian daripada mereka di luar sana.

Pada ketika umat Islam sedang berpuasa , negara China secara tiba-tiba mengeluarkan arahan kepada rakyatnya supaya tidak berpuasa.Sesuatu yang harus ditolak kerana melanggar hak asasi manusia untuk menunaikan kewajipan agama masing-masing.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming menyeru masyarakat bukan Islam di negara ini untuk berpuasa selama sehari sebagai tanda solidariti kepada umat Islam di Xinjiang, China yang dilarang daripada menunaikan ibadah puasa oleh pemerintah di republik itu.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mendukung kebebasan masyarakat Islam di Xinjiang, China untuk menunaikan rukun agama itu serta kebebasan beragama golongan minoriti di seluruh dunia.

Kian Ming menjelaskan beliau sendiri sudah masuk tahun kedua berpuasa.

"Sebagai seorang yang bukan Islam, saya menghargai peluang ini serta hak untuk berpuasa dalam bulan Ramadan untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, tindakan pemerintah di China melarang umat Islam di Xinjiang daripada berpuasa bermakna menyekat mereka daripada mematuhi salah satu daripada lima rukun Islam.

"Ini bertentangan dengan kebebasan beragama yang merangkumi kebebasan seseorang untuk menjalankan amalan keagamaan yang dianutinya," kata pemimpin DAP itu.

Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.


Biro hal ehwal perdagangan di Turfan melalui laman webnya meminta kakitangannya tidak berpuasa atau terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan. Sebuah laman web lain menyebut: "Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa."

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.

Pemimpin DAP dah bersuara mana suara puak ultra rasis ?

WALAUPUN CINA GUAN ENG FAHAM HAK & KEPERLUAN ORANG MELAYU ISLAM


Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM222,000 untuk program Ehya Ramadan bagi masjid dan surau utama di negeri ini, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam perutusan khas sempena kedatangan Ramadan, beliau berharap peruntukan itu dapat merapatkan tali silaturrahim dan umat Islam tabah menghadapi ujian hidup, jasmani dan rohani.

"Saya kagum dengan kecekalan umat Islam menghadapi bulan Ramadan, maka sebab itu kerajaan negeri memperuntukkan RM222,000 untuk menyemarakkan program Ehya Ramadan tahun ini kepada seluruh masjid dan surau utama di Pulau Pinang. 

"Tujuannya tiada lain semata-mata untuk merapatkan tali silaturrahim sesama kita rakyat Malaysia," ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berharap Kompleks Mahkamah Syariah Tinggi Pulau Pinang dapat dibuka dengan rasmi pada bulan Ramadan ini.

Kerajaan negeri, ujarnya telah memperuntukkan RM100 juta bagi membina kompleks di Bukit Gantung, Jalan Scotland di atas tanah seluas 3.49 ekar.

"Mahkamah setinggi tujuh tingkat itu turut dibiayai oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM36 juta," ujar beliau.

DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH BERITA HARIAN


GEORGE TOWN, 20 JUN: DAP Bukit Bendera hari ini membuat satu laporan polis berhubung rencana terbitan akhbar Berita Harian 7 Jun lalu yang memfitnah dan berniat jahat untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap parti itu.

Rencana tersebut bertajuk “DAP Api-apikan Sejarah Hitam”, dengan tajuk kecil “Sikap Biadap, Provokasi Berterusan Terhadap Melayu Tak Dijadikan Iktibar”, ditulis oleh Juhaidi Yeah Abdullah.

Laporan polis dibuat Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Haris Zuan di Balai Polis Jalan Patani pada jam 10.30 pagi tadi. Turut bersama adalah Setiausaha Pemuda Bukit Bendera Rozaimin Elias dan Naib Ketua Pemuda DAP Negeri Chris Lee Chun Kit.

Haris Zuan berkata, rencana tersebut jelas tidak disokong apa-apa fakta dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu, terhadap DAP.

“Dalam rencana itu, Juhaidi memfitnah DAP sebagai parti yang tidak henti-henti menghina orang Melayu, serta mendakwa matlamat DAP adalah untuk menimbulkan kebencian terhadap Umno, menghapuskan hak istimewa Melayu dan mengurangkan pengaruh Melayu dalam politik dan negara.

