GUAN ENG CATU AIR SEBAB MELAYU TAK TAHU GUNA


Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan kemungkinan kerajaan negeri akan catu bekalan air memandangkan tahap kesedaran pengguna masih kurang tentang pembaziran yang berlaku.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa tidak akan melakukan catuan bekalan air walaupun melalui musim kemarau yang panjang. 

Namun begitu, jelasnya kajian semula bagi bulan April akan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Exco akan datang untuk mempertimbangkan bekalan air sedia ada dan rizab air untuk menentukan sama ada catuan air diperlukan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, kerajaan negeri ingin menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air makin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air. 

Tahun lepas, katanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari sementara untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac 2014, angka penggunaan air sudah meningkat 5.4% kepada 311.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru agar pengguna air Pulau Pinang memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air kita sekarang hampir 50% lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari. 

“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50% sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” ujarnya lagi.

Penulis melihat tindakan yang di lakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini wajar memandangkan keadaan musim kemarau yang berterusan.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyatnya dan ini membuktikan betapa komitmen kerajaan negeri berdasarkan amalan kerja Cekap , Akauntibiliti dan Telus bergerak selari dengan prinsip serta pendirian untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Antara perkara yang di lihat menjadi penyebab kepada cadangan ini adalah sikap rakyat Pulau Pinang sendiri , khususnya orang-orang Melayu yang sering menggunakan air melebihi had penggunaan seperti mana yang di harapkan.

Selain daripada penggunaan untuk keperluan diri dan tujuan memasak , mereka turut menggunakannya untuk tujuan dan kepentingan lain yang menyebabkan had bagi penggunaan seorang melebihi 215 liter padu sehari.

Sesuatu yang harus di berikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah rizab air yang mungkin mengheret semua pihak terlibat sama.

DAP ROBOH GERAI DI PENANG KERANA PENIAGA MELAYU MALAS & PENGOTOR


Sejak pagi tadi heboh di media sosial tentang isu perobohan gerai milik orang Melayu oleh pihak berkuasa MPPP di Teluk Bahang.Di Khabarkan sebanyak 13 buah gerai telah di robohkan dan seperti biasa banjingan-banjingan umno akan muncul berdiri gagah kononnya merekalah juara rakyat.

Penulis kadang-kadang tersenyum sendirian apabila memikirkan betapa rendahnya mentaliti puak-puak umno ni.Sebagai mereka yang mengaku pemimpin Melayu , sudah pastilah tindakan untuk membela nasib rakyat yang sebangsa dengan mereka perlu di lakukan sebegitu rupa supaya lebih ramai lagi pihak-pihak di luar sana bersimpati seterusnya menganggap inilah perwira dan hulubalang Melayu yang ada di Pulau Pinang.

Cukup malang sekali bagi sesiapa jua yang termakan dengan permainan politik bodoh seperti ini.

Adakah Melayu benar-benar tertindas di Pulau Pinang ? Atau benarkah kerajaan negeri Pulau Pinang begitu kejam sehingga apa jua perkara yang di lakukan oleh orang Melayu harus di tentang dan di gagalkan ?

Perlu di ingatkan bahawa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini , Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sudah pun menunjukkan sikap keterbukaan dan toleransi perkauman yang cukup meyakinkan.Tak ramai yang melihatnya kerana permainan politik yang di mainkan oleh juak-juak umno tetapi hakikatnya adalah pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Pulau Pinang di barisi oleh kaum Cina , Melayu dan India.

3 kaum terbesar dalam negara di satukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan dasar pentadbiran Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Percayalah bahawa banyak pihak di luar sana begitu mencemburui formula dan kejayaan ini sehinggakan kerajaan negeri di label sebagai rejim DAP.

Penulis sebenarnya mahu menyedarkan rakyat Pulau Pinang dan semua pihak termasuk UMNO mahupun orang Melayu sendiri bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang bersebab.Operasi perobohan gerai yang berlaku sebelum ini dan hari ini juga sebenarnya punya musabab tersendiri yang harus di terima pakai oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.

Ianya di lakukan kerana kerajaan negeri prihatin dengan kedudukan negeri dan rakyatnya malah tidak mahu melihat negeri yang di beri jolokan sebagai Pulau Mutiara ini di cemari dengan tindakan segelintir mereka yang tidak punya tanggungjawab.

Amanah yang telah di berikan oleh pengundi dalam PRU yang lalu harus di pikul oleh kerajaan negeri dengan penuh tanggungjawab.Ini juga membuktikan tindakan perobohan gerai tersebut sebenarnya di pertahankan oleh para pengundi di seluruh Pulau Pinang.

Cuba lihat kembali semua kejadian perobohan yang di lakukan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini adalah di sebabkan masalah peniaga itu sendiri seperti tidak mempunyai lesen perniagaan , berniaga di tapak haram dan tidak menjaga kebersihan serta mengganggu lalu-lintas.

Maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk membasmi perkara-perkara sebegini.Jika umno dan pemimpinnya yang selama ini menunjukkan keprihatinan terhadap nasib peniaga-peniaga ini  , mengapa sehingga gerai-gerai ini di robohkan tidak ada sebarang bantuan serta perancangan khusus yang di tawarkan kepada peniaga sebagai pilihan ?

