EXCO AGAMA P.PINANG AKAN SAMAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER.

Setelah puas cybertroopers Najib memfitnah Ketua Menteri P.Pinang YB Lim Guan Eng, mereka menyasarkan pula serangan mereka kepada Exco Agama negeri iaitu YB Malik Kassim. Melalui sebuah Portal yang dipercayai telah dibayar oleh kerajaan BN, YB Malik Kassim telah difitnah pula memiliki sebuah kereta mewah berjenama Mercedes.

Portal berkenaan telah menulis bahawa YB Malik sebagai pemilik Mercedes telah mempertahankan Ketua Menteri Lim Guan Eng didalam pembelian sebuah Mercedes untuk kegunaan rasmi beliau. Kenyataan portal berkenaan amatlah bercanggah apabila YB Malik sendiri mengakui bahawa beliau langsung tidak memiliki kereta mewah berkenaan.

Ini satu cubaan memfitnah yang sangat keji untuk memburukkan kerajaan negeri Pakatan di P.Pinang. Tak mungkin seorang Exco Agama yang amat merendah diri serta berperibadi baik seperti YB Malik sanggup menipu didalam kenyataan beliau.

YB Malik diketahui ramai sebagai seorang yang amat telus didalam pengisytiharan aset beliau. Malah didalam laporan bertulis pada tahun lepas, YB Malik terbukti hanya memilik Proton Tiara, Honda CRV dan juga Ford Ranger. Tiada langsung kereta Mercedes tertulis di laporan tersebut.



Malah ketika YB Malik diasak oleh blogger upahan Najib iaitu Dr Novandri didalam laman Twitternya, YB Malik juga menegaskan bahawa beliau tidak memiliki Mercedes.

Penulis yakin, Najib serta kerajaan BN telah mengupah portal berkenaan serta cybertroopersnya untuk menyerang kepimpinan negeri P.Pinang yang sudah terbukti amat berhemah didalam mentadbir negeri. YB Lim Guan Eng serta barisan pemimpin negeri juga amat dicemburui kerana amat dihormati oleh rakyat di P.Pinang.


Berikutan ini, penulis mendapat maklumat bahawa YB Malik selaku Exco Agama negeri sedang mempertimbangkan untuk megambil tindakan saman ke atas portal berkenaan kerana memfitnah beliau. Ini sebagai pengajaran supaya portal berkenaan tidak lagi melakukan perkara yang serupa di hari mendatang.

Ternyata cubaan Najib dan kerajaan BN yang mengupah portal terbabit langsung tidak memberi kesan terhadap kecekalan pemimpin Pakatan di P.Pinang menjuarai rakyat. Malah blogger serta cybertroopers upahan mereka juga langsung tidak mampu menggugat imej negeri di media sosial.



No comments:

Post a Comment