“Penulis juga menuduh DAP sebagai ‘rasis-cauvinis’ kerana cuba menghapuskan satu kaum untuk kepentingan kaum lain, selain menghina institusi Raja-raja Melayu menolak undang-undang syariah, mempertikaikan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Walhal, ujar Haris Zuan, DAP adalah parti yang ditubuh berteraskan Perlembagaan Persekutuan, serta sentiasa konsisten memartabatkan keluhuran undang-undang negara.

Justeru itu, beliau menggesa polis supaya menjalankan siasatan yang adil berhubung fitnah tersebut.

“Saya berharap, pihak polis dapat menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap rencana Juhaidi Yeah Abdullah. Sementara kami percaya kepada kebebasan bersuara, namun ia haruslah digunakan secara bertanggungjawab,” kata Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu lagi.

Apa bukti DAP benci Melayu?

Beliau berkata, sepanjang penubuhan DAP pada tahun 1966, banyak pemimpin Melayu diangkat untuk bertanding dalam pilihanraya, antaranya sembilan calon yang mewakili DAP ketika kali pertama parti itu menyertai PRU pada tahun 1969.

“Kini kami mempunyai perwakilan Melayu di semua peringkat membuat keputusan di Malaysia. Antaranya Senator Dr Ariffin Omar (Dewan Negara), Zairil Khir Johari dan Mohd Ariff Sabri (Dewan Rakyat), Tengku Zulpuri (Ketua Pembangkang DUN Pahang) dan saya sendiri di peringkat kerajaan tempatan.

“Maka adalah tidak munasabah apabila DAP dikatakan bermatlamat mengurangkan pengaruh Melayu-Bumiputera dalam politik negara, melainkan yang penulis rencana itu maksudkan adalah Melayu Umno,” katanya lagi. – Roketkini.com

PENGERUSI BN DICABAR BUKTIKAN KEIKHLASAN JANGAN BERCAKAP SAHAJA


Kalau sekadar bercakap siapa pun boleh lakukan tetapi merancang serta menggerakkan usaha untuk kemakmuran rakyat bukanlah semudah yang disangka.Ekonomi merupakan salah satu faktor yang meletakkan sesebuah negeri itu mampu berdaya saing atau tidak , dalam erti kata sebenar perancangan serta kedudukan ekonomi yang baik mampu menjamin keselesaan rakyat seterusnya memberikan pulangan yang menguntungkan kepada semua pihak.

Seperti biasa bila ada sahaja perancangan daripada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang pasti akan ada pihak-pihak yang tidak senang dan akan melakukan apa sahaja asalkan kerajaan di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng dilihat sebagai lemah dan tidak berwibawa.

Oleh yang demikian , YB Lim Guan Eng dalam kenyataannya telah mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang supaya menunjukkan keikhlasan dengan menulis kepada kerajaan Persekutuan jika menyokong pembinaan hab kargo dan kemudahan menyenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata keikhlasan Teng perlu diterjemahkan dengan menyokong saranan Lim untuk mewujudkan hab kargo dan kemudahan MRO dan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenainya.

Bercakap kepada pemberita di George Town , Lim berkata Teng juga harus menyatakan sebanyak 60 ekar tanah diambil alih dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) selepas 2008, dan susulan penambakan laut, ada kira-kira 300 hingga 500 ekar lagi untuk rancangan perluasan masa depan.

Sebelum ini, Teng berkata beliau menyokong saranan Lim bagi hab kargo dan kemudahan MRO kerana itu adalah rancangan awal Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bagi PIA semasa beliau menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

BN jangan bercakap sahaja !

SERBUAN JAIS ORANG BUKAN ISLAM KINI DALAM TAWANAN


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ternyata gagal mengambil kira perasaan masyarakat bukan-Muslim dan langsung tidak menghormati kesucian rumah ibadat dan majlis keagamaan mereka, seperti yang dilihat dalam serbuan melulu ke majlis perkahwinan Hindu hujung minggu lalu.

