DINASTI SINGH DI BUKIT GELUGOR AKAN TANAM UMNO/BN


PRK Bukit Gelugor akan di adakan pada 25 Mei 2014 dan ianya telah di sahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).Ianya perlu di adakan memandangkan kematian penyandang jawatan Ahli Parlimennya mendiang Karpal Singh dalam satu kemalangan ngeri di lebuhraya Utara-Selatan baru-baru ini.

Mendiang Karpal merupakan seorang pemimpin DAP yang cukup di sanjung tinggi bukan sahaja oleh ahli-ahli parti DAP tetapi juga sebahagian besar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Karpal bukan sahaja memiliki aura tersendiri tetapi juga merupakan salah seorang pemimpin yang berjaya di lahirkan oleh negeri Pulau Pinang yang tidak ada tolok bandinganya.

Tidak ada mana-mana pihak mahupun mana-mana pemimpin lain yang boleh menggantikan kewibaan beliau khususnya dalam politik kerana mendiang punya pendirian yang tersendiri dan kerana pendirian itu mendiang Karpal Singh amat di sanjung tinggi.

Kini PRK Bukit Gelugor hanya menanti masa untuk di adakan dan sudah tentu seluruh penduduk terutamanya para pengundi beliau ternanti-nanti siapakah yang bakal meneruskan legasi kepimpinan Karpal di Bukit Gelugor.

Dengan kemenangan bergayanya sewaktu PRU13 yang lalu Karpal sudah membuktikan bahawa penduduk dan pengundi di Bukit Gelugor sememangnya begitu setia dan cukup selesa mengangkat beliau sebagai pemimpin bagi mewakili mereka.

Ini di buktikan dengan kemenangan besar Karpal apabila mendapat majoriti undi sebanyak 42 ribu undi berbanding lawannya.

Justeru itu jika di lihat kepada faktor sejarah dan betapa penduduk begitu selesa dengan mendiang Karpal Singh , Bukit Gelugor seharusnya meletakkan ahli keluarga mendiang sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor.

Dalam suasana politik hari ini hanya keluarga Karpal Singh sahajalah yang mampu meneruskan kecemerlangan kerusi tersebut dan sememangnya kesinambungan ini mampu memenangkan bukan sahaja calon tetapi parti DAP sendiri.

Bukit Gelugor sebenarnya sudah terbukti merupakan milik Singh dan tidak ada bangsa lain yang mampu mentadbir dengan lebih baik kawasan tersebut.Malahan penduduk serta pengundi pasti akan memberikan kemenangan besar kepada DAP walaupun calon yang di letakkan itu anak saudara mendiang Karpal yang berumur 5 tahun.

Sebaliknya Bukit Gelugor akan hancur sekiranya calon lain mengambil alih legasi Karpal di kawasan ini kerana hanya keluarga beliau sahaja yang mampu memakmurkan rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gelugor.

Ini telah pun di buktikan dengan sokongan besar rakyat serta pengundi terhadap mendiang Karpal sewaktu PRU13 yang lalu.

Jangan sesekali membiarkan legasi ini terkubur kerana nyawa dan semangat Karpal masih utuh bersama keluarganya.

PDRM TIDUR .. MELAYU PENYOKONG UMNO RAGUT TERESA KOK


Apa lagi yang mahu di tunggu oleh rakyat Malaysia ? Kejadian ragut yang semakin berleluasa sekarang ini membuktikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam menguruskan soal keselamatan rakyatnya.Tak perlu penulis pergi jauh lihat sahaja apa yang berlaku terhadap YB Teresa Kok , beliau telah di ragut oleh 2 orang lelaki bermotorsikal sewaktu sedang berjalan.

Di mana pasukan Polis ? Jika sebelum ini suara pimpinan Pakatan Rakyat menegur kerajaan supaya mempertingkatkan soal keselamatan rakyat di pandang remeh kini segalanya menampakkan kelemahan.

Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh di laporkan cedera selepas terjatuh akibat diragut dua lelaki yang tiba-tiba menarik rantai leher dipakai beliau yang ketika itu berjalan di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini, dua hari lalu. 

