PEMILIHAN 2014 - PKR AMBIL TINDAKAN TERHADAP AHLINYA


Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 3hb Jun 2014 yang dipengerusikan YB DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) Sdr AZRAI BIN ABDULLAH (Cabang Hulu Langat)
Beliau telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.

Sdr AZRAI BIN ABDULLAH dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.

2) Sdr JOL JOLHI BIN BEE (Cabang Batang Sadong)
Beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.

Sdr JOL JOLHI BIN BEE akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU (Cabang Selayang)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.

Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

4) Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN (Cabang Selayang) 
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.

Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 31hb Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan bagi:
5) Sdr NORIZAN BIN OMAR (Cabang Selayang)
6) Sdr AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)

Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

4hb Jun 2014
-- 

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment