Ekoran dari tindakan kerajaan Jepun menghalang pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat DS Anwar dari memasuki negara berkenaan, ramai rakyat Malaysia serta pelajar-pelajar di Jepun yang setia kepada perjuangan Pakatan Rakyat mula menyatakan kekesalan mereka.
Menerusi komen-komen dilaman Twitter dan juga Facebook, rata-ratanya penyokong Pakatan Rakyat di negara matahari terbit itu mendesak supaya diadakan satu gerakan BERSIH di Jepun bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap pemimpin kesayangan rakyat Malaysia tersebut.
Pengusiran DS Anwar dari negara berkenaan juga menunjukkan betapa Jepun telah dikuasai oleh Najib Razak serta kerajaan BN. Maka dengan sebab inilah perlunya dilakukan satu bantahan menyerupai BERSIH di Malaysia bagi mem"bersih"kan Jepun dari anasir-anasir fitnah yang sering dimainkan oleh kerajaan BN.
Didalam laman micro sosial tersebut juga, ramai rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan di Jepun bersedia untuk turun ke jalan raya demi mempertahankan maruah DS Anwar. Respon dari rakyat Malaysia ini telah menyebabkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berasa amat terharu.
Oleh sebab itulah YB Shamsul Iskandar bersama beberapa pejuang negara telah bertekad untuk mengadakan satu bantahan di depan Kedutaan Jepun kelmarin. Ini menunjukkan semangat juang yang tinggi serta sokongan yang tak berbelah bagi kepada pemimpin yang hebat seperti DS Anwar.
Tiada salahnya tindakan YB Shamsul bersama pengikutnya membakar serta memijak bendera Jepun kerana sudah terbukti negara tersebut bersekongkol dengan Najib Razak demi menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Tindakan membakar serta memijak bendera Jepun tersebut adalah tindakan terpuji dan akan dikenang sebagai perbuatan yang paling berani oleh YB Shamsul.
Dan demi sokongan terhadap pemimpin yang paling kita sayangi iaitu DS Anwar, semua barangan buatan Jepun haruslah diboikot dan diharamkan sama sekali memasuki kediaman kita. Banyak lagi barangan kegunaan dari negara lain yang boleh kita guna pakai untuk menjalankan kerja-kerja harian.
Jika Jepun biadap terhadap DS Anwar Ibrahim selaku bakal Perdana Menteri pilihan seluruh rakyat Malaysia, keseluruhan rakyat negara ini akan bersatu menentang Jepun sepertimana yang dilakukan semasa perang dunia kedua dahulu!
No comments:
Post a Comment