DOA ANWAR UNTUK JESUS LEBIH MULIA DARI DOA NAJIB UNTUK NABI MUHAMMAD.

Penulis tidak nampak dimana salahnya berdoa untuk Jesus sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar di sebuah gereja di Kajang pertengahan bulan lepas. Malah Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan Jesus itu adalah Nabi Isa sepertimana juga Nabi-Nabi lain didalam kepercayaan umat Islam.

Datuk Seri Anwar terbukti menunjukkan peribadi mulia apabila sanggup berceramah didalam gereja dengan berlatarbelakangkan salib yang menjadi simbol kesucian penganut Kristian. Walaupun ditentang oleh kebanyakan ektremis melayu/Islam di negara ini, Datuk Seri Anwar tetap dengan pendirian bahawa penganut Kristian harus dilayan sama rata dengan penganut Islam didalam negara.

Perbuatan berdoa untuk Jesus didalam gereja oleh bakal Perdana Menteri tersebut juga menunjukkan ketinggian beliau didalam memahami kehendak agama lain. Sebelum ini, Datuk Seri Anwar yang kita kasihi itu juga pernah ikut serta didalam upacara Ponggal iaitu memuja matahari oleh penganut agama Hindu di Kuil Sri Maha Marriaman Perak.


Dan Datuk Seri Anwar juga pernah menghadiri majlis pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock serta melakukan upacara Kow Tow dihadapan mayat pemuda terbabit. Ini semua melayakkan Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Insan Anugerah Tuhan sepertimana kata isteri beliau Datin Seri Wan Azizah.


Oleh itu, adalah amat malang bagi ektremis melayu khususnya dari parti Umno yang dikepalai oleh Najib Razak kerana mengecam toleransi pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut. Adakah Najib Razak serta konco-konconya mahu menafikan hak beragama oleh rakyat Malaysia? Adakah Najib dan Umno mahu mengatakan perbuatan mendoakan Jesus didalam gereja itu salah?

Bagi penulis, Datuk Seri Anwar lebih berpengetahuan dan beriman daripada semua pemimpin Umno yang ada. Didalam agama Islam sendiri, Datuk Seri Anwar mampu menjadi Imam dan berkhutbah semasa Sembahyang Jumaat. Ini semua tak mampu dilakukan oleh pemimpin Umno terdahulu termasuklah yang ada sekarang.

Jadi tak perlulah ektremis melayu/Islam bising apabila Datuk Seri Anwar mampu untuk berdoa pada Jesus didalam gereja. Tak perlulah pemimpin melayu Umno cemburukan ketinggian pemahaman agama yang ditunjukkan oleh pemimpin kesayangan rakyat tersebut kerana ia akan menyerlahkan kebodohan pemimpin Umno itu sendiri nanti.

No comments:

Post a Comment