Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memburukkan imej Malaysia apabila berkata kerajaan cuba berselindung berhubung isu diplomat yang didakwa di New Zealand atas kesalahan mencabul kehormatan, kata Putrajaya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi jurucakap kerajaan Malaysia berkata, tindakan Anwar adalah untuk mendapatkan manfaat politik peribadinya.
"Anwar turut berkata, Malaysia mengendalikan kes itu secara 'mengejutkan' dan 'kemelut.'
"Anwar secara konsisten sering sengaja memburukkan reputasi Malaysia kepada media antarabangsa," kata kenyataan itu.
Kenyataan Putrajaya itu berkata, Anwar mengeluarkan kenyataan dalam temuramah bersama media New Zealand, stuff.co.nz, bercanggah dengan kerajaan New Zealand yang berterima kasih kepada Malaysia atas "integriti yang ditunjukkan ketika menangani kes ini".
New Zealand juga berkata, Malaysia bertindak "dengan sepenuh kepercayaan" dan "komited" untuk mendakwa pesalah kepada proses pendakwaan yang lebih teratur.
Kenyataan dikeluarkan Putrajaya itu turut mengambil contoh sikap Anwar yang turut memburukkan Malaysia berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke New Zealand dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).
"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya semalam.
Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar New Zaeland, Murray McCully.
Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar Rizalman ke New Zealand itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapinya.
Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Rizalman.
Sebelum ni, media mendedahkan diplomat negara, Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di New Zealand tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.
Isu tersebut menimbulkan kontroversi di New Zealand, terutama kegagalan mendakwa tertuduh penyerang seks tersebut.
Pentadbiran Perdana Menteri New Zealand John Key juga dikritik hebat, terutamanya kerana lambat bertindak selepas hampir sebulan kes tersebut berjalan.
Diplomat tersebut didakwa mengikuti wanita berusia 21 tahun ke rumah dan kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa melakukan rompakan dalam insiden yang sama.
Bagaimanapun, beliau “lari” dari New Zealand dan pulang ke Malaysia dengan menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.malaysian insider
Siapa agaknya yang buat salah dalam hal ni ? Anwar atau diplomat tersebut ?
Siapa yang malukan negara ? Kerajaan atau Anwar ?
Ada otak guna !
No comments:
Post a Comment