Isu negara sekular merupakan perkara yang paling ditakuti oleh pimpinan kerajaan memandangkan terdapat beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum mana-mana pihak membuat pengesahan secara rasmi bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan menyatakan dengan jelas serta terperinci berkenaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Dalam banyak perkara adalah amat mustahil untuk melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam memandangkan terdapat jutaan keraguan khususnya yang dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri.
Sebagai contoh sehingga ke hari ini walaupun Islam itu termaktub dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi tetapi ianya tidak menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.Selain daripada itu budaya yang ditunjukkan oleh orang Islam sendiri jauh sama sekali menepati ciri-ciri Islam seperti mana yang diwar-warkan.
Bahkan dalam soal berpakaian sekalipun banyak pemimpin dan orang-orang Islam sendiri tidak mengikut cara yang sepatutnya seperti mana yang termaktub dalam ajaran Islam.
Apakah cukup hanya dengan membina fasiliti seperti masjid , surau dan mengadakan program-program berunsur Islamik sudah boleh di kategorikan sebagai Malaysia sebuah negara Islam ?
Oleh yang demikian rakyat Malaysia harus tahu bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew semalam mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataan ‘mengelirukan’ bahawa Malaysia bukan negara sekular.Usul difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.“Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersetuju memanggil Jamil Khir bagi memberi penjelasan,” kata Oscar pada sidang media di Parlimen hari ini.Menjawab soalan Oscar di Parlimen semalam, Jamil berkata Malaysia bukan negara sekular bersandarkan fakta sejarah dan Islam yang menjadi agama Persekutuan.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyangkal jawapan itu dan mempersoalkan kapasiti Jamil menjawab isu tersebut.“Soalan Oscar ditujukan kepada Perdana Menteri (PM). Jika PM gagal hadir, jawapan sepatutnya diberikan Menteri bertanggunjawab dalam hal-ehwal undang-undang, Nancy Shukri.“Siapa Jamil ingin menjawab soalan itu. Apakah portfolio beliau?” kata Kit Siang pada sidang media sama.Beliau turut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian selepas mesyuarat kabinet Jumaat ini sama ada bersetuju dengan jawapan Jamil.“Beliau patut nyatakan sama ada kenyataan Jamil adalah dasar rasmi kerajaan atau pun menafikannya. Jika beliau setuju, bila persetujuan dicapai dan adakah mengambil kira semua parti komponen BN,” katanya lagi.Pengasas negara akan terkejutMengulas lanjut, Kit Siang berkata, tokoh-tokoh pengasas negara pasti ‘terkejut’ dengan jawapan tersebut.“Tiga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, serta pengasas Perikatan pasti terkejut,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.Katanya, memorandum Perikatan 1957 dan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 menyatakan, taraf Islam sebagai agama rasmi tidak bermakna Malaysia bukan negara sekular.“Jaminan itu diberikan kepada Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia. Jawapan Jamil memberikan kesan besar dan berisiko memecahkan (Persekutuan) Malaysia,” kata Kit Siang. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment