ANWAR DAPAT TAWARAN SERTAI UMNO SEMULA.

Didalam keributan berita mengenai jawatan Menteri Besar Selangor bakal digantikan dengan individu lain, penulis menerima maklumat yang mengejutkan mengenai pemimpin kesayangan rakyat iaitu DS Anwar Ibrahim.

Ramai sudah sedia maklum tentang keupayaan DS Anwar memimpin gabungan 3 parti didalam Pakatan Rakyat. Kehebatan DS Anwar menyampaikan luahan rasa rakyat bawahan juga memang amat terbukti menerusi beberapa demonstrasi didalam negara.

Maka tidak hairanlah jika beberapa pemimpin tertinggi Umno dikatakan sudah mula menawarkan ruang kepada DS Anwar untuk kembali semula bersama Najib bagi menerajui Umno. Pemimpin tertinggi yang cuba memujuk DS Anwar itu juga bukanlah calang-calang orangnya. Antara nama yang disampaikan kepada penulis ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Sebab itulah Najib juga ada bercakap mengenai pelan damai diantara DS Anwar dan kerajaan BN baru-baru ini. Itu menjadi tanda awal bahawa Najib sudah mulai sedar dia tidak mampu untuk menandingi kecergasan DS Anwar berpolitik di dalam negara.

Menurut sumber itu lagi, penawaran kemasukan semula DS Anwar kedalam Umno juga adalah disebabkan parti tersebut kini kurang pemimpin berkaliber dan berkarisma seperti beliau. Dan Najib dikatakan memerlukan seorang Jeneral Perang yang amat mahir didalam strategi mematahkan fitnah lawan yang kini sangat membebankan pentadbiran kerajaan BN.

DS Anwar yang kita kenali merupakan seorang yang amat mahir didalam tipudaya politik. DS Anwar juga amat bijak melakukan gimik seperti pembubaran Kerajaan BN pada 16 September dahulu sehinggakan keseluruhan penyokong Pakatan percaya.

Kemampuan DS Anwar untuk memanipulasi penyokong sebeginilah yang tiada pada seorangpun pemimpin Umno dan BN. Ketidak mampuan ini jugalah yang menyebabkan kini semakin ramai penyokong Umno dan BN sendiri dikatakan mula hilang kepercayaan kepada Najib.

Tetapi walau apapun tawaran yang diberikan, penulis percaya bahawa DS Anwar akan tetap bersama Pakatan Rakyat menunaikan impian rakyat untuk menuju ke Putrajaya. DS Anwar memang terbukti bukan seorang yang gila kuasa serta jawatan sepertimana kebanyakan pemimpin BN.

Najib boleh memperdayakan kerajaan Jepun untuk tunduk dibawah tangannya, tetapi Najib tak akan mampu mengubah prinsip dan tekad DS Anwar untuk berjuang bersama rakyat marhaen. DS Anwar tetap akan bersama berdiri dengan penyokong Pakatan Rakyat, dan majoriti penyokong Pakatan di Malaysia tetap akan menyokong DS Anwar sebagai Perdana Menteri tak kira apapun yang berlaku!

No comments:

Post a Comment