Memang memalukan apabila Kazim Elias mendesak Najib supaya mengambil tindakan terhadap golongan kristian tentang isu penggunaan nama Allah didalam Bible bahasa melayu. Kazim Elias ni siapa sebenarnya? Dulu dia cuma ahli biasa dalam Pas. Sekarang dia cumalah pendakwah bebas yang mencari makan melalui ceramah.
Bagaimana pula penceramah bebas seperti Kazim itu mahu mendesak Najib bertegas dengan golongan kristian? Apakah Kazim Elias mahu melobi Najib agar mengambilnya sebagai penasihat agama di Putrajaya? Memang tinggi sungguh impian Kazim Elias.
Kazim Elias patutnya sedar bahawa Jamil Khir sendiri pun tak berani mendesak Najib untuk mengambil tindakan tegas didalam isu ini. Malah Jamil Khir selaku orang yang paling layak menangani isu nama Allah ini pun tidak beria-ia untuk mengekang golongan kristian dari menggunakan nama Allah didalam Bible bahasa melayu.
Jadi apakah rasionalnya Kazim Elias mahu tindakan tegas diambil kepada golongan kristian? Mengapa Kazim Elias marah benar apabila penganut kristian mahu menggunakan nama Allah? Bukankah Dr Asri yang pernah menjadi Mufti di Perlis sendiri mengakui Kristian dan Yahudi lebih dahulu menggunakan nama Allah didalam kitab mereka?
Sewajarnya Kazim Elias belajar lagi tentang agama dengan Dr Asri yang lebih toleransi didalam hal-hal begini. Kazim Elias juga patut belajar kaedah diplomasi dari Jamil Khir. Tak elok jika Kazim Elias mencampuri hal-hal pentadbiran Najib memandangkan Kazim Elias bukanlah orang yang layak bercakap pun.
Penulis berasakan Kazim Elias seperti mahukan sesuatu apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu. Apakah Kazim Elias teringinkan jawatan didalam kerajaan setelah menolak lantikan sebagai MT Umno tak berapa lama dahulu?
Tak ade isu samada Ustaz Kazim Elias layak atau tidak bercakap tentang kalimah Allah sebab sudah jelas perkara itu memang salah dan tidak wajar untuk dibiarkan
ReplyDeleteSoalnya samada penulis blog ini ada berani atau tidak menyiarkan komen ini. Sebab berani kerana benar ye ...
Sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Pembaca semua bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg anda kenal. Tetapi didalam kitab Holy Bible mereka semenjak dahulu lagi TUHAN mereka ini tidak bernama. Tuan-tuan bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana gereja Keristian dalam atau luar negara. Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.
Apabila pihak gereja Katolik Malaysia atau CFM menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Anda yg mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Disebabkan anda (sekiranya anda Muslim) bersetuju maka anda akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.
88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.
Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum mereka yg menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju didalam hati dgn permintaan gila pihak gereja katolik.
Semenjak lebih 1400 tahun umat Islam seluruh dunia sangat YAKIN DAN PERCAYA bahawa kitab Al Quran adalah Kalamullah (Perkataan Allah).Tuan penulis blog patut tanya dengan paderi keristian itu jika benar kalimah Allah itu begitu penting kepada mereka sehingga mereka sanggup mati kerana kalimah itu. Apakah pendapat mereka tentang Al Quran? Apa kah mereka setuju atau tidak bahawa Al Quran adalah perkataan Allah atau bukan?