Secara jujurnya penulis katakan peniaga-peniaga yang di kenakan tindakan ini merupakan mereka yang malas dan pengotor.Langsung tidak pernah memikirkan tentang usaha untuk mendapatkan lesen secara sah atau merujuk kepada pihak majlis bagi mendapatkan kawasan atau tempat untuk berniaga.Sering kali pula gerai-gerai yang di kenakan tindakan ini tidak di urus dengan baik malah mengotorkan kawasan.

Dalam masa yang sama Melayu-Melayu ini jugalah yang akan paling terkehadapan apabila ada pihak-pihak tertentu mengkritik DAP.

Penulis melihat usaha merobohkan gerai ini sebenarnya bertujuan untuk mengawal peniaga Melayu di Pulau Pinang yang selama ini besar kepala dan sering kali menggunakan saluran politik untuk kepentingan diri sendiri tanpa mahu mengikut undang-undang sedia ada.

Ianya amat bertepatan sekali memandangkan bangsa ini hanya akan tunduk apabila di ajar dan di perintah secara kuku besi.

Langkah DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui MPPP merobohkan gerai orang Melayu di Teluk Bahang sebenarnya tidak rasis seperti mana tuduhan yang di buat.Ianya di lakukan setelah semua perkara di ambil kira berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan dalam masa yang sama Melayu yang terlibat tiada hak dan tidak patut di beri layanan istimewa seperti mana yang di lakukan oleh parti umno sebelum ini.

Rakyat Pulau Pinang secara umumnya turut punya hak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan ianya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakan yang terbaik kepada rakyatnya.

TERKINI!!! WAN AZIZAH MENANG DI KAJANG HASIL 70% UNDI CINA.

Penulis difahamkan sehingga jam 1 petang tadi kira-kira 45% pengundi telah turun membuang undi bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Kajang.

Yang pasti, calon pilihan rakyat di Kajang tentulah isteri DS Anwar Ibrahim yang menjadi pemimpin kesayangan semua bangsa di negara ini.

Sehingga kini, DS Dr Wan Azizah diberitakan telah mendahului sebanyak 3 ribu undi di Kajang dan beliau dijangka menang mudah dengan minimum undi 5000 majoriti. Angka ini bagaimanapun akan meningkat lagi sehingga pusat pengundian ditutup pada petang ini.

Dr Wan Azizah juga dapat dilihat menerima sokongan dari segenap lapisan masyarakat dan yang paling ketara ialah sokongan dari pengundi cina. Semenjak awal pagi lagi pengundi cina dilihat berpusu-pusu menyerbu ke pusat pengundian untuk menjamin kemenangan Pakatan Rakyat.

Penulis juga difahamkan, mobilasi pengundi cina juga digerakkan sepenuhnya oleh Dong Zhong yang menjanjikan 70 peratus undi cina di Kajang kepada DS Dr Wan Azizah.

Pilihan raya kecil di Kajang ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan perletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei 2013, PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan BN, Berjasa dan tiga calon Bebas.

DOA ANWAR UNTUK JESUS LEBIH MULIA DARI DOA NAJIB UNTUK NABI MUHAMMAD.

Penulis tidak nampak dimana salahnya berdoa untuk Jesus sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar di sebuah gereja di Kajang pertengahan bulan lepas. Malah Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan Jesus itu adalah Nabi Isa sepertimana juga Nabi-Nabi lain didalam kepercayaan umat Islam.

Datuk Seri Anwar terbukti menunjukkan peribadi mulia apabila sanggup berceramah didalam gereja dengan berlatarbelakangkan salib yang menjadi simbol kesucian penganut Kristian. Walaupun ditentang oleh kebanyakan ektremis melayu/Islam di negara ini, Datuk Seri Anwar tetap dengan pendirian bahawa penganut Kristian harus dilayan sama rata dengan penganut Islam didalam negara.

Perbuatan berdoa untuk Jesus didalam gereja oleh bakal Perdana Menteri tersebut juga menunjukkan ketinggian beliau didalam memahami kehendak agama lain. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar yang kita kasihi itu juga pernah ikut serta didalam upacara Ponggal iaitu memuja matahari oleh penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Marriaman Perak.


Dan Datuk Seri Anwar juga pernah menghadiri majlis pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock serta melakukan upacara Kow Tow dihadapan mayat pemuda terbabit. Ini semua melayakkan Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Insan Anugerah Tuhan sepertimana kata isteri beliau Datin Seri Wan Azizah.


Oleh itu, adalah amat malang bagi ektremis melayu khususnya dari parti Umno yang dikepalai oleh Najib Razak kerana mengecam toleransi pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut. Adakah Najib Razak serta konco-konconya mahu menafikan hak beragama oleh rakyat Malaysia? Adakah Najib dan Umno mahu mengatakan perbuatan mendoakan Jesus didalam gereja itu salah?

Bagi penulis, Datuk Seri Anwar lebih berpengetahuan dan beriman daripada semua pemimpin Umno yang ada. Didalam agama Islam sendiri, Datuk Seri Anwar mampu menjadi Imam dan berkhutbah semasa Sembahyang Jumaat. Ini semua tak mampu dilakukan oleh pemimpin Umno terdahulu termasuklah yang ada sekarang.

Jadi tak perlulah ektremis melayu/Islam bising apabila Datuk Seri Anwar mampu untuk berdoa pada Jesus didalam gereja. Tak perlulah pemimpin melayu Umno cemburukan ketinggian pemahaman agama yang ditunjukkan oleh pemimpin kesayangan rakyat tersebut kerana ia akan menyerlahkan kebodohan pemimpin Umno itu sendiri nanti.