Menyifatkan serbuan itu sebagai keterlaluan, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata JAIS sepatutnya menyiasat dengan terperinci dahulu dan meminta kebenaran kerajaan Negeri apabila membabitkan masyarakat bukan-Muslim.

“Serbuan itu dan kenyataan tidak sensitif oleh Timbalan Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad menunjukkan JAIS gagal mengambil kira perasaan penganut bukan-Islam, dan keterlaluan dalam menyiasat laporan berkaitan mereka.

“JAIS sepatutnya menghormati kesucian tempat ibadat bukan-Islam, dan meminta kebenaran kerajaan negeri terlebih dulu, bukannya menggunakan pendekatan ‘buat dahulu, fikir kemudian,’” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming lagi, serbuan itu hanya mengukuhkan persepsi bahawa masyarakat bukan-Muslim di Selangor kini ‘terkepung’ dan akan mengeruhkan hubungan antara kaum, selepas insiden rampasan Bible berbahasa Melayu awal tahun ini.

Ahad lalu, empat pegawai JAIS diiringi sepuluh polis menyerbu upaca perkahwinan Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya, mengejutkan kira-kira 50 hadirin.

Selepas dikecam pelbagai pihak, Ahmad Zaki menafikan bahawa ia adalah satu serbuan, sebaliknya hanya ‘pemeriksaan biasa’, berhubung status agama pengantin perempuan yang memiliki nama mirip muslim, Zarena Abd Majid.

Semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim turut mengecam serbuan itu sebagai insiden yang memalukan dan berkata kerajaan negeri akan membantu Zarena menyelesaikan masalah status agamanya yang berlarutan sejak sekian lama.

Alasan JAIS mengarut

Kian Ming turut menyifatkan reaksi balas Ahmad Zaki bahawa “JAIS tetap akan menyiasat sesiapa sahaja yang memiliki nama seperti Muslim jika berkunjung ke gereja, termasuk (bintang tenis) Rafael Nadal,” sebagai mengarut.

“Sejauh yang saya tahu Rafael atau Nadal bukan nama yang biasa dipakai oleh Muslim di mana-mana negara Muslim sekali pun.

“Menggunakan Rafael Nadal sebagai contoh nama Muslim jelas menunjukkan kejahilan Timbalan Pengarah JAIS,” ujarnya.

Sehubungan dengan kenyataan Ahmad Zaki itu, Kian Ming membangkitkan bagaimana JAIS akan menangani bukan-Muslim Sabah dan Sarawak yang memakai nama seperti Muslim.

“Misalnya Ketua Pengarah Eksekutif PEMANDU Datuk Idris Jala. Adakah JAIS akan menyiasat individu bernama Idris Jala jika ada laporan beliau hadir ke gereja?” soal beliau.

Lebih utama, katanya lagi, Ahmad Zaki seperti membayangkan JAIS akan menyiasat setiap orang Islam yang berada di rumah ibadat bukan-Islam, antaranya ketika upacara perayaan.

“Banyak pekerja Melayu DAP, termasuk daripada Roketkini yang menghadiri majlis perkahwinan pekerja akhbar parti The Rocket, di gereja di Subang Jaya baru-baru ini. Ketika itu, lagu Kristian dinyanyikan dan petikan Bible dibaca. Apakah JAIS akan menyerbu majlis itu jika mereka menerima laporan?

“Adakah bukan-Muslim di Selangor tidak boleh lagi menjemput rakan Melayu untuk menghadiri majlis di rumah ibadat mereka?” soalnya lagi.

SUBSIDI PETROL DAP MAHU KERAJAAN BENTUK PSC


DAP menggesa kerajaan supaya membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan sistem pengagihan subsidi bahan api, kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok.

Kok berkata, Putrajaya tidak seharusnya terburu-buru melaksanakan sebarang cadangan baharu, sebaliknya mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen kedua-dua pihak berkenaan pengagihan subsidi petrol.

Akhbar Sin Chew Daily semalam melaporkan terdapat cadangan rasionalisasi subsidi petrol melibatkan pengguna kenderaan berpendapatan RM5,000 ke bawah dengan kapasiti kenderaan di bawah 2000cc.

"Tindakan seperti itu menerima bantahan banyak pihak, seperti ditunjukkan di media dan laman sosial," katanya.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, cadangan itu jika dilaksanakan, akan menyebabkan gangguan dan bebanan ditanggung terhadap pengguna kenderaan.

"Kebanyakan pemilik kenderaan melihat tindakan itu sebagai langkah kerajaan menaikkan kos petrol yang akan memberikan kesan berantai kepada barangan lain," katanya.

Kok berkata, kerajaan perlu sedar rakyat sudah terbeban dengan peningkatan kos sara hidup, ditambah lagi dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, era kerajaan tahu semuanya sudahberakhir.

"Jadi, beliau perlu melaksanakan kata-katanya dan membentuk PSC bipartisan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan hati semua pihak," katanya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagaimanapun menafikan laporan berkenaan pengguna berpendapatan kurang RM5,000 dan memandu kenderaan berkuasa kurang 2,000cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

"Laporan itu hanyalah satu spekulasi," kata Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad kepada pemberita di Putrajaya.

Beliau mengulas laporan Sin Chew Daily mengenai pemilik kenderaan yang berpendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter dan selepas habis kuota itu, pemilik kenderaan perlu membeli bahan api mengikut harga pasaran.

ROGOL DI KELANTAN NAK TUNGGU HUDUD DULU KE ?


DAP hari ini menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap 38 orang lelaki yang melakukan kegiatan terkutuk dengan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Kelantan, dua minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, insiden itu sama sekali tidak boleh diterima dan semua yang terlibat harus dihukum dengan kadar segera.

“Kami sangat berdukacita dengan berita 20 Mei ini. Kes yang begitu tragis ini telah menimbulkan gerun wanita Malaysia yang mungkin pernah melalui pengalaman keganasan serupa.

“Pihak berkuasa mesti melakukan segala yang mampu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Insiden tersebut jelas merupakan isyarat supaya pihak berkuasa segera menangani keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita yang kian memuncak di negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Mei lalu, seorang tingkatan dua telah dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan, sekitar jam 7.30 malam.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor menyatakan, berdasarkan perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kes penderaan kanak-kanak telah meningkat antara 2,789 pada tahun 2009 kepada 3,428 (2011) dan 3,831 (2012).

Menurutnya, bagi kes rogol pula, statistik Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menunjukkan walaupun kes rogol berkurangan pada tahun 2012 berbanding 2009, bilangannya telah meningkat dua kali ganda dalam masa sepuluh tahun.

“Kini, secara purata 8 orang gadis dirogol setiap hari di Malaysia. Ini bukan sekadar angka kerana ia mewakili anak-anak perempuan, isteri, dan bakal isteri, yang akan mendepani trauma sepanjang hayat akibat kejadian tersebut.

“Bukan sahaja wanita-wanita ini yang menjadi mangsa, malah keluarga mereka juga akan menerima kesan daripada tragedi tersebut,” ujar beliau.

Sehubungan dengan itu, Bee Yin turut menyeru Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim supaya menangani trend penderaan kanak-kanak dan kejadian rogol yang merisaukan itu dengan rancangan strategik dari segi pencegahan, campurtangan, penguatkuasaan dan pemulihan.roketkini

Perlakuan yang jelas tidak boleh di maafkan , takkan kerajaan nak tunggu laksana undang-undang hudud baru nak kenakan hukuman setimpal ? Undang-undang sedia ada pun sudah boleh menjamin hak mangsa asalkan ianya di lakukan mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

MELAYU TAK KENANG BUDI , TERESA BIDAS ZAHID HAMIDI


Kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar pengundi Cina tidak mengenang budi kerana mengundi DAP tidak masuk akal kerana wakil rakyat bukan Melayu juga boleh mempertikaikan isu sama kepada pengundi Melayu, kata Teresa Kok.

Naib presiden DAP itu berkata, apa yang dilontarkan Zahid tidak mencerminkan dirinya sebagai menteri Kabinet sebaliknya seperti orang yang tidak menerima pendidikan awal.

