Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya menyifatkan permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo yang meminta membayar ganti rugi saman fitnah secara ansuran RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperlekehkan keputusan mahkamah.
Latheefa berkata, mahkamah akan tetap mengambil tindakan supaya Papa Gomo membayar sejumlah RM850,000 kepada Anwar secara serentak.
“Dia ingat, dia boleh main-main, mahkamah tetap akan terus mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Papa Gomo untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi kepada Ketua Umum KEADILAN itu 20 Jun lalu atas kesalahan fitnah di dalam blognya.
Menurut Latheefa, Papa Gomo memohon menangguhkan pembayaran ganti rugi atas alasan dia telah membuat rayuan kepada mahkamah sebelum ini.
Latheefa juga berkata, Papo Gomo memberi alasan tidak mampu untuk membayar ganti rugi secara serentak kerana dia kini hanya bekerja sebagai seorang nelayan ketika ini.
” Sebab dia kuat menipu, dari dulu sampai sekarang menipu dan fitnah, kita tak boleh terima semua alasan yang diberikannya.
” Sebelum ini dia tipu dia bukan Papa Gomo dalam mahkamah, tetapi sebenarnya dia ialah Papa Gomo atau Wan Muhammad Azri,” kata Latheefa.
Menurut Latheefa, peguam Anwar akan mengambil tindakan antaranya tindakan bankrapsi jika Papa Gomo tidak dapat membayar ganti rugi tersebut.
No comments:
Post a Comment