PUSAT PERJUDIAN BARU BAKAL TUMBUH DI PAHANG


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberi jawapan segera kepada rakyat terutama penduduk Pahang, berhubung rancangan ahli perniagaan Tan LAGI JUDI MAHUSri Vincent Tan untuk membina kasino kedua di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Lee Chin Chen berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar semalam, bahawa Pengerusi Berjaya Group itu membuat permohonan untuk melabur RM3 bilion untuk sebuah kasino baru di Berjaya Hill, Bukit Tinggi, Pahang.

Lee menyatakan bantahannya terhadap cadangan itu, memandangkan kasino di Genting Highland, yang juga milik jutawan itu, sudah cukup untuk menarik pelancong asing serta memenuhi keperluan rakyat.

“Inisiatif itu hanya mengakibatkan masalah sosial, terutama di kalangan masyarakat Tionghua. Pengalaman melihat sendiri realiti yang berlaku, perjudian akan mengakibatkan rakyat terlibat dengan ‘along’. Ada yang terpaksa menjual rumah dan kereta.

“Adakah Pahang ingin dijadikan sebagai ‘negeri judi’?” soalnya.

Menurut Lee, lebih baik untuk kerajaan mengembangkan potensi Bukit Tinggi sebagai lokasi percutian keluarga dan bukannya meluluskan pembinaan satu lagi pusat perjudian.

“Ia lebih bernas daripada membina kasino,” katanya lagi.

Beliau juga menggesa Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendiriannya berhubung cadangan itu, apatah lagi Bukit Tinggi terletak dalam kawasan parlimen beliau sendiri. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment