ROGOL DI KELANTAN NAK TUNGGU HUDUD DULU KE ?


DAP hari ini menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera terhadap 38 orang lelaki yang melakukan kegiatan terkutuk dengan merogol seorang remaja berusia 15 tahun di Kelantan, dua minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin berkata, insiden itu sama sekali tidak boleh diterima dan semua yang terlibat harus dihukum dengan kadar segera.

“Kami sangat berdukacita dengan berita 20 Mei ini. Kes yang begitu tragis ini telah menimbulkan gerun wanita Malaysia yang mungkin pernah melalui pengalaman keganasan serupa.

“Pihak berkuasa mesti melakukan segala yang mampu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Insiden tersebut jelas merupakan isyarat supaya pihak berkuasa segera menangani keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita yang kian memuncak di negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Mei lalu, seorang tingkatan dua telah dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan, sekitar jam 7.30 malam.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun.

Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor menyatakan, berdasarkan perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kes penderaan kanak-kanak telah meningkat antara 2,789 pada tahun 2009 kepada 3,428 (2011) dan 3,831 (2012).

Menurutnya, bagi kes rogol pula, statistik Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menunjukkan walaupun kes rogol berkurangan pada tahun 2012 berbanding 2009, bilangannya telah meningkat dua kali ganda dalam masa sepuluh tahun.

“Kini, secara purata 8 orang gadis dirogol setiap hari di Malaysia. Ini bukan sekadar angka kerana ia mewakili anak-anak perempuan, isteri, dan bakal isteri, yang akan mendepani trauma sepanjang hayat akibat kejadian tersebut.

“Bukan sahaja wanita-wanita ini yang menjadi mangsa, malah keluarga mereka juga akan menerima kesan daripada tragedi tersebut,” ujar beliau.

Sehubungan dengan itu, Bee Yin turut menyeru Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim supaya menangani trend penderaan kanak-kanak dan kejadian rogol yang merisaukan itu dengan rancangan strategik dari segi pencegahan, campurtangan, penguatkuasaan dan pemulihan.roketkini

Perlakuan yang jelas tidak boleh di maafkan , takkan kerajaan nak tunggu laksana undang-undang hudud baru nak kenakan hukuman setimpal ? Undang-undang sedia ada pun sudah boleh menjamin hak mangsa asalkan ianya di lakukan mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment