Sejak pagi tadi heboh di media sosial tentang isu perobohan gerai milik orang Melayu oleh pihak berkuasa MPPP di Teluk Bahang.Di Khabarkan sebanyak 13 buah gerai telah di robohkan dan seperti biasa banjingan-banjingan umno akan muncul berdiri gagah kononnya merekalah juara rakyat.
Penulis kadang-kadang tersenyum sendirian apabila memikirkan betapa rendahnya mentaliti puak-puak umno ni.Sebagai mereka yang mengaku pemimpin Melayu , sudah pastilah tindakan untuk membela nasib rakyat yang sebangsa dengan mereka perlu di lakukan sebegitu rupa supaya lebih ramai lagi pihak-pihak di luar sana bersimpati seterusnya menganggap inilah perwira dan hulubalang Melayu yang ada di Pulau Pinang.
Cukup malang sekali bagi sesiapa jua yang termakan dengan permainan politik bodoh seperti ini.
Adakah Melayu benar-benar tertindas di Pulau Pinang ? Atau benarkah kerajaan negeri Pulau Pinang begitu kejam sehingga apa jua perkara yang di lakukan oleh orang Melayu harus di tentang dan di gagalkan ?
Perlu di ingatkan bahawa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini , Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri sudah pun menunjukkan sikap keterbukaan dan toleransi perkauman yang cukup meyakinkan.Tak ramai yang melihatnya kerana permainan politik yang di mainkan oleh juak-juak umno tetapi hakikatnya adalah pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Pulau Pinang di barisi oleh kaum Cina , Melayu dan India.
3 kaum terbesar dalam negara di satukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang mengamalkan dasar pentadbiran Cekap , Akauntibiliti dan Telus.
Percayalah bahawa banyak pihak di luar sana begitu mencemburui formula dan kejayaan ini sehinggakan kerajaan negeri di label sebagai rejim DAP.
Penulis sebenarnya mahu menyedarkan rakyat Pulau Pinang dan semua pihak termasuk UMNO mahupun orang Melayu sendiri bahawa apa yang berlaku di Pulau Pinang bersebab.Operasi perobohan gerai yang berlaku sebelum ini dan hari ini juga sebenarnya punya musabab tersendiri yang harus di terima pakai oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.
Ianya di lakukan kerana kerajaan negeri prihatin dengan kedudukan negeri dan rakyatnya malah tidak mahu melihat negeri yang di beri jolokan sebagai Pulau Mutiara ini di cemari dengan tindakan segelintir mereka yang tidak punya tanggungjawab.
Amanah yang telah di berikan oleh pengundi dalam PRU yang lalu harus di pikul oleh kerajaan negeri dengan penuh tanggungjawab.Ini juga membuktikan tindakan perobohan gerai tersebut sebenarnya di pertahankan oleh para pengundi di seluruh Pulau Pinang.
Cuba lihat kembali semua kejadian perobohan yang di lakukan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini adalah di sebabkan masalah peniaga itu sendiri seperti tidak mempunyai lesen perniagaan , berniaga di tapak haram dan tidak menjaga kebersihan serta mengganggu lalu-lintas.
Maka menjadi tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri untuk membasmi perkara-perkara sebegini.Jika umno dan pemimpinnya yang selama ini menunjukkan keprihatinan terhadap nasib peniaga-peniaga ini , mengapa sehingga gerai-gerai ini di robohkan tidak ada sebarang bantuan serta perancangan khusus yang di tawarkan kepada peniaga sebagai pilihan ?
Secara jujurnya penulis katakan peniaga-peniaga yang di kenakan tindakan ini merupakan mereka yang malas dan pengotor.Langsung tidak pernah memikirkan tentang usaha untuk mendapatkan lesen secara sah atau merujuk kepada pihak majlis bagi mendapatkan kawasan atau tempat untuk berniaga.Sering kali pula gerai-gerai yang di kenakan tindakan ini tidak di urus dengan baik malah mengotorkan kawasan.
Dalam masa yang sama Melayu-Melayu ini jugalah yang akan paling terkehadapan apabila ada pihak-pihak tertentu mengkritik DAP.
Penulis melihat usaha merobohkan gerai ini sebenarnya bertujuan untuk mengawal peniaga Melayu di Pulau Pinang yang selama ini besar kepala dan sering kali menggunakan saluran politik untuk kepentingan diri sendiri tanpa mahu mengikut undang-undang sedia ada.
Ianya amat bertepatan sekali memandangkan bangsa ini hanya akan tunduk apabila di ajar dan di perintah secara kuku besi.
Langkah DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang melalui MPPP merobohkan gerai orang Melayu di Teluk Bahang sebenarnya tidak rasis seperti mana tuduhan yang di buat.Ianya di lakukan setelah semua perkara di ambil kira berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan dalam masa yang sama Melayu yang terlibat tiada hak dan tidak patut di beri layanan istimewa seperti mana yang di lakukan oleh parti umno sebelum ini.
Rakyat Pulau Pinang secara umumnya turut punya hak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan ianya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakan yang terbaik kepada rakyatnya.
No comments:
Post a Comment