Kalau diikutkan kepada jawatannya dalam kerajaan sudah pasti tugasnya adalah memastikan keselamatan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.Tetapi melihat kepada tindak tanduk Menteri Dalam Negeri ni seolah-olah rakyat Malaysia tidak punya menteri tetapi memiliki seorang pengganas yang sentiasa mahu melihat berlakunya kekacauan khususnya apabila terdapat insiden melibatkan pembangkang di Malaysia.
Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang, RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.
Fahmi“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.
“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.
Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.
Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.
Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.
“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.
” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi.keadilandaily
No comments:
Post a Comment