Di pihak kerajaan Najib, pengumuman nama DS Anwar seumpama bom atom yang meledak didalam setiap sanubari pengikut taksub BN dan Umno. Menggeletar tubuh mereka apabila mengetahui DS Anwar menjadi ayam tambatan Pakatan Rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor setelah pemimpin terulung Pakatan itu berjaya berkuasa di Parlimen Permatang Pauh.
Pakatan Rakyat langsung tidak gusar dengan sokongan serta undi dari masyarakat cina kerana masyarakat cina senantiasa berdiri teguh menyokong DS Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bagi menggulingkan Najib. Masyarakat cina juga telah sebulat suara menyokong DAP serta Pakatan Rakyat bagi menukarkan kerajaan Najib dan digantikan dengan kerajaan pimpinan DS Anwar.
Masyarakat cina sedar, hanya melalui kepimpinan DS Anwar sahaja yang mampu mengiktiraf kemampuan pemimpin dari kaum cina untuk memegang kuasa politik di Malaysia. Najib ternyata tidak adil dan berat sebelah kerana menidakkan kemampuan pemimpin cina didalam MCA serta Gerakan untuk menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
Dengan itu, kesimpulan dapat dibuat bahawa 40 peratus pengundi cina di N25 Kajang akan teguh berdiri menyokong DS Anwar seandainya beliau dicalonkan nanti. Cuma pengundi melayu yang berjumlah 48 peratus disitu yang kini menjadi persoalan.
Jika orang melayu di kawasan tersebut benar-benar beriman, mereka keseluruhannya wajib memilih DS Anwar sebagai wakil mereka di pilihanraya yang bakal diadakan nanti. Orang melayu harus sedar bahawa DS Anwar kini berjuang menentang kezaliman regim Najib. DS Anwar juga membawa perjuangan murni kesamarataan diantara semua kaum didalam Malaysia.
Najib dan Umno hanya mahu menjadikan melayu sebagai Tuan serta menafikan hak kaum lain untuk berkongsi kuasa politik di negara ini. DS Anwar pula mahu memerintah dengan saksama bersama-sama semua kaum. Sebab itulah DS Anwar berjanji akan menjadikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika beliau menjadi Perdana Menteri nanti.
Ulamak Mesir Qusuf Qardawi sendiri mengakui perjuangan DSAnwar menegakkan keadilan di Malaysia. Tokoh-tokoh di negara arab juga mengiktiraf DS Anwar sebagai seorang yang berperibadi mulia serta terpuji. Ini sahaja sudah cukup untuk mewajibkan semua umat Islam di N25 Kajang WAJIB memberikan undi mereka kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat itu.
Jika umat Islam tidak memberikan sokongan kepada DS Anwar semasa pilihanraya itu nanti, tak mustahil Malaysia akan senasib dengan Acheh kerana pemimpin yang berjuang selaras dengan tuntutan agama disisihkan dari menjadi pemimpin!
No comments:
Post a Comment