GILIRAN IZZAH PULA NASIHATKAN LIOW TIONG LAI


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan bebas bagi menyiasat kehilangan pesawat MH370.

Beliau menggesa badan siasatan bebas itu dianggotai pakar penyiasatan kemalangan udara daripada seluruh dunia.

Nurul-Izzah1“Walaupun hampir 4 bulan sejak kehilangan MH370, pihak bertanggungjawab masih tidak mempunyai sebarang penjelasan atau teori kukuh yang berlandaskan fakta untuk menjawab soalan yang ditujukan.

“Diharap dengan badan ini, keluarga penumpang akan mendapat jawapan yang dicari serta kredibiliti Malaysia akan diselamatkan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, insiden ini mendedahkan banyak kelemahan sistem penerbangan awam di negara ini dan salah satu fokus penyiasatan badan ini yang harus diutamakan adalah berkenaan sistem radar penerbangan awam.

Katanya, hingga kini rakyat masih menunggu laporan audit daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mengenai sistem radar Lapangan Terbang Subang yang mengalami kerosakan menyeluruh selama dua jam pada September 2012.

“Sehingga ke hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah ICAO Audit tersebut telah dilaksanakan? Apakah jika audit tersebut telah dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat?

“Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara kita, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam,” kata Izzah.

Dalam pada itu, Izzah turut menggesa skop dan laporan audit ICAO ke atas keselamatan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijanjikan timbalan menteri pengangkutan pada 16 Jun lalu didedahkan.

“Skop audit ini masih lagi belum diketahui. Apakah benar audit ini telah dilaksanakan? Jika ya, saya meminta agar Menteri mendedahkan laporan ini dengan segera,” katanya.sumber keadilandaily

No comments:

Post a Comment