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Teresa dikatakan bersiar-siar bersama dua anak saudaranya berusia 11 dan lima tahun di lokasi berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pembonceng motosikal itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh. 

“Beliau kemudian cuba mengejar kedua-dua suspek sambil menjerit meminta bantuan orang ramai namun gagal selepas suspek memecut laju meninggalkan lokasi kejadian. 

“Beliau dilaporkan mengalami cedera akibat terjatuh, manakala dua anak saudaranya selamat, ” katanya ketika dihubungi media, semalam. 

Selamatkah Malaysia ?

Kejadian demi kejadian yang berlaku cukup untuk membuktikan kerajaan Barisan Nasional harus segera di tukar dan kelemahan pasukan Polis pula di lihat berlaku kerana terlalu ramai anggotanya yang berbangsa Melayu menyebabkan prestasi tugas mereka tidak mencapai standard.


Sudah semestinya penyebab ini adalah kerana sikap orang Melayu yang pemalas dan suka sambil lewa dalam setiap tugasan yang di pikul mereka.

Percayalah Malaysia hanya akan aman dan selamat sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.Tidak ada pemimpin lain yang mampu menggalas tugas berat ini melainkan manusia bernama Anwar Ibrahim.Beliau mempunyai karisma dan keupayaan untuk memimpin dan telah membuktikkannya sewaktu berdepan dengan kes pemecatannya daripada kerajaan satu ketika dulu.

Semangat juang yang tinggi di miliki oleh Anwar Ibrahim mampu menghimpunkan jutaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bangun mempertahankan sifat zalim kerajaan Barisan Nasional menjadi kayu ukur tahap kemampuan pemimpin ini.

Rakyat yang kini sudah mula rimas dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seharusnya memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara.Dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri rakyat Malaysia sudah pasti akan lebih hebat dan selamat.

Kehadiran Menteri orang Melayu menerajui hal ehwal keselamatan negara juga tidak menunjukkan kesaksamaan yang sama rata malah sikap rasis cukup jelas di tunjukkan dengan insiden ugutan terhadap Teresa Kok sebelum ini langsung tidak di hiraukan.

Kepimpinan DAP sudah pun menunjukkan bukti betapa mereka mampu menggalas tugas memastikan keselamatan rakyat terjamin.Buktinya Lim Guan Eng di Pulau Pinang bukan sahaja sentiasa memantau soal keselamatan melalui perbincangan dan perjumpaan dengan pihak Polis tetapi turut mengambil inisiatif menubuhkan pasukan Polis sendiri.
  

Bayangkan sekiranya kedua-dua pemimpin ini Anwar dan Lim Guan Eng bergabung membentuk kerajaan ? Sudah pasti kerajaan Pakatan Rakyat akan jauh lebih baik mengurus tadbir negara seterusnya menjadikan Malaysia terus aman dan makmur.

KERAJAAN DAP P.PINANG AKAN TURUT HAPUSKAN DISKAUN PERUMAHAN.


Berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor menghapuskan diskaun 7 peratus yang sekian lama di nikmati oleh bumiputera dalam pembelian rumah kediaman mampu milik di negeri itu , kerajaan DAP Pulau Pinang juga mula menunjukkan minat untuk turut sama mengikut langkah Selangor menghapuskan diskaun terbabit.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri, Iskandar Abdul Samad pada sidang DUN Selangor pada 8 April 2014 mengumumkan bahawa kerajaan negeri tidak lagi memberi diskaun antara 5% hingga 7% bagi pembelian perumahan mampu milik, yang sebelum ini diberikan kepada golongan Bumiputera di negeri itu.

Iskandar berkata diskaun itu tidak lagi diberikan kerana harga rumah mampu milik yang dibina kerajaan negeri adalah mengikut harga pasaran dan diberikan subsidi.  

Tindakan ini di lihat amat bertepatan sekali dan merupakan satu langkah bijak agar lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan negeri dapat di bantu.

