Penulis bersetuju dengan kenyataan dari DS Anwar bahawa Mufti Perak Harussani adalah gopoh dan keterlaluan. Malah Harussani juga sebenarnya tak layak menjadi Mufti jika dia asyik menyokong kerajaan tanpa memikirkan rakyat yang kesusahan.
Alangkah bagusnya jika Harussani dapat berfikir seperti DS Anwar yang memang sentiasa mendahulukan rakyat didalam segala hal. Dan alangkah baiknya jika Harussani menyokong DS Anwar yang amat disayangi oleh rakyat pelbagai lapisan umur.
Didalam hal demonstrasi yang melibatkan rakyat bawahan, Harussani amatlah cetek pengetahuannya apabila menggelar para demonstran sebagai bughah. Harussani juga biadap apabila secara sengaja menghalalkan darah umat Islam yang turun memprotes kerajaan Najib Razak.
Dimanakah letaknya ilmu agama Harussani sehingga berani menghalalkan darah umat Islam sendiri semata-mata untuk membodek Najib Razak dan kerajaan BN? Adakah Harussani mengharapkan elaun lebih bila dia menyokong kerajaan secara membuta tuli sebegitu?
Cuba bandingkan Harussani dengan DS Anwar Ibrahim, Pemimpin Pakatan Rakyat itu terbukti jauh lebih tinggi ilmu agamanya sehingga mendapat pengiktirafan dari Ulama Muktabar dunia Islam iaitu Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Jika ilmu agama DS Anwar tidak tinggi, takkan beliau mampu berkawan baik dengan ilmuan Islam berkenaan?
Dan jika dilihat gaya percakapan yang amat sopan dan merendah diri DS Anwar, ditambah pula dengan keluhuran budi pekerti pemimpin kesayangan rakyat tersebut, maka tak hairanlah DS Anwar amat disegani oleh seluruh umat Islam dan juga bukan Islam didunia.
Nak dibandingkan dengan Harussani? Jauh panggang dari api lah perbezaannya!
Yang bolih menentukan siapa lebih Islamik ni bukannya penulis blog mahu pun majlis ugama Islam Selangor. Sebenarnya terpulang kepda Allah sendiri.
ReplyDeleteDalilnya ada disini Surah Al Mulk ayat 1 dan 2
1. Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
2. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Jadi siapa kita yg nak menentukkan siapa yg lebih Islamik? Kita sendiri pun tak tahu samada Allah redha atau tidak segala usaha yg kita lakukan.