“Semalam, kita baca Zahid kata peniaga Cina yang pilih DAP tidak kenang budi kerana orang Melayu dan India yang membeli barang, tetapi akhirnya peniaga Cina undi DAP.

“Saya selalu makan di kedai Melayu, jadi kalau orang Melayu tidak mengundi saya, bolehkah saya kata mereka tidak kenang budi kerana saya makan dan beli barang daripada peniaga Melayu. Bolehkah?

“Dia (Zahid) bercakap seperti pakcik tak masuk sekolah, tetapi dia menteri Kabinet. Bukannya orang kampung yang tidak pernah ke sekolah,” katanya ketika berucap di depan penduduk Teluk Intan di Jalan Mahkota, malam tadi.

Zahid pada Isnin menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur selepas kukuh dalam kedudukan ekonomi.

"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," kata Zahid memberitahu penduduk Melayu di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan.

Kok berkata, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong perlu menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju dengan kenyataan Zahid atau tidak.

Katanya, dakwaan Mah sebelum ini yang tidak mahu bertanggungjawab dengan janji menteri Kabinet di Teluk Intan menggambarkannya mahu melepaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Kita mahu Mah jawab sama ada setuju atau tidak dengan kenyataan Zahid.

“Semalam, Mah kata, semua janji dalam Kabinet bukan janjinya. Dia tidak perlu bertanggungjawab. Maaflah, orang Gerakan cakap dengan kita, kalau Mah menang dia akan jadi menteri.

“Kalau dia bakal menteri, menteri yang buat janji, berikan tanggungjawab kepadanya,” katanya.sumber 

DINASTI SINGH DI BUKIT GELUGOR AKAN TANAM UMNO/BN


PRK Bukit Gelugor akan di adakan pada 25 Mei 2014 dan ianya telah di sahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).Ianya perlu di adakan memandangkan kematian penyandang jawatan Ahli Parlimennya mendiang Karpal Singh dalam satu kemalangan ngeri di lebuhraya Utara-Selatan baru-baru ini.

Mendiang Karpal merupakan seorang pemimpin DAP yang cukup di sanjung tinggi bukan sahaja oleh ahli-ahli parti DAP tetapi juga sebahagian besar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Karpal bukan sahaja memiliki aura tersendiri tetapi juga merupakan salah seorang pemimpin yang berjaya di lahirkan oleh negeri Pulau Pinang yang tidak ada tolok bandinganya.

Tidak ada mana-mana pihak mahupun mana-mana pemimpin lain yang boleh menggantikan kewibaan beliau khususnya dalam politik kerana mendiang punya pendirian yang tersendiri dan kerana pendirian itu mendiang Karpal Singh amat di sanjung tinggi.

Kini PRK Bukit Gelugor hanya menanti masa untuk di adakan dan sudah tentu seluruh penduduk terutamanya para pengundi beliau ternanti-nanti siapakah yang bakal meneruskan legasi kepimpinan Karpal di Bukit Gelugor.

Dengan kemenangan bergayanya sewaktu PRU13 yang lalu Karpal sudah membuktikan bahawa penduduk dan pengundi di Bukit Gelugor sememangnya begitu setia dan cukup selesa mengangkat beliau sebagai pemimpin bagi mewakili mereka.

Ini di buktikan dengan kemenangan besar Karpal apabila mendapat majoriti undi sebanyak 42 ribu undi berbanding lawannya.

Justeru itu jika di lihat kepada faktor sejarah dan betapa penduduk begitu selesa dengan mendiang Karpal Singh , Bukit Gelugor seharusnya meletakkan ahli keluarga mendiang sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor.

Dalam suasana politik hari ini hanya keluarga Karpal Singh sahajalah yang mampu meneruskan kecemerlangan kerusi tersebut dan sememangnya kesinambungan ini mampu memenangkan bukan sahaja calon tetapi parti DAP sendiri.

Bukit Gelugor sebenarnya sudah terbukti merupakan milik Singh dan tidak ada bangsa lain yang mampu mentadbir dengan lebih baik kawasan tersebut.Malahan penduduk serta pengundi pasti akan memberikan kemenangan besar kepada DAP walaupun calon yang di letakkan itu anak saudara mendiang Karpal yang berumur 5 tahun.