Pada ketika isu pemilikan rumah kediaman menjadi isu paling utama di negara ini , kerajaan DAP melihat ianya turut sesuai di laksanakan di Pulau Pinang.   

Perlu di ingat isu pemilikan kediaman bukan sahaja menjadi masalah orang Melayu tetapi turut menjadi masalah kepada bangsa lain yang juga merupakan rakyat serta warganegara Malaysia.

Selain daripada itu, ianya merupakan satu kaedah atau langkah bagi mendidik rakyat khususnya orang Melayu supaya mampu berdikari dan berusaha sendiri seperti mana kaum Cina dan India.

Penulis melihat langkah ini membuktikan betapa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada Barisan Nasional kerana punya perancangan untuk mensasarkan bantuan dan subsidi bukan hanya kepada satu kaum sahaja seperti mana yang di praktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Perancangan untuk memberikan keadilan kepada semua pihak memperlihatkan kebertanggungjawaban pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap rakyatnya tanpa mengira kaum.

Ini bukan soal rasis tetapi merupakan tindakan bijak dalam menangani permasalahan pemilikan kediaman rakyat.

Sikap yang di tunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan contoh pemimpin yang paling adil setaraf Khalifah Umar Abdul Aziz apabila tidak membezakan antara kaum dan status rakyat.

Keputusan kerajaan DAP negeri P.Pinang ini juga dilihat akan membantu golongan bumiputera dan juga bangsa melayu supaya lebih berdikari dan berdaya saing. Sehingga kini, bangsa melayulah antara paling banyak menerima subsidi di negara ini.

Ini sedikit sebanyak dilihat sebagai tidak adil kepada kaum lain didalam negara walhal kaum lain terbukti lebih banyak menyumbangkan jasa menerusi ekonomi dan juga kemakmuran sehingga Malaysia menjadi sebuah negara makmur seperti sekarang.

Penghapusan subsidi diskaun perumahan kepada Bumiputera ini juga dapat mengukuhkan jatidiri serta dapat mendisplinkan bangsa melayu yang selama ini terlalu bergantung harap kepada kerajaan. Mungkin Lim Guan Eng dan juga DAP di P.Pinang mahu bangsa melayu di negeri ini lebih berdaya saing dengan kaum lain.

Justeru itu, sampai bilakah bangsa melayu mahu dilayan istimewa dengan pemberian pelbagai diskaun dan subsidi oleh kerajaan BN? Langkah penghapusan diskaun dan subsidi ini diharap dapat menyedarkan bangsa melayu di negara ini dari sikap malas dan alpa mereka sendiri.

AIR ASIA BIADAP & BODOH SOMBONG


Mungkin warkah kali ini agak berbeza dengan yang lain memandangkan penulis memilih untuk menulis tentang sebuah syarikat penerbangan paling besar kepala hasil didikan kerajaan umno dan penyangak-penyangak umno.

Siapa yang tak kenal dengan Tony Frenandes orang kuat Air Asia , sejak sebelum lahirnya Air Asia ni penulis dah memang meluat dengan mamat ni.Mana tidaknya berlagak sungguh ! Seolah-olah di dunia ni dialah yang paling hebat ! Hebat ke dia ni ? Penulis tengok macam Firaun adalah.

Khabarnya pihak MAHB telah pun menyediakan KLIA2 khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah beroperasi dan sehingga kini segalanya sudah pun di sediakan termasuklah dalam memenuhi tuntutan daripada Air Asia sendiri.

Tup tup bagitau tak mau pindah ! Apa ke halnya ?

Hasil risikan penulis barulah tahu puncanya , di katakan Air Asia tak mahu berpindah ke KLIA2 di sebabkan beberapa faktor dan antaranya adalah soal keselamatan.Apa lagi yang tak kena ? 


Setahu penulis Air Asia ni merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang telah di berikan banyak keistimewaan oleh pihak MAHB mahupun kerajaan sendiri.Mungkin agaknya di sebabkan kerajaan bingai  umno maka lahirnya usahawan paling sombong dan belagak semacam Tony Fernandes ni.

