Ada di antara pembaca di blog ini menuduh penulis dengan pelbagai andaian yang di fikirkan layak oleh mereka terhadap penulis.Biasa ! ianya adalah perkara biasa dalam kita menyampaikan hak masing-masing atau lebih mudah di sebut apa jua yang lahir sama ada melalui fikiran , kata-kata mahupun perbuatan itu adalah hak masing-masing dan penulis menghormatinya.
Tidak pernah wujud dalam diri penulis untuk merasa sakit hati atau marah-marah kerana kita semua punya pendapat dan pandangan masing-masing.Oleh yang demikian penulis menganggap setiap dari kita di lahirkan dengan kemahiran masing-masing dan gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya.
Melahirkan pendapat bukanlah sesuatu yang seharusnya kita hukum dengan pelbagai hukuman.Malah tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa ianya di mulakan dengan sesuatu.
Mana mungkin seorang anak kecil merajuk dengan ibunya tanpa sebab ?
Penulis kali ini mahu menyentuh tentang soal hak dan sejauh mana individu itu di klasifikasikan !
Bukan mudah sebenarnya untuk menzahirkannya dan mungkin pada tanggapan penulis , melalui penulisan di blog ini boleh sedikit sebanyak ianya menjadi pencerahan sama ada kepada diri penulis mahupun sesiapa jua.
Apa ada dengan Raja Melayu ?
Penulis yakin soalan itu sahaja barangkali sudah pun di anggap oleh sesetengah pihak di luar sana sebagai satu penghinaan ! Khususnya oleh macai-macai UMNO yang sibuk mencari kesalahan orang lain sedangkan hakikatnya mereka jauh lebih melanun dalam dunia politik yang menjadikan rakyat sebagai mangsa.
Bukan berniat untuk menderhaka apatah lagi untuk bersikap biadap tetapi bagi penulis siapa jua mereka itu ia tetap seorang manusia dan individu.
Raja hanyalah satu pangkat yang di berikan kepada segelintir kumpulan mahupun generasi orang Melayu yang dulunya bermula dengan orang biasa.Dari mana Raja Melayu datang kalau bukan Melayu yang mengangkatnya ?
Maka lahirlah keturunan beraja yang di anggap berdaulat dan punya kasta tersendiri.Kalau di ikutkan kekebalan yang dimiliki pula ianya seolah-olah 1000 kali tinggi tembok cina kalau di bandingkan dengan rakyat biasa seperti penulis.
Di mana istimewanya Raja kepada rakyat ? Ketua agama Islam ? Ketua kepada segala orang Melayu ?
Jika itulah yang menjadi jawapannya maka penulis andaikan bahawa orang Melayu selama ini banyak syok sendiri.Mencipta sesuatu dan mengajak seluruh bangsanya untuk mengagungkan ciptaan sendiri.
Tak pastilah pula apa hukumnya jika di ajukan persoalan ini kepada alim ulama.Tapi penulis yakin dengan adanya Raja maka sedikit sebanyak orang Melayu merasa terbela.
Tahukah orang Melayu bahawa selama ini rasa terbela itu hanyalah satu momokan politik semata-mata ?
Yang mempertahankan kedaulatan negara dan menjamin keselamatan rakyat adalah sebuah kerajaan yang di gerakkan oleh barisan eksekutif bagi menjalankan kerja-kerja memerintah negara ?
Siapa mereka ? Perdana Menteri dan seluruh barisan jemaah menterinya dan pastinya bukan Raja.
Jadi persoalannya di sini apa ada dengan Raja Melayu ?
Menjaga hal ehwal agama Islam ?
Gambar di bawah barangkali mampu menyedarkan ....
Mereka itu Melayu dan sudah pasti beragam Islam ! Apa yang berlaku ? Di Denda RM25 ? Hebat Melayu !!!! Di mana Raja Melayu ? Jangan sampai jadi patung berpakaian sut Melayu !
Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.
“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong). Baca Selanjutnya
Rasanya ada yang dah mula faham , begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Karpal Singh !
