Ganjil dan aneh apabila orang-orang Melayu di lihat memberikan sokongan terhadap sekumpulan orang Melayu yang telah mencemarkan kesucian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.Tindakan menceroboh ke dalam dewan itu jelas mencerminkan sikap orang-orang Melayu yang kini sudah mula pandai mengamalkan budaya samseng yang selama ini di tujukan kepada rakyat marhain yang bangun menuntut hak mereka atas nama Pakatan Rakyat.
Walaupun isu ini di katakan bermula daripada tindakan seorang pemimpin DAP yang telah melontarkan kata-kata yang agak kasar terhadap pemimpin UMNO dalam sidang DUN , tindakan menyerbu dan menceroboh yang berlaku boleh di pertikaikan.
Melayu mungkin terlalu emosi sehingga terlupa bahawa pemimpin DAP berbangsa India itu sebenarnya menggunakan saluran yang betul dalam mengemukakan hujahnya.Malahan perkataan seperti celaka yang di lontarkan itu seharusnya mampu di selesaikan dengan hanya melibatkan pemimpin-pemimpin yang berada dalam sidang DUN.
Orang Melayu perlu tahu tidak ada salahnya Adun Seri Delima menggunakan ruang di dalam dewan untuk mengemukakan hujahnya dan beliau di lihat jauh lebih bijak daripada orang-orang Melayu sendiri kerana menggunakan saluran yang sah dan mengikut peruntukan undang-undang dalam dewan.
Sekiranya tindakan itu salah sudah barang pasti speaker adalah orang pertama yang akan menjatuhkan hukum terhadap Adun Seri Delima terbabit.
Soalnya peruntukan undang-undang mana yang di gunakan oleh kumpulan orang Melayu terbabit bagi menghalalkan tindakan mereka menceroboh sidang dewan yang mulia ?
Oleh sebab yang demikian maka kenyataan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu di ambil kira.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti bertindak tegas mengheret samseng Umno yang terlibat dalam insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini ke muka pengadilan dan tidak berat sebelah terhadap perbuatan memalukan itu.
Sama ada Zahid suka atau tidak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan samseng Umno itu terbukti jelas mencemarkan sistem demokrasi negara.
“Sekiranya kerajaan tidak mampu pertahankan peraturan undang-undang, lebih baik berundur daripada menjadi kerajaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.sambung
Rakyat sudah tentu mampu membezakan siapa sebenarnya yang melanggar peraturan dan siapa sebenarnya yang menggunakan undang-undang untuk bersuara.
Malaysia tak perlukan undang-undang rimba.
No comments:
Post a Comment