Untuk makluman korang , pada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008. Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu.

Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yang berjumlah RM112.06 juta.

Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta. Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong.

Korang nampak tak berjuta si Tony tu makan duit rakyat yang sepatutnya di bayar kepada kerajaan umno , tapi dia melantak sorang-sorang sampai buncit perut.Yang umno pula punya lah bagus biarkan saja duit cukai rakyat yang berjuta tu di makan si Tony ni.Apa hal beb ?

Keistimewaan apa sampai semacam tu ? Ada kira-kira ke ?


Air Asia ni penulis ibaratkan sebagai hantu raya makan tuan lah , masa susah dulu minta tolong dekat kerajaan umno supaya bantu dan bila dah di bantu jadi kaya raya kemudian gigit tuan balik.Hebatkan ?

Inilah masalahnya apabila umno buat kerja main ikut hati dan sedap mulut saja rakyat yang kat bawah ni tercungap-cungap.Korang tau kenapa ? Kepada yang pernah menaiki Air Asia ni mesti faham , mana tidaknya di sebabkan tambang murah dengan promosi mencecah juta-juta , penumpang menjadi mangsa segala barang termasuk makanan dalam pesawat kena beli.

Sebelum ini pun Air Asia tidak pernah menghormati rakyat Malaysia , asyik dengan kerja pembohong sebab nak kaya cepat.Itupun kira ok lagi bab hormat lagilah tak ada.


Bayangkan Air Asia yang mendapat segala kemudahan langsung tidak pernah menghormati MAS.Malah bertindak menyindir dan mengeluarkan pula promosi paling bangang dengan tidak memikirkan tentang sensitiviti mangsa penumpang MH370.

Selain dari itu Air Asia pernah menyindir tentang isu nasi lemak telanjang dan juga penyiaran artikel berkaitan juruterbang dengan menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai pengisiannya.

Bukankah kurang ajar namanya tu ? 

Sekarang ni bila semua dah di siapkan , tunjuk besar kepada tak mau pindah ! Alo Tony lu sapa ?

Penulis bukan menulis semata-mata nak marahkan Air Asia ataupun nak menyebelahi kerajaan umno , tetapi sikap manusia semacam Tony ni seharusnya di tolak.Sebagai rakyat penulis punya hak untuk rasa marah sebab dah banyak rakyat jadi mangsa.

Tony mungkin tak sedar servis yang Air Asia berikan rasanya tak ubah semacam naik bas tambang ja.

Isu ni telah pun mendapat perhatian PM dan di katakan PM dah bagi kata dua PINDAH ! Berdasarkan laporan Air Asia perlu berpindah bermula hari ini.

Jadi sekarang ni kita tengok umno yang ngok ka atau Tony yang bongok !

SALAHKAH KARPAL SINGH TEGUR RAJA MELAYU?

Ada di antara pembaca di blog ini menuduh penulis dengan pelbagai andaian yang di fikirkan layak oleh mereka terhadap penulis.Biasa ! ianya adalah perkara biasa dalam kita menyampaikan hak masing-masing atau lebih mudah di sebut apa jua yang lahir sama ada melalui fikiran , kata-kata mahupun perbuatan itu adalah hak masing-masing dan penulis menghormatinya.

Tidak pernah wujud dalam diri penulis untuk merasa sakit hati atau marah-marah kerana kita semua punya pendapat dan pandangan masing-masing.Oleh yang demikian penulis menganggap setiap dari kita di lahirkan dengan kemahiran masing-masing dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Melahirkan pendapat bukanlah sesuatu yang seharusnya kita hukum dengan pelbagai hukuman.Malah tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa ianya di mulakan dengan sesuatu.

Mana mungkin seorang anak kecil merajuk dengan ibunya tanpa sebab ?

Penulis kali ini mahu menyentuh tentang soal hak dan sejauh mana individu itu di klasifikasikan !

