DI TUDUH HINA SULTAN RAYER BUAT LAPORAN POLIS


Adun Seri Delima YB RSN Rayer hari ini membuat satu laporan Polis apabila terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama beliau bagi tujuan menghina DYMM Sultan Perak.Dalam kenyataannya di laman facebook , beliau turut mengesyaki akaun facebooknya telah di godam oleh pihak-pihak tertentu bertujuan untuk mewujudkan kontroversi yang boleh mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga rakyat Malaysia.

Sebelum itu heboh di media-media sosial pro UMNO dan BN tentang gambar beliau dan kata-katanya yang jelas menghina bukan sahaja orang Melayu tetapi juga almarhum Sultan Perak.


Sebelum ini orang-orang Melayu sering kali menuduh Rayer sebagai biadap kerana kenyataannya di dalam Sidang DUN Pulau Pinang kini kebiadapan itu berbalik kepada mereka sendiri.Sesiapa jua yang melakukan tindakan ini sememangnya punya niat untuk mencetuskan kekacauan dalam negara.

Jika di ambil kira daripada kronologi kejadian ini pasti pihak yang melakukannya adalah orang-orang Melayu yang tidak senang sejak kejadian di Pulau Pinan tempoh hari.

No comments:

Post a Comment