Sikap pemuda Umno yang merempuh dewan undangan negeri P.Pinang menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk berfikir dengan matang. YB RSN Rayer hanya menyatakan kebenaran apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai celaka.
Dimana salahnya perkataan yang diucapkan oleh YB Rayer jika dibandingkan dengan perbuatan rasuah, kezaliman dan juga penyelewengan yang dibuat oleh pemimpin Umno?
Sikap Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pula menambahkan lagi kebodohan dikalangan generasi muda Umno. Apa salah bangunan DAP sehingga ia nak dibakar? Apa pula salah papantanda DAP hinggakan dimusnahkan dengan ganas?
Apakah Pemuda Umno terlalu pondan untuk berdepan dengan pemimpin DAP dan hanya berani menjadikan bangunan dan papantanda sebagai lawan? Kenapa papantanda dan bangunan DAP yang tidak berdosa dijadikan sasaran kebodohan Pemuda Umno?
Inilah yang dinamakan samseng taik kucing! Dan kerana samseng pondan style Pemuda Umno inilah yang menyebabkan anak muda Malaysia memilih untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
Hanya YB Khairy Jamaluddin sahaja yang dilihat agak matang sedikit apabila menolak perbuatan pondan-pondan dalam Pemuda Umno yang bertindak ganas merosakkan papantanda dan bangunan DUN P.Pinang. YB Khairy selayaknya berada dengan Pakatan, bukannya didalam Umno kerana Umno sudah terbukti hanya untuk orang-orang yang tak mampu berfikir dengan waras.
Disini kita dapat melihat peribadi YB Rayer yang lebih mulia dari Pemuda Umno. YB Rayer memilih untuk menggunakan saluran yang betul untuk menasihatkan pemimpin Umno. YB Rayer sudah tentu sudah habis ikhtiar menasihatkan pemimpin Umno supaya berubah menjadi baik sehingga memaksa beliau menggunakan perkataan celaka tersebut.
Dan secara umumnya, apapun perlakuan samseng serta provokasi dari Pemuda Umno langsung tidak menggentarkan YB Rayer. Buktinya, YB Rayer masih tegas menganggap Umno sebagai celaka didalam beberapa ceramah beliau di luar bangunan DUN.
Ini menunjukkan YB Rayer merupakan seorang yang berani dan bukan seperti Pemuda Umno yang pondan hanya berani tunjuk kejantanan dengan menumbuk papantanda DAP.
Pemuda Umno telah memalukan bangsa melayu yang terkenal dengan sifat berani mereka. Pemuda Umno selayaknya dibubarkan dan diharamkan menggunakan identiti melayu kerana bangsa melayu bukanlah pondan seperti mereka.
bg zara x sptotnya seorg leader kuarkan ayat camtu ..byk lg cara bole guna utk nasihat org lain atau tunjukkan rs xpuas hati..sape2 akan rs marah kalu di hina camtu....
ReplyDeletekenapa nak api-api kan isu nie...kenyataan ini hanya melambangkan kita nie tidak profesional la.situasi yang tegang antara kedua-dua belah pihak ini jelas menjejaskan imej negara..dan rakyat sendiri hendak mengapikan isu tersebut..sebagai seorang pemimpin memang tidak profesional dalam mengeluarkan kenyataan di dewan sidang...jgn terlalu pengaruh demi politik negara.
ReplyDeleteapabila amarah menguasai diri, p'buatan pn secara automatiknya akan di luar kawalan.. namun apa yg cuba ditonjolkan oleh pemuda Umno itu adalah supy memo yg dibawanya didengar oleh pihak DAP.. tetapi mgkin sebaliknya yg berlaku.. seharusnya perkara spt nie x berlaku agr politik Malaysia tidak tercemar.. politik Malaysia yg dulu bkn yg sekarang.. dulu Melayu blh duduk semeja dgn Cina dan India..
ReplyDelete