Bukan mudah sebenarnya untuk menzahirkannya dan mungkin pada tanggapan penulis , melalui penulisan di blog ini boleh sedikit sebanyak ianya menjadi pencerahan sama ada kepada diri penulis mahupun sesiapa jua.

Apa ada dengan Raja Melayu ?

Penulis yakin soalan itu sahaja barangkali sudah pun di anggap oleh sesetengah pihak di luar sana sebagai satu penghinaan ! Khususnya oleh macai-macai UMNO yang sibuk mencari kesalahan orang lain sedangkan hakikatnya mereka jauh lebih melanun dalam dunia politik yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.

Bukan berniat untuk menderhaka apatah lagi untuk bersikap biadap tetapi bagi penulis siapa jua mereka itu ia tetap seorang manusia dan individu.

Raja hanyalah satu pangkat yang di berikan kepada segelintir kumpulan mahupun generasi orang Melayu yang dulunya bermula dengan orang biasa.Dari mana Raja Melayu datang kalau bukan Melayu yang mengangkatnya ?

Maka lahirlah keturunan beraja yang di anggap berdaulat dan punya kasta tersendiri.Kalau di ikutkan kekebalan yang dimiliki pula ianya seolah-olah 1000 kali tinggi tembok cina kalau di bandingkan dengan rakyat biasa seperti penulis.

Di mana istimewanya Raja kepada rakyat ? Ketua agama Islam ? Ketua kepada segala orang Melayu ?

Jika itulah yang menjadi jawapannya maka penulis andaikan bahawa orang Melayu selama ini banyak syok sendiri.Mencipta sesuatu dan mengajak seluruh bangsanya untuk mengagungkan ciptaan sendiri.

Tak pastilah pula apa hukumnya jika di ajukan persoalan ini kepada alim ulama.Tapi penulis yakin dengan adanya Raja maka sedikit sebanyak orang Melayu merasa terbela.

Tahukah orang Melayu bahawa selama ini rasa terbela itu hanyalah satu momokan politik semata-mata ?

Yang mempertahankan kedaulatan negara dan menjamin keselamatan rakyat adalah sebuah kerajaan yang di gerakkan oleh barisan eksekutif bagi menjalankan kerja-kerja memerintah negara ?

Siapa mereka  ? Perdana Menteri dan seluruh barisan jemaah menterinya dan pastinya bukan Raja.

Jadi persoalannya di sini apa ada dengan Raja Melayu ?

Menjaga hal ehwal agama Islam ?

Gambar di bawah barangkali mampu menyedarkan ....


Mereka itu Melayu dan sudah pasti beragam Islam ! Apa yang berlaku ? Di Denda RM25 ? Hebat Melayu !!!! Di mana Raja Melayu ? Jangan sampai jadi patung berpakaian sut Melayu !


Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. 

Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam. 

“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong). Baca Selanjutnya 

Rasanya ada yang dah mula faham , begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Karpal Singh !

Karpal tidak sepatutnya di hukum hanya dengan alasan menghina Raja Melayu.Sebagai seorang rakyat  , Karpal dalam sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.

Penulis tidak mahu menceritakan semula rentetan kejadian atau peristiwa terbabit tetapi mahu memberikan tumpuan kepada sejauh mana kenyataan Karpal itu boleh di anggap sebagai satu ancaman mahupun penghinaan ?

Karpal hanya menyuarakan pandangannya berdasarkan peruntukan undang-undang yang di rasakannya boleh di ambil kira.Adakah itu pun sudah di kira sebagai satu kesalahan ?

Apakah Raja Melayu langsung tidak boleh di tegur dan boleh berbuat sesuka hati ? Atau sememangnya Raja Melayu dan keturunannya BEBAS dari melakukan kesalahan ?

Di saat seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu mengaminkan doa para imam pada setiap hari Jumaat untuk kesejahteraan Raja-Raja mereka , rasanya masih ada di kalangan keturunan Raja-Raja ini sedang melakukan aktiviti bebas mereka.Siapa tahu ?

Karpal Singah merupakan pemimpin yang adil dan hanya menyuarakan suara rakyat di dalam isu Raja Perak.Adakah tindakan Karpal memperjuangkan hak rakyat di Perak di anggap tidak menghormati institusi Di Raja ?