Karpal tidak sepatutnya di hukum hanya dengan alasan menghina Raja Melayu.Sebagai seorang rakyat , Karpal dalam sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.
Penulis tidak mahu menceritakan semula rentetan kejadian atau peristiwa terbabit tetapi mahu memberikan tumpuan kepada sejauh mana kenyataan Karpal itu boleh di anggap sebagai satu ancaman mahupun penghinaan ?
Karpal hanya menyuarakan pandangannya berdasarkan peruntukan undang-undang yang di rasakannya boleh di ambil kira.Adakah itu pun sudah di kira sebagai satu kesalahan ?
Apakah Raja Melayu langsung tidak boleh di tegur dan boleh berbuat sesuka hati ? Atau sememangnya Raja Melayu dan keturunannya BEBAS dari melakukan kesalahan ?
Di saat seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu mengaminkan doa para imam pada setiap hari Jumaat untuk kesejahteraan Raja-Raja mereka , rasanya masih ada di kalangan keturunan Raja-Raja ini sedang melakukan aktiviti bebas mereka.Siapa tahu ?
Karpal Singah merupakan pemimpin yang adil dan hanya menyuarakan suara rakyat di dalam isu Raja Perak.Adakah tindakan Karpal memperjuangkan hak rakyat di Perak di anggap tidak menghormati institusi Di Raja ?
Di mana hak Karpal sebagai seorang rakyat ? Adakah kerana Karpal bukan Melayu dan beragama Islam ?
Atau Raja punya hak yang langsung tidak boleh di sentuh walaupun jelas dan nyata mereka juga sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan onar yang rasanya labih dasyat daripada rakyat biasa ?
TIDAK KIRALAH ANDA BERPANGKAT ATAU BERKETURUNAN APA PUN SAMA ADA CINA , MELAYU , INDIA MAHUPUN APA SAHAJA BANGSA . MANAKAH SIFAT KEMANUSIAAN ANDA ? KITA SEBAGAI MANUSIA SEHARUSNYA SALING TEGUR MENEGUR KESILAPAN TETAPI BUKANNYA MENJATUHKAN IMEJ NEGARA SENDIRI DENGAN TOMAHAN ATAUPUN KRITIKAN YANG BURUK TANPA FAKTA YANG SAHIH ATAU BUKTI YANG KUKUH . SEKADAR GAMBAR UNTUK DIJADIKAN BUKTI ? ZAMAN SEKARANG TEKNOLOGI TINGGI PELBAGAI MACAM JENIS TEKNOLOGI YANG ADA , TETAPI IKUTT KEHENDAK ANDA SAMA ADA ANDA MAHU KE JALAN YANG BENAR ATAUPUN SALAH ? KERANA SAYA TAHU SEMUA PENYOKONG POLITIK INI CUBA MENEGAKKAN KEADILAN DIRI SENDIRI WALAUPUN IA SALAH ATAU SEBALIKNYA. TETAPI , ANDA TIDAK RASA BERSYUKUR KE YANG NEGARA KITA SEBUAH NEGARA YANG AMAN ? KENAPA KITA CUBA MEMBANGUN PEMBERONTAKKAN DALAM NEGARA YANG AMAN INI ? ADAKAH ANDA TERINGIN UNTUK HIDUP DALAM SUASANA PERANG YANG KUCAR KACIR SEPERTI NEGARA IRAQ ? . ADAKAH PENULIS BLOGGER INI TERINGIN NAK HIDUP DALAM KEADAAN PERANG ? CUKUP-CUKUPLAH MEMPERLAGAKAN ANTARA BANGSA NEGARA SENDIRI . KALAU KENYATAAN YANG ANDA MINTA INI TERCAPAI , PASTI ANDA SANGAT BAHAGIA KERANA CITA-CITA UNTUK HIDUP DALAM SENGSARA ANDA TELAH TERCAPAI . SEKIAN .
ReplyDeletebgus kamu ni mbghina orang melayu lh
ReplyDeletex kisah lu cina or india
kamu ni seorang pendatang ataupon peloat di tanah melayu
sebernanya cina or india x berhak memegang malaysia