Sebaliknya Bukit Gelugor akan hancur sekiranya calon lain mengambil alih legasi Karpal di kawasan ini kerana hanya keluarga beliau sahaja yang mampu memakmurkan rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gelugor.

Ini telah pun di buktikan dengan sokongan besar rakyat serta pengundi terhadap mendiang Karpal sewaktu PRU13 yang lalu.

Jangan sesekali membiarkan legasi ini terkubur kerana nyawa dan semangat Karpal masih utuh bersama keluarganya.

KERAJAAN DAP P.PINANG AKAN TURUT HAPUSKAN DISKAUN PERUMAHAN.


Berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor menghapuskan diskaun 7 peratus yang sekian lama di nikmati oleh bumiputera dalam pembelian rumah kediaman mampu milik di negeri itu , kerajaan DAP Pulau Pinang juga mula menunjukkan minat untuk turut sama mengikut langkah Selangor menghapuskan diskaun terbabit.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad pada sidang DUN Selangor pada 8 April 2014 mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan diberikan subsidi.  

Tindakan ini di lihat amat bertepatan sekali dan merupakan satu langkah bijak agar lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan negeri dapat di bantu.

Pada ketika isu pemilikan rumah kediaman menjadi isu paling utama di negara ini , kerajaan DAP melihat ianya turut sesuai di laksanakan di Pulau Pinang.   

Perlu di ingat isu pemilikan kediaman bukan sahaja menjadi masalah orang Melayu tetapi turut menjadi masalah kepada bangsa lain yang juga merupakan rakyat serta warganegara Malaysia.

Selain daripada itu, ianya merupakan satu kaedah atau langkah bagi mendidik rakyat khususnya orang Melayu supaya mampu berdikari dan berusaha sendiri seperti mana kaum Cina dan India.

Penulis melihat langkah ini membuktikan betapa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional kerana punya perancangan untuk mensasarkan bantuan dan subsidi bukan hanya kepada satu kaum sahaja seperti mana yang di praktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Perancangan untuk memberikan keadilan kepada semua pihak memperlihatkan kebertanggungjawaban pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum.

Ini bukan soal rasis tetapi merupakan tindakan bijak dalam menangani permasalahan pemilikan kediaman rakyat.

Sikap yang di tunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan contoh pemimpin yang paling adil setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz apabila tidak membezakan antara kaum dan status rakyat.

Keputusan kerajaan DAP negeri P.Pinang ini juga dilihat akan membantu golongan bumiputera dan juga bangsa melayu supaya lebih berdikari dan berdaya saing. Sehingga kini, bangsa melayulah antara paling banyak menerima subsidi di negara ini.

Ini sedikit sebanyak dilihat sebagai tidak adil kepada kaum lain didalam negara walhal kaum lain terbukti lebih banyak menyumbangkan jasa menerusi ekonomi dan juga kemakmuran sehingga Malaysia menjadi sebuah negara makmur seperti sekarang.

Penghapusan subsidi diskaun perumahan kepada Bumiputera ini juga dapat mengukuhkan jatidiri serta dapat mendisplinkan bangsa melayu yang selama ini terlalu bergantung harap kepada kerajaan. Mungkin Lim Guan Eng dan juga DAP di P.Pinang mahu bangsa melayu di negeri ini lebih berdaya saing dengan kaum lain.

Justeru itu, sampai bilakah bangsa melayu mahu dilayan istimewa dengan pemberian pelbagai diskaun dan subsidi oleh kerajaan BN? Langkah penghapusan diskaun dan subsidi ini diharap dapat menyedarkan bangsa melayu di negara ini dari sikap malas dan alpa mereka sendiri.

DAP PENANG AKAN BELI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM


Di saat pelbagai pihak merungut tentang kenaikan kos sara hidup , kerajaan Barisan Nasional terus mengaburi mata rakyat dengan pembinaan projek-projek mega kononnya untuk kesejahteraan bersama.Salah satunya yang telah pun memberikan perkhidmatan adalah Jambatan kedua Pulau Pinang yang kemudiannya di umumkan oleh Najib sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sempena majlis perasmian baru-baru ini.

