Mungkin warkah kali ini agak berbeza dengan yang lain memandangkan penulis memilih untuk menulis tentang sebuah syarikat penerbangan paling besar kepala hasil didikan kerajaan umno dan penyangak-penyangak umno.
Siapa yang tak kenal dengan Tony Frenandes orang kuat Air Asia , sejak sebelum lahirnya Air Asia ni penulis dah memang meluat dengan mamat ni.Mana tidaknya berlagak sungguh ! Seolah-olah di dunia ni dialah yang paling hebat ! Hebat ke dia ni ? Penulis tengok macam Firaun adalah.
Khabarnya pihak MAHB telah pun menyediakan KLIA2 khusus untuk syarikat penerbangan tambang murah beroperasi dan sehingga kini segalanya sudah pun di sediakan termasuklah dalam memenuhi tuntutan daripada Air Asia sendiri.
Tup tup bagitau tak mau pindah ! Apa ke halnya ?
Hasil risikan penulis barulah tahu puncanya , di katakan Air Asia tak mahu berpindah ke KLIA2 di sebabkan beberapa faktor dan antaranya adalah soal keselamatan.Apa lagi yang tak kena ?
Setahu penulis Air Asia ni merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang telah di berikan banyak keistimewaan oleh pihak MAHB mahupun kerajaan sendiri.Mungkin agaknya di sebabkan kerajaan bingai umno maka lahirnya usahawan paling sombong dan belagak semacam Tony Fernandes ni.
Untuk makluman korang , pada 20hb Mei 2008, Menteri Pengangkutan telah mengesahkan di Dewan Rakyat bahawa AirAsia telah berhutang cukai lapangan terbang (airport tax) berjumlah RM 110 juta daripada tahun 2002 sehingga 31-03-2008. Cukai ini sebenarnya dibayar oleh pengguna kepada Air Asia dan Air Asia sepatutnya menyerahkannya kepada MAHB. Namun selama hampir 6 tahun, Air Asia menyimpan wang cukai ini tanpa diambil apa-apa tindakan oleh kerajaan ketika itu.
Air Asia hanya mengembalikan Cukai tersebut pada tahun 2009. Menurut Dewan Rakyat, sehingga September 2009, AirAsia telah melangsaikan semua hutang mereka kepada MAHB yang berjumlah RM112.06 juta.
Jumlah ini sebenarnya diskaun daripada jumlah kutipan sebenar sebanyak RM132.1 juta. Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 kepada soalan YB Wee Choo Keong.
Korang nampak tak berjuta si Tony tu makan duit rakyat yang sepatutnya di bayar kepada kerajaan umno , tapi dia melantak sorang-sorang sampai buncit perut.Yang umno pula punya lah bagus biarkan saja duit cukai rakyat yang berjuta tu di makan si Tony ni.Apa hal beb ?
Keistimewaan apa sampai semacam tu ? Ada kira-kira ke ?
Air Asia ni penulis ibaratkan sebagai hantu raya makan tuan lah , masa susah dulu minta tolong dekat kerajaan umno supaya bantu dan bila dah di bantu jadi kaya raya kemudian gigit tuan balik.Hebatkan ?
Inilah masalahnya apabila umno buat kerja main ikut hati dan sedap mulut saja rakyat yang kat bawah ni tercungap-cungap.Korang tau kenapa ? Kepada yang pernah menaiki Air Asia ni mesti faham , mana tidaknya di sebabkan tambang murah dengan promosi mencecah juta-juta , penumpang menjadi mangsa segala barang termasuk makanan dalam pesawat kena beli.
Sebelum ini pun Air Asia tidak pernah menghormati rakyat Malaysia , asyik dengan kerja pembohong sebab nak kaya cepat.Itupun kira ok lagi bab hormat lagilah tak ada.
Bayangkan Air Asia yang mendapat segala kemudahan langsung tidak pernah menghormati MAS.Malah bertindak menyindir dan mengeluarkan pula promosi paling bangang dengan tidak memikirkan tentang sensitiviti mangsa penumpang MH370.
Selain dari itu Air Asia pernah menyindir tentang isu nasi lemak telanjang dan juga penyiaran artikel berkaitan juruterbang dengan menjadikan isu kehilangan MH370 sebagai pengisiannya.
Bukankah kurang ajar namanya tu ?
Sekarang ni bila semua dah di siapkan , tunjuk besar kepada tak mau pindah ! Alo Tony lu sapa ?
Penulis bukan menulis semata-mata nak marahkan Air Asia ataupun nak menyebelahi kerajaan umno , tetapi sikap manusia semacam Tony ni seharusnya di tolak.Sebagai rakyat penulis punya hak untuk rasa marah sebab dah banyak rakyat jadi mangsa.
Tony mungkin tak sedar servis yang Air Asia berikan rasanya tak ubah semacam naik bas tambang ja.
Isu ni telah pun mendapat perhatian PM dan di katakan PM dah bagi kata dua PINDAH ! Berdasarkan laporan Air Asia perlu berpindah bermula hari ini.
Jadi sekarang ni kita tengok umno yang ngok ka atau Tony yang bongok !
No comments:
Post a Comment