POLIS SABOTAJ CUKAI JALAN JEEP KARPAL SINGH.


Berkenaan isu cukai jalan tamat tempoh kereta jenis Jeep milik mendiang Karpal Singh yang kini digunakan oleh RamKarpal untuk berkempen di Prk Bukit Gelugor, nampaknya ia sengaja diperbesarkan untuk menjatuhkan kredibiliti calon pilihan rakyat tersebut.

Mendiang Karpal Singh didakwa tak membayar cukai jalan untuk kereta tersebut dan Ramkarpal menyalahi undang-undang dengan gunakan kereta itu bagi tujuan kempen.

Sebenarnya ia merupakan tuduhan yang amat tidak logik. Amat mustahil seorang yang mempunyai kemewahan seperti mendiang Karpal tak mampu untuk membayar cukai jalan yang tidak sampai pun seribu ringgit tersebut.

Dan amat mustahil calon kesayangan masyarakat Bukit Gelugor iaitu Ramkarpal tidak tahu tentang undang-undang memandangkan beliau sendiri adalah seorang Peguam yang amat berdedikasi.

Jadi semua tuduhan yang dilemparkan kepada calon DAP ini adalah tidak berasas dan ia datang dari sumber pro BN yang memang terbukti selalu melakukan kerja-kerja fitnah didalam media sosial dan juga media semasa.

Semua ini dilakukan semata-mata untuk memburukkan nama mendiang Karpal Singh yang amat kita sanjungi serta mereka sengaja mahu menyerang peribadi Ramkarpal yang sudah pasti akan meneruskan legasi bapanya di Parlimen Bukit Gelugor nanti.

Tak mustahil pihak berwajib juga bersubahat didalam hal cukai jalan ini kerana siapa mahu percaya keluarga Karpal tak mampu membayarnya? Sudah tentu ada komplot jahat yang telah dirancang seperti kebiasaan yang dilakukan oleh pihak tertentu tersebut.

4 comments:

  1. nampaknya Pakatan Rakyat hanya mahu menjadi samseng jalanan.. sudah di ajak rakyat menjadi samseng jalanan.. inikan pulak kenderaan yang di naik dalam kempen PRK Bukit Gelugor pulak cukai jalan tak di perbaharui.. PR hanyalah samseng jalanan..

    ReplyDelete
  2. Dah kalau betul x bayar, bayar je lah. Apa susah? Bukan dia sorg je yg x bayar, ramai lagi org lat malaysia yg naik keta x de road tax ni. Yg sengaja x bayar pun ada selain dari terlupa

    ReplyDelete
  3. Sengaja nak cabar undang2.. Musibat punya keling..

    ReplyDelete