Di mana hak Karpal sebagai seorang rakyat ? Adakah kerana Karpal bukan Melayu dan beragama Islam ?

Atau Raja punya hak yang langsung tidak boleh di sentuh walaupun jelas dan nyata mereka juga sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan onar yang rasanya labih dasyat daripada rakyat biasa ?

WUDUK DAN MANDI JUNUB ANTARA PUNCA AIR NAIK HARGA DI PENANG.


Gambar kat atas tu jelas dan sah merupakan dua orang budak berbangsa Melayu yang sedang menyambut hari kelahiran di salah satu pusat hiburan.Jika di amati ianya berlaku di salah satu pusat permainan snooker dan bertepatan sekali dengan sambutan 'birthday' masa kini mestilah yang selari dengan trend atau budaya terkini.

Apa sudah jadi Melayu ? Bertudung , kek dan sebotol guinnes barangkali menjadikan ianya sambutan terbaik dan paling voke abad ini.

Tahniah Melayu , sebab dan berjaya menyusur budaya dan kepada pihak di luar sana janganlah pula mengecam budak-budak tu.Daripada pengamatan penulis , semuanya bersebab ! Sudah tentu antara sebabnya adalah kurangnya didikan agama dan pemantauan ibu bapa.

Tetapi bagi penulis secara peribadi ianya punya sebab lain iaitu UMNO !

Sebagai parti yang mengaku menunjangi kerajaan , mereka GAGAL mendidik rakyat dan paling utama GAGAL mendidik anak bangsa mereka sendiri.

Kini kebanyakkan pemimpin dan orang UMNO mula menyalak kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang zalim kerana menaikkan tarif air.

Pelbagai tohmahan di lemparkan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng.

Kenapa ? Adakah kerana Lim Guan Eng bukan Melayu dan Islam ?

Semuanya berlaku apabila kerajaan negeri dan PBA semalam mengumumkan mereka perlu mengambil langkah-langkah perlu bagi mengelak daripada berlakunya kekurangan air di Pulau Pinang.Ianya berlaku kerana di sebabkan beberapa faktor.

Antaranya sudah pasti akibat daripada musim kemarau serta kurangnya hujan.Selebihnya pula adalah sikap pengguna sendiri.Pengguna di sini membawa maksud semua pihak tanpa mengira kaum atau agama.Pembaziran penggunaan air yang tidak wajar di kesan telah di lakukan oleh kebanyakkan pengguna tanpa langsung punya rasa untuk berjimat cermat sedangkan kerajaan negeri sudahpun melancarkan program agar rakyat Pulau Pinang menggunakan air dengan baik.

Tetapi memandangkan sikap pengguna masih berterusan malah pembaziran pula semakin bertambah kerajaan negeri telah bersetuju setelah berbincang dengan semua pihak terlibat untuk menaikkan tarif air khusus bagi menyedarkan rakyat Pulau Pinang supaya mengambil langkah berjimat cermat.

Hanya itulah tindakan yang di rasakan amat sesuai di ambil tatkala kerajaan negeri berusaha untuk memastikan bekalan air sentiasa dapat di salurkan kepada penduduk.

Malah daripada pengamatan penulis sendiri orang Melayu lah yang paling ramai membazirkan penggunaan air dengan penggunaan yang tidak sepatutnya.

Sebagai contoh selain daripada urusan peribadi , mereka juga menggunakan air untuk tujuan mengambil wuduk yang tidak di lakukan oleh orang Cina dan India.Malah mungkin juga menggunakan air untuk tujuan mandi junub itu sebahagian daripada punca kepada pembaziran penggunaan air memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang sewaktu sidang media pada 2 April 2014 telah menggariskan langkah-langkah bagi mengurangkan penggunaan air antaranya 'take shorter showers'.

Ini merupakan sebahagian daripada pembaziran yang sebenarnya jika di rancang dengan baik mampu mengelakkan pembaziran yang boleh menyebabkan orang lain turut sama menerima tempiasnya.

