Sehari dua ini kecoh apabila tersebarnya berita bahawa Menteri KPDNKK iaitu Hasan Malek telah dikatakan mahu meletakkan jawatan Menterinya.
Mengikut berita yang tersebar, Hasan Malek mahu meletakkan jawatan dengan alasan menjadi liabiliti kepada Najib dan juga tak memenuhi tugas yang diberikan kepadanya.
Berita tersebut bagaimanapun telah dinafikan oleh Menteri terbabit dan beliau mendakwa dirinya difitnah. Penulis mendapat sumber dari kem Umno sendiri bahawa dalang yang bertanggung jawab menyebarkan fitnah tersebut adalah blogger upahan Umno sendiri iaitu Papagomo @ Wan Azri.
Sumber penulis juga memberitahu bahawa Papagomo sebenarnya diupah untuk memfitnah serta memburukkan Hasan Malek. Persoalannya, siapakah yang telah mengupah Papagomo yang dikhabarkan dengan upah bernilai puluhan ribu ringgit?
Ini diakui sendiri oleh Papagomo didalam Facebooknya yang secara tak sengaja mendedahkan dibayar upah sebanyak 50ribu sebulan oleh seseorang. Adakah "seseorang" tersebut ialah orang yang berjawatan tinggi didalam Umno?
Difahamkan, orang yang mengupah blogger fitnah nombor satu Umno tersebut adalah seorang Menteri muda yang baru dilantik oleh Najib ke kabinet. Sebelum ini Menteri muda tersebut tak mendapat apa-apa jawatan di kabinet Najib walaupun dia mempunyai jawatan penting didalam Umno.
Jika benarlah maklumat yang penulis terima ini, ia jelas menunjukkan kebodohan Menteri muda terbabit kerana menggunakan khidmat blogger bekas banduan itu.
Mungkin Menteri muda tersebut tidak tahu bahawa Papagomo merupakan "double agent" didalam kem Umno. Papagomo telah dengan jayanya memburukkan imej Umno melalui penyebaran pelbagai video palsu DS Anwar secara terancang.
Blogger fitnah itu juga berjaya menghasut cybertroopers Umno agar berkelahi sesama sendiri dan memecahbelahkan kumpulan media maya Umno dengan fitnah-fitnahnya.
Walaubagaimanapun, kita terpaksa juga berterima kasih kepada Menteri muda berkenaan diatas jasa beliau terlibat didalam usaha membebaskan pemimpin kesayangan rakyat iaitu DS Anwar Ibrahim dari penjara dengan lebih awal.
Jika tidak kerana sumbangan Menteri muda tersebut, mungkin DS Anwar akan berada lebih lama didalam penjara kerana kekejaman Mahathir yang amat cemburu dengan populariti pemimpin tersohor Pakatan rakyat itu.
No comments:
Post a Comment