RSN Rayer Harimau Baru DAP di #bukitgelugor

Tidak dapat dinafikan lagi, kini telah muncul satu lagi ikon kepada anak muda generasi baru Malaysia yang lantang bersuara menentang kezaliman pemimpin Umno dan juga penindasan yang dilakukan oleh regim Barisan Nasional. Beliau tak lain tak bukan ialah pemimpin yang hebat dalam DAP iaitu YB RSN Rayer.

Kelantangan beliau bersuara kini menjadi buah mulut seluruh rakyat P.Pinang. Malah keberanian beliau mengingatkan kita semua kepada mendiang Karpal Singh yang kita sayangi sebelum ini.

YB Rayer kini telah menunjukkan beliau bukan sahaja dihormati oleh pihak kawan dalam Pakatan, tetapi YB Rayer juga kini amat digeruni oleh pihak musuh iaitu Umno dan juga Barisan Nasional. YB Rayer juga menjadi pendokong utama di P.Pinang untuk rakyat menaruh harapan menolak kezaliman kerajaan BN.

Sebelum ini rakyat P.Pinang serta majoriti rakyat seluruh negara agak khuatir tentang kehilangan Harimau Jelutong Karpal Singh yang meninggalkan kita dalam satu kemalangan ngeri baru-baru ini, nampaknya kehilangan tersebut segera di isi oleh YB Rayer.

Tanpa mengambil masa yang lama, YB Rayer tampil sebagai individu yang paling layak untuk mengisi tempat Harimau DAP di P.Pinang dan juga untuk "mengaum" di seluruh negara. Keberanian YB Rayer juga bakal menjadi mimpi ngeri buat semua pemimpin Umno dan BN.

Perkataan celaka yang dilemparkan oleh YB Rayer kepada pemimpin Umno sangatlah tepat dan kena pada masanya. Pemimpin Umno sudah lama dicelakakan oleh rakyat yang terseksa dibawah pemerintahan kuku besi mereka.

Rakyat kini tertindas, ekonomi terjajah, pendidikan diabaikan serta soal keselamatan dalam negara semakin meruncing dibawah regim Umno dan BN. YB Rayer telah bangun untuk membela nasib rakyat ini dengan menjadikan pemimpin Umno sebagai sasaran beliau.

Kita semua harus menyokong YB Rayer yang bertarung nyawa demi rakyat. Dan sepatutnya YB Rayer dijadikan calon untuk menyandang kerusi Bukit Gelugor setanding dengan keberanian serta kebijaksanaan beliau.

Walau bagai manapun, YB Rayer sudah pasti mampu untuk melonjakkan keadilan di negeri ini dan juga Malaysia walaupun beliau tidak menjadi Ahli Parlimen. Sokongan tetap diberikan kepada beliau oleh seluruh rakyat Malaysia kerana kehebatan beliau menentang pemimpin Umno.

No comments:

Post a Comment