Apa lagi yang mahu di tunggu oleh rakyat Malaysia ? Kejadian ragut yang semakin berleluasa sekarang ini membuktikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam menguruskan soal keselamatan rakyatnya.Tak perlu penulis pergi jauh lihat sahaja apa yang berlaku terhadap YB Teresa Kok , beliau telah di ragut oleh 2 orang lelaki bermotorsikal sewaktu sedang berjalan.
Di mana pasukan Polis ? Jika sebelum ini suara pimpinan Pakatan Rakyat menegur kerajaan supaya mempertingkatkan soal keselamatan rakyat di pandang remeh kini segalanya menampakkan kelemahan.
Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh di laporkan cedera selepas terjatuh akibat diragut dua lelaki yang tiba-tiba menarik rantai leher dipakai beliau yang ketika itu berjalan di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini, dua hari lalu.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Teresa dikatakan bersiar-siar bersama dua anak saudaranya berusia 11 dan lima tahun di lokasi berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pembonceng motosikal itu kemudian meragut rantai leher dipakai mangsa dan menyebabkan mangsa terjatuh.
“Beliau kemudian cuba mengejar kedua-dua suspek sambil menjerit meminta bantuan orang ramai namun gagal selepas suspek memecut laju meninggalkan lokasi kejadian.
“Beliau dilaporkan mengalami cedera akibat terjatuh, manakala dua anak saudaranya selamat, ” katanya ketika dihubungi media, semalam.
Selamatkah Malaysia ?
Kejadian demi kejadian yang berlaku cukup untuk membuktikan kerajaan Barisan Nasional harus segera di tukar dan kelemahan pasukan Polis pula di lihat berlaku kerana terlalu ramai anggotanya yang berbangsa Melayu menyebabkan prestasi tugas mereka tidak mencapai standard.
Sudah semestinya penyebab ini adalah kerana sikap orang Melayu yang pemalas dan suka sambil lewa dalam setiap tugasan yang di pikul mereka.
Percayalah Malaysia hanya akan aman dan selamat sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.Tidak ada pemimpin lain yang mampu menggalas tugas berat ini melainkan manusia bernama Anwar Ibrahim.Beliau mempunyai karisma dan keupayaan untuk memimpin dan telah membuktikkannya sewaktu berdepan dengan kes pemecatannya daripada kerajaan satu ketika dulu.
Semangat juang yang tinggi di miliki oleh Anwar Ibrahim mampu menghimpunkan jutaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk bangun mempertahankan sifat zalim kerajaan Barisan Nasional menjadi kayu ukur tahap kemampuan pemimpin ini.
Rakyat yang kini sudah mula rimas dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seharusnya memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negara.Dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri rakyat Malaysia sudah pasti akan lebih hebat dan selamat.
Kehadiran Menteri orang Melayu menerajui hal ehwal keselamatan negara juga tidak menunjukkan kesaksamaan yang sama rata malah sikap rasis cukup jelas di tunjukkan dengan insiden ugutan terhadap Teresa Kok sebelum ini langsung tidak di hiraukan.
Kepimpinan DAP sudah pun menunjukkan bukti betapa mereka mampu menggalas tugas memastikan keselamatan rakyat terjamin.Buktinya Lim Guan Eng di Pulau Pinang bukan sahaja sentiasa memantau soal keselamatan melalui perbincangan dan perjumpaan dengan pihak Polis tetapi turut mengambil inisiatif menubuhkan pasukan Polis sendiri.
Bayangkan sekiranya kedua-dua pemimpin ini Anwar dan Lim Guan Eng bergabung membentuk kerajaan ? Sudah pasti kerajaan Pakatan Rakyat akan jauh lebih baik mengurus tadbir negara seterusnya menjadikan Malaysia terus aman dan makmur.
No comments:
Post a Comment