Malah jika mengikut kepada amalan mengambil wuduk sekalipun , Islam melarang pengikutnya daripada melakukan pembaziran sewaktu menggunakan air.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda bertanya : “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”  Saad bertanya: “Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”  

Baginda menjawab: “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”
(Hadis Riwayat Ahmad r.a.)

Firman Allah سبحانه وتعالى :

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧﴾
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27). 

Bagi penulis tindakan yang di ambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah wajar kerana selaku kerajaan yang bertanggungjawab sudah semestinya hak serta keperluan rakyat menjadi keutamaan.

Kenaikkan tarif air di lakukan untuk tujuan yang baik iaitu selain daripada mengajar rakyatnya supaya berjimat cermat ianya mampu memberikan kebaikan buat semua tanpa mengira kaum dan agama.

Tinggalnya rakyat Pulau Pinang sendiri perlu fikirkan tentang kebaikan tindakan yang di ambil dengan membuang jauh-jauh rasa benci dan marah yang tidak kena pada tempatnya.

Jangan jadi macam UMNO , bukan sahaja GAGAL mendidik kaum sendiri tetapi GAGAL menyedarkan rakyat tentang sikap berjimat cermat yang seharusnya menjadi keutamaan.

DAP PENANG AKAN BELI JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM


Di saat pelbagai pihak merungut tentang kenaikan kos sara hidup , kerajaan Barisan Nasional terus mengaburi mata rakyat dengan pembinaan projek-projek mega kononnya untuk kesejahteraan bersama.Salah satunya yang telah pun memberikan perkhidmatan adalah Jambatan kedua Pulau Pinang yang kemudiannya di umumkan oleh Najib sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sempena majlis perasmian baru-baru ini.

Seperti biasa rakyat sekali lagi menjadi mangsa keadaan , pembinaan jambatan kedua ini sebenarnya memberikan kesengsaraan terhadap rakyat khususnya di Pulau Pinang.Bayangkan untuk masuk ke bahagian pulau rakyat terpaksa memilih 3 laluan alternatif iaitu menggunakan feri , jambatan pertama dan jambatan kedua.

Kesemua laluan ini di kenakan tol sejak pembukaannya dan sudah tentu janji kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan nasib rakyat terus terbela hanya tinggal janji.

Bagi kebanyakkan rakyat yang bukan dari Pulau Pinang sudah tentu kurang merasai kesannya secara langsung tetapi bagi rakyat yang perlu menggunakan laluan ini pada setiap hari untuk urusan kerja sudah tentu ianya adalah bebanan.

Apakah kerajaan Barisan Nasional mengambil kira bebanan rakyat ?

Tuntutan banyak pihak supaya jambatan kedua ini tidak di kenakan tol langsung tidak di endahkan malahan suara rakyat akar umbi langsung tidak di hiraukan.

Untuk itu kerajaan DAP Pulau Pinang sedang menimbangkan cadangan untuk menuruti langkah kerajaan Pakatan di Selangor dengan membeli SYABAS demi kepentingan rakyatnya.

Oleh yang demikian DAP negeri Pulau Pinang kemungkinan besar akan membeli jambatan kedua tersebut bagi membolehkan rakyatnya termasuk daripada luar bebas menggunakannya tanpa bayaran tol.

Ianya di lihat amat bertepatan sekali kerana pembelian jambatan ini nanti akan membuktikan kasih sayang serta keikhlasan pemerintah DAP terhadap rakyat Pulau Pinang oleh Ketua Menteri yang paling adil dalam sejarah negara Lim Guan Eng.

Jika di lihat kepada kemampuan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini , ianya amat jauh berbeza sewaktu pentadbiran Barisan Nasional.Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP telah berjaya melakukan perbelanjaan berhemah serta mempunyai kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh.

Berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng , ianya di lihat mampu di realisasikan demi kesejahteraan rakyat seperti mana janji sebelum ini untuk mengamalkan budaya kerja yang Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Jom Ubah !