MELAYU LEBIH KALUT DARI BABI


Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa pihak dilihat semakin lantang mempertikaikan tentang kedudukan kandang babi yang terletak di Kampung Selamat.Tidak dapat dipastikan apakah kerana faktor kesihatan atau rasa dendam orang Melayu khususnya terhadap apa jua yang orang cina lakukan.

Tak dinafikan isu virus JE yang menyerang 2 orang pelajar di Pulau Pinang menjadikan rata-rata penduduk sekitar sedikit kerisauan namun sesuatu yang harus diakui setakat ini adalah tidak ada sebarang laporan yang dikemukakan oleh pasukan penyiasat bahawa babi-babi di Kampung Selamat itu adalah punca kepada berlakunya serangan virus JE.

Kita semestinya berasa sedih dan simpati terhadap 2 orang pelajar yang terkena serangan virus terbabit malah sentiasa mengharapkan agar kedua-duanya kembali pulih seperti anak-anak pelajar yang lain.

Namun begitu rasanya tidaklah perlu khususnya orang-orang Melayu terlalu emosional dengan terus menghukum babi-babi dan penternaknya yang telah lama melakukan rutin harian mereka selama ini.

Bayangkan sekiranya virus JE ini tidak dikesan ? Sudah hampir pasti semua orang Melayu tidak akan bersuara malah isu pencemaran babi dan sebagainya tidak akan kedengaran langsung.

Kadang-kadang terfikir kenapa perlu Melayu menuding jari kepada penternak dan babi di Kampung Selamat ?

Sebagai contoh dalam isu kalimah Allah yang dituntut oleh pihak gereja , orang Melayu boleh pula merujuk kepada pihak mahkamah dan mahukan supaya seluruh rakyat Malaysia menghormati keputusan yang telah dibuat yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh gereja sedangkan pihak gereja juga punya pendirian tersendiri.

Maka begitulah juga kaedahnya dalam isu JE dan babi di Kampung Selamat ! Setakat ini tidak ada sebarang laporan yang mengesan virus tersebut berpunca daripada babi di Kampung Selamat.Untuk itu orang Melayu perlulah juga menghormati keputusan terbabit.

Malah tanpa sebarang bukti menunjukkan virus itu terhasil dari babi di Kampung Selamat maka ia menunjukkan penternak babi telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan dan seharusnya ia tidak menjadi isu atau masalah kepada mana-mana pihak.

Selebihnya orang Melayu khususnya di Pulau Pinang tidak perlulah mempolitikkan isu ini seperti mana yang sedang diusahakan ketika ini.

Sebagai sebuah kerajaan negeri Lim Guan Eng tahu membezakan antara kepentingan rakyat dan kepentingan politik.

Bertindak mengubah babi di Kampung Selamat bukanlah tindakan bijak kerana ia melibatkan kepentingan orang cina yang telah lama menetap dan mengusahakan penternakan terbabit sejak dulu.

Memang benar babi ada di Kampung Selamat tetapi ia tidaklah sekalut orang Melayu yang membuat tuduhan membabi-buta hanya kerana 2 kes serangan virus JE yang sehingga kini masih gagal dibuktikan oleh mana-mana pihak.

Barangkali inilah budaya orang Melayu , kalutnya lebih daripada babi itu sendiri.

No comments:

Post a Comment