ROMBAK RAMD CADANGAN DYANA PERLENGKAP KEPADA DASAR 1 MALAYSIA @dyanasmd


Kecoh seketika dunia politik apabila calon DAP Dyana Sofya di katakan mencadangkan supaya Rejimen Askar Melayu Di Raja di rombak dengan membuka peluang kepada bangsa-bangsa lain untuk sama-sama memberikan sumbangan terhadap negara.

Jika ianya benar maka tindakan itu di lihat punya persamaan dengan dasar-dasar yang telah di gerakkan oleh kerajaan melalui konsep 1 Malaysia yang di perkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Pada ketika pihak tertentu sedang berusaha untuk mempertahankan dasar ortodok ini , Dyana Sofya di lihat jauh lebih kehadapan apabila dapat menterjemahkan konsep 1 Malaysia itu menjadi lebih terbuka dan benar-benar menepati matlamatnya.

Apa yang di takutkan sangat dengan perubahan dalam RAMD ?

Bukankah Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa ? Jika kesemua mereka itu di iktiraf sebagai warganegara maka tidak ada salahnya cadangan Dyana Sofya untuk melibatkan bangsa-bangsa lain dalam perkhidmatan ketenteraan negara.

Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan bangsa dapat sama-sama memberikan perkhidmatan serta mempertahankan kedaulatan tanahair.

Bukankah itu jauh lebih menepati konsep 1 Malaysia di mana dalam soal pertahanan negara pun rakyat mahu terlibat secara bersama tanpa perlu wujudnya perbezaan di antara bangsa.

Bukan menidakkan keupayaan bangsa Melayu tetapi keterbukaan itu di rasakan mampu memberikan lebih kebaikan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara.

Walaupun ia merupakan sebahagian daripada apa yang di gelar sebagai wasiat Raja-Raja Melayu , perubahan ke arah sesuatu yang lebih baik di rasakan boleh di lakukan selagi mana ia masih menjurus kepada soal kedaulatan negara secara bersama.

Orang Melayu di lihat terlalu emosi khususnya dalam hal-hal melibatkan bangsa tetapi mereka terlupa pegangan dan fahaman ortodok seperti ini tidak akan mampu bertahan lama kerana rakyat Malaysia kini sudah semakin celik dan mahukan perubahan yang lebih baik.

Kehadiran Dyana membuktikan bahawa orang Melayu sendiri pun kini sudah mula menerima konsep kesaksamaan selagi mana ia tidak menggugat rakyat dan tanahair.

Tidak ada salahnya cadangan anak muda bernama Dyana Sofya ini dan orang Melayu seharusnya jangan melenting kerana cadangan itu datangnya daripada orang Melayu sendiri.

No comments:

Post a Comment