Tindakan Jabatan Agama Islam negeri Selangor (JAIS) melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang semalam, amatlah tidak demokrasi serta keterlaluan.
Merampas naskah Bible cetakan bahasa melayu dan Iban tersebut boleh dilihat sebagai menghalang penganut agama lain didalam mempraktikkan agama mereka di negara ini. Ia juga merupakan satu tindakan keterlaluan kerana pihak JAIS seakan-akan mahu mencampuri hal ehwal agama lain.
Memang benar terdapat satu enakmen iaitu Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi mengelakkan umat Islam terpengaruh dengan agama lain, tetapi enakmen tersebut bukanlah tertakluk bagi orang bukan Islam di Selangor.
JAIS tak sepatutnya suka-suka menyalahgunakan enakmen terbabit bagi menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka didalam bahasa yang mereka suka. Apakah salah di mata JAIS jika penganut agama Kristian mengamalkan ajaran mereka didalam bahasa melayu dan Iban? Apakah penganut Kristian hanya boleh menggunakan bahasa Inggeris semata-mata?
JAIS juga seharusnya sedar bahawa mereka tidak berkuasa untuk mengawal penganut agama lain mengamalkan agama mereka. Apakah hak JAIS untuk merampas hak bukan Islam didalam mngamalkan ajaran agama mengikut cara mereka sendiri?
Jadi JAIS seharusnya menghormati Bible didalam bahasa melayu serta Iban seperti mana mereka menghormati kesucian kitab Al Quran bagi umat Islam. Kitab agama seharusnya dihormati walau diterjemahkan dalam bahasa apa sekalipun dan ini harus difahami oleh setiap anggota JAIS.
Diharap JAIS lebih peka dengan isu sensitif sebegini dan tak seharusnya melakukan tindakan melulu biarpun mendapat arahan dari kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak. Harus diingat, negeri Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat, bukannya negeri pentadbiran Barisan Nasional atau Rosmah Mansor!

No comments:
Post a Comment