PRK Bukit Gelugor akan di adakan pada 25 Mei 2014 dan ianya telah di sahkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).Ianya perlu di adakan memandangkan kematian penyandang jawatan Ahli Parlimennya mendiang Karpal Singh dalam satu kemalangan ngeri di lebuhraya Utara-Selatan baru-baru ini.
Mendiang Karpal merupakan seorang pemimpin DAP yang cukup di sanjung tinggi bukan sahaja oleh ahli-ahli parti DAP tetapi juga sebahagian besar penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Karpal bukan sahaja memiliki aura tersendiri tetapi juga merupakan salah seorang pemimpin yang berjaya di lahirkan oleh negeri Pulau Pinang yang tidak ada tolok bandinganya.
Tidak ada mana-mana pihak mahupun mana-mana pemimpin lain yang boleh menggantikan kewibaan beliau khususnya dalam politik kerana mendiang punya pendirian yang tersendiri dan kerana pendirian itu mendiang Karpal Singh amat di sanjung tinggi.
Kini PRK Bukit Gelugor hanya menanti masa untuk di adakan dan sudah tentu seluruh penduduk terutamanya para pengundi beliau ternanti-nanti siapakah yang bakal meneruskan legasi kepimpinan Karpal di Bukit Gelugor.
Dengan kemenangan bergayanya sewaktu PRU13 yang lalu Karpal sudah membuktikan bahawa penduduk dan pengundi di Bukit Gelugor sememangnya begitu setia dan cukup selesa mengangkat beliau sebagai pemimpin bagi mewakili mereka.
Ini di buktikan dengan kemenangan besar Karpal apabila mendapat majoriti undi sebanyak 42 ribu undi berbanding lawannya.
Justeru itu jika di lihat kepada faktor sejarah dan betapa penduduk begitu selesa dengan mendiang Karpal Singh , Bukit Gelugor seharusnya meletakkan ahli keluarga mendiang sebagai calon bagi PRK Bukit Gelugor.
Dalam suasana politik hari ini hanya keluarga Karpal Singh sahajalah yang mampu meneruskan kecemerlangan kerusi tersebut dan sememangnya kesinambungan ini mampu memenangkan bukan sahaja calon tetapi parti DAP sendiri.
Bukit Gelugor sebenarnya sudah terbukti merupakan milik Singh dan tidak ada bangsa lain yang mampu mentadbir dengan lebih baik kawasan tersebut.Malahan penduduk serta pengundi pasti akan memberikan kemenangan besar kepada DAP walaupun calon yang di letakkan itu anak saudara mendiang Karpal yang berumur 5 tahun.
Sebaliknya Bukit Gelugor akan hancur sekiranya calon lain mengambil alih legasi Karpal di kawasan ini kerana hanya keluarga beliau sahaja yang mampu memakmurkan rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gelugor.
Ini telah pun di buktikan dengan sokongan besar rakyat serta pengundi terhadap mendiang Karpal sewaktu PRU13 yang lalu.
Jangan sesekali membiarkan legasi ini terkubur kerana nyawa dan semangat Karpal masih utuh bersama keluarganya.
No comments:
Post a Comment