Timbalan Menteri yang bangga digelar "Gangster" di Perak tersebut pernah dulu didedahkan mempunyai saham didalam UiTM Tapah. Saham tersebut diperolehi melalui anak perempuannya yang dilantik menjadi Pengarah di UniTapah Sdn Bhd.
Walaupun ramai penyokong Timbalan Menteri tersebut mendakwa pegangan saham 'boss' mereka dalam UiTM Tapah hanyalah saham minoriti, ianya jelas menunjukkan bahawa Timbalan Menteri berkenaan menggunakan kuasa politiknya didalam kerajaan untuk mencari keuntungan yang membebankan rakyat.
Lagi satu, Timbalan Menteri ini juga didakwa membuat pembayaran tidak SAH kepada anggota Lembaga Pengarah Felcra sebanyak RM 723,000 pada tahun 2010. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Timbalan Menteri tersebut juga termasuk didalam pembayaran saguhati yang berjumlah beratus-ratus ribu itu.
Yang lawaknya, boleh pula Timbalan Menteri terbabit memberi alasan sagu hati diberikan kerana Felcra telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam perkhidmatan. Tapi dia tak pula tunjuk bukti kecemerlangan prestasi Felcra seperti yang didakwa.
Nampak tak bagaimana penipuan dilakukan demi meluluskan duit rakyat kepada kroni? Kalau betul-betul telus, kenapa duit tersebut tak diluluskan oleh Kementerian Kewangan? Adakah Timbalan Menteri tersebut ingat duit Felcra tu adalah duit miliknya sendiri sampai begitu senang sekali dibelanjakan sesuka hati?
Bukankah duit Felcra adalah duit hasil titik peluh kaum petani? Peserta-peserta Felcra yang terpaksa bersusah payah membanting tulang dan tenaga untuk menjayakan Felcra, tetapi yang ambil untung dan kesenangan adalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab seperti Timbalan Menteri tersebut.
Sekarang ini, ada lagi salah laku Timbalan Menteri terbabit yang sudah mula membusuk di dalam Kementerian. Maklumat mengatakan bahawa Timbalan Menteri tersebut melantik 4 orang kroninya sebagai Pegawai Khas yang dibayar dengan amaun RM 18,000 sebulan setiap seorang.
Info mengatakan, elaun bulanan Pegawai -pegawai Khas Timbalan Menteri tersebut diambil dari agensi-agensi yang bernaung dibawah Kementerian. Bukan secara sukarela, tetapi agensi-agensi terbabit diarahkan oleh Timbalan Menteri berkenaan untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membiayai Pegawai-pegawai Khasnya.
Apalah malang negara Malaysia mempunyai seorang pemimpin seperti Timbalan Menteri berkenaan. Dah tentu yang paling malang adalah Kementerian yang diduduki oleh individu terbabit. Walhal Menteri di Kementerian berkenaan diketahui amat rajin membantu rakyat khususnya ketika banjir besar melanda negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini.
Inilah yang dikatakan, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
p/s: Siapakah Timbalan Menteri berkenaan? Cubalah cari siapakah Timbalan Menteri di negeri Perak yang perangainya sangat berlagak dan suka maki hamun orang.. Pendedahan lanjut bakal menyusul nanti.. Hehehe..