Seperti biasa rakyat sekali lagi menjadi mangsa keadaan , pembinaan jambatan kedua ini sebenarnya memberikan kesengsaraan terhadap rakyat khususnya di Pulau Pinang.Bayangkan untuk masuk ke bahagian pulau rakyat terpaksa memilih 3 laluan alternatif iaitu menggunakan feri , jambatan pertama dan jambatan kedua.

Kesemua laluan ini di kenakan tol sejak pembukaannya dan sudah tentu janji kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan nasib rakyat terus terbela hanya tinggal janji.

Bagi kebanyakkan rakyat yang bukan dari Pulau Pinang sudah tentu kurang merasai kesannya secara langsung tetapi bagi rakyat yang perlu menggunakan laluan ini pada setiap hari untuk urusan kerja sudah tentu ianya adalah bebanan.

Apakah kerajaan Barisan Nasional mengambil kira bebanan rakyat ?

Tuntutan banyak pihak supaya jambatan kedua ini tidak di kenakan tol langsung tidak di endahkan malahan suara rakyat akar umbi langsung tidak di hiraukan.

Untuk itu kerajaan DAP Pulau Pinang sedang menimbangkan cadangan untuk menuruti langkah kerajaan Pakatan di Selangor dengan membeli SYABAS demi kepentingan rakyatnya.

Oleh yang demikian DAP negeri Pulau Pinang kemungkinan besar akan membeli jambatan kedua tersebut bagi membolehkan rakyatnya termasuk daripada luar bebas menggunakannya tanpa bayaran tol.

Ianya di lihat amat bertepatan sekali kerana pembelian jambatan ini nanti akan membuktikan kasih sayang serta keikhlasan pemerintah DAP terhadap rakyat Pulau Pinang oleh Ketua Menteri yang paling adil dalam sejarah negara Lim Guan Eng.

Jika di lihat kepada kemampuan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini , ianya amat jauh berbeza sewaktu pentadbiran Barisan Nasional.Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP telah berjaya melakukan perbelanjaan berhemah serta mempunyai kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh.

Berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng , ianya di lihat mampu di realisasikan demi kesejahteraan rakyat seperti mana janji sebelum ini untuk mengamalkan budaya kerja yang Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Jom Ubah !

GUAN ENG CATU AIR SEBAB MELAYU TAK TAHU GUNA


Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan kemungkinan kerajaan negeri akan catu bekalan air memandangkan tahap kesedaran pengguna masih kurang tentang pembaziran yang berlaku.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa tidak akan melakukan catuan bekalan air walaupun melalui musim kemarau yang panjang. 

Namun begitu, jelasnya kajian semula bagi bulan April akan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Exco akan datang untuk mempertimbangkan bekalan air sedia ada dan rizab air untuk menentukan sama ada catuan air diperlukan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan negeri ingin menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air makin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air. 

Tahun lepas, katanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari sementara untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac 2014, angka penggunaan air sudah meningkat 5.4% kepada 311.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru agar pengguna air Pulau Pinang memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air kita sekarang hampir 50% lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari. 

“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50% sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” ujarnya lagi.

Penulis melihat tindakan yang di lakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini wajar memandangkan keadaan musim kemarau yang berterusan.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyatnya dan ini membuktikan betapa komitmen kerajaan negeri berdasarkan amalan kerja Cekap , Akauntibiliti dan Telus bergerak selari dengan prinsip serta pendirian untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Antara perkara yang di lihat menjadi penyebab kepada cadangan ini adalah sikap rakyat Pulau Pinang sendiri , khususnya orang-orang Melayu yang sering menggunakan air melebihi had penggunaan seperti mana yang di harapkan.

Selain daripada penggunaan untuk keperluan diri dan tujuan memasak , mereka turut menggunakannya untuk tujuan dan kepentingan lain yang menyebabkan had bagi penggunaan seorang melebihi 215 liter padu sehari.

Sesuatu yang harus di berikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah rizab air yang mungkin mengheret semua pihak terlibat sama.