PENGERUSI BN DICABAR BUKTIKAN KEIKHLASAN JANGAN BERCAKAP SAHAJA


Kalau sekadar bercakap siapa pun boleh lakukan tetapi merancang serta menggerakkan usaha untuk kemakmuran rakyat bukanlah semudah yang disangka.Ekonomi merupakan salah satu faktor yang meletakkan sesebuah negeri itu mampu berdaya saing atau tidak , dalam erti kata sebenar perancangan serta kedudukan ekonomi yang baik mampu menjamin keselesaan rakyat seterusnya memberikan pulangan yang menguntungkan kepada semua pihak.

Seperti biasa bila ada sahaja perancangan daripada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang pasti akan ada pihak-pihak yang tidak senang dan akan melakukan apa sahaja asalkan kerajaan di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng dilihat sebagai lemah dan tidak berwibawa.

Oleh yang demikian , YB Lim Guan Eng dalam kenyataannya telah mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang supaya menunjukkan keikhlasan dengan menulis kepada kerajaan Persekutuan jika menyokong pembinaan hab kargo dan kemudahan menyenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata keikhlasan Teng perlu diterjemahkan dengan menyokong saranan Lim untuk mewujudkan hab kargo dan kemudahan MRO dan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenainya.

Bercakap kepada pemberita di George Town , Lim berkata Teng juga harus menyatakan sebanyak 60 ekar tanah diambil alih dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) selepas 2008, dan susulan penambakan laut, ada kira-kira 300 hingga 500 ekar lagi untuk rancangan perluasan masa depan.

Sebelum ini, Teng berkata beliau menyokong saranan Lim bagi hab kargo dan kemudahan MRO kerana itu adalah rancangan awal Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bagi PIA semasa beliau menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

BN jangan bercakap sahaja !

No comments:

Post a Comment