KEBIJAKSANAAN LIM GUAN ENG BERJAYA TURUNKAN HARGA KERETA DI P.PINANG.

Penulis berasa hairan dengan sikap sesetengah rakyat terutamanya yang menyokong kerajaan BN yang melalak tentang pembelian kereta Mercedes Benz oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng.

Sepatutnya rakyat berasa gembira dengan kebijaksanaan YAB Lim membeli kereta mewah tersebut dengan harga yang murah.

Cuba bayangkan, kereta itu sepatutnya berharga RM 600ribu lebih tetapi hanya dibeli dengan harga RM 298ribu sahaja oleh YAB Lim dan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ini jelas menunjukkan betapa bijaknya YAB Lim didalam melakukan pembelian berhemah yang secara terang-terangan mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak hampir RM 300ribu.

Penyokong-penyokong kerajaan sepatutnya berasa syukur dengan keprihatinan YAB Lim terhadap pengurangan kos pembelian kereta tersebut. Harus di ingat bahawa jika YAB Lim mahu bermewah, beliau mampu untuk membeli kereta yang lebih mahal.., tetapi beliau tetap mengutamakan rakyat.

Pembelian kereta Mercedes Benz dengan harga murah ini juga menunjukkan kepada semua bahawa Pakatan Rakyat dan DAP mampu menurunkan harga kereta jika diberikan kepercayaan untuk memegang kuasa pentadbiran.

Adakah Najib serta pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain mampu membeli kereta yang murah seperti YAB Lim? Jawapannya sudah tentu tidak sebab hanya pemimpin Pakatan Rakyat sahaja yang mengutamakan rakyat.

Malahan YAB Lim dan pemimpin Pakatan Rakyat juga merasai keperitan rakyat apabila memilih untuk menaiki penerbangan dengan kelas ekonomi. Ini jauh bezanya jika dibandingkan dengan Najib serta pemimpin BN yang menaiki kelas mewah ketika melakukan penerbangan.

Semua ini terbukti membezakan kebijaksanaan serta keistimewaan pemimpin Pakatan Rakyat yang disukai oleh kebanyakan rakyat. Maka tak hairanlah pada PRU13 lalu Pakatan Rakyat memenangi undi popular.

Najib dan BN hanya bernasib baik menang tipis di PRU13 dengan bantuan pengundi hantu dan juga pengundi import dari Bangladesh. Jika tidak, sudah tentu Rosmah menjadi isteri Ketua Pembangkang di Parlimen ketika ini!

No comments:

Post a Comment