Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan kemungkinan kerajaan negeri akan catu bekalan air memandangkan tahap kesedaran pengguna masih kurang tentang pembaziran yang berlaku.
Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa tidak akan melakukan catuan bekalan air walaupun melalui musim kemarau yang panjang.
Namun begitu, jelasnya kajian semula bagi bulan April akan dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat Exco akan datang untuk mempertimbangkan bekalan air sedia ada dan rizab air untuk menentukan sama ada catuan air diperlukan di Pulau Pinang.
Beliau berkata, kerajaan negeri ingin menyatakan kekecewaan kerana penggunaan air makin meningkat walaupun banyak program pendidikan diadakan serta pelaksanaan surcaj pemuliharaan air sebagai penalti kepada mereka yang membazir air.
Tahun lepas, katanya penggunaan air di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, iaitu 295 liter padu seorang sehari sementara untuk dua bulan pertama tahun ini sehingga 1 Mac 2014, angka penggunaan air sudah meningkat 5.4% kepada 311.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyeru agar pengguna air Pulau Pinang memulihara dan tidak membazir air kerana penggunaan air kita sekarang hampir 50% lebih tinggi daripada purata kebangsaan, iaitu 215 liter padu seorang sehari.
“Sumber dan rizab air kita boleh dilanjutkan sebanyak 50% sekiranya kita memulihara air dan menggunakan jumlah yang sama dengan purata kebangsaan,” ujarnya lagi.
Penulis melihat tindakan yang di lakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang ini wajar memandangkan keadaan musim kemarau yang berterusan.Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyatnya dan ini membuktikan betapa komitmen kerajaan negeri berdasarkan amalan kerja Cekap , Akauntibiliti dan Telus bergerak selari dengan prinsip serta pendirian untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Antara perkara yang di lihat menjadi penyebab kepada cadangan ini adalah sikap rakyat Pulau Pinang sendiri , khususnya orang-orang Melayu yang sering menggunakan air melebihi had penggunaan seperti mana yang di harapkan.
Selain daripada penggunaan untuk keperluan diri dan tujuan memasak , mereka turut menggunakannya untuk tujuan dan kepentingan lain yang menyebabkan had bagi penggunaan seorang melebihi 215 liter padu sehari.
Sesuatu yang harus di berikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi mengatasi masalah rizab air yang mungkin mengheret semua pihak terlibat sama.
Haish!!! Salah ka?? Pkai air bnyak?? Bkn rakyat xbyar...PBApp klo lmbat byar pon dh dtg umah potong...skrg nk salah kn rakyat membazir...mmg xptut xkn nk recycle air dr jmbat plak kot??
ReplyDelete