Ketika ini nama Najib sangat popular kerana pelbagai isu yang ditimbulkan termasuklah yang terbaru iaitu perihal kangkung. Agak pelik pula dikalangan cybertroopers serta penggiat maya pro Umno, semua kesalahan membabitkan Najib dikaitkan pula kepada penasihatnya di Pejabat Perdana Menteri.
Terdapat pelbagai desakan muncul dari satu kumpulan penggiat maya Umno supaya Najib memecat semua penasihatnya kerana dikatakan gagal menaikkan imej Perdana Menteri dan juga kerajaan BN. Yang menariknya, kumpulan penggiat maya itu dikatakan dibayar oleh Naib Presiden Umno sendiri.
Penulis mendapat maklumat dari sumber dalaman Umno bahawa kumpulan tersebut yang diketuai oleh seorang blogger sedang giat berusaha melakukan gerakan menjatuhkan Najib. Mereka-mereka ini mensasarkan pegawai-pegawai Najib di Pejabat Perdana Menteri untuk misi mereka.
Menurut maklumat itu, blogger upahan Hishamuddin yang pernah menerbitkan pelbagai video fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim dulu telah mewujudkan satu kumpulan yang dinamakan Brotherhood bagi melaksanakan gerakan mereka.
Kumpulan ini berharap Najib akan dapat dijatuhkan melalui usaha memburukkan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri agar Hishamuddin dapat menaiki kerusi Perdana Menteri selepas Najib meletak jawatan. Inilah modus operandi sebenar blogger serta cybertroopers upahan Hishamuddin tersebut.
Jika maklumat yang penulis terima ini benar, ia sekaligus memudahkan DS Anwar dan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya di dalam waktu terdekat. Ini kerana Hishamuddin bukanlah pemimpin popular didalam Umno memandangkan dia hampir tewas semasa perebutan jawatan Naib Presiden Umno ditangan Muhkriz Mahathir baru-baru ini.
Tak mustahil juga blogger serta kumpulan yang dinamakan Brotherhood itu nanti akan melompat menyokong DS Anwar dan Pakatan Rakyat sekiranya Najib dan BN tewas memandangkan reputasi blogger berkenaan yang terkenal sering memeras ugut pemimpin Umno.
Lagipun, blogger terbabit juga mempunyai salahlaku rasuah dan pernah dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan memeras ugut RM 400 dari seorang penagih dadah semasa dia bertugas sebagai anggota Polis Traffik dahulu. "Sampah" seperti inikah yang dikutip oleh Hishamuddin untuk menjadi pejuang siber Umno?
Patutlah Mahathir kata Umno "busuk hingga ke ekor". Sudah terbukti pemimpin Umno seperti Hishamuddin kurang cerdik didalam memilih pejuang maya nya. Blogger seperti Papagomo itu bukan pejuang, tetapi sebenarnya "pejuWANG".
Lantak dia la..yang kau geli tu kenapa?haahaha
ReplyDeleteumno dah tak orang ker. dipenjara kerana ambil rasuh dari penagih dadah jadi king cybertrooper UMNO? lol Dengar telah dilantik AJK Bahagian Wangsa Maju. Tak salah ker?
Deletemcm mana blh jadi AJK Bahagian Wangsa Maju kalau bekas Banduan. UMNO Wangsa Maju tak tahu lah tu..... H20 kena buat sesuatu sblm dia pun melingkup.
ReplyDeleteRizal Mansor pun sama .....
ReplyDelete