LAGI PELAJAR PEREMPUAN BERGADUH SALAH SIAPA ?


Kini tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan di laman sosial.

Sebelum ini telah tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit.

Di dalam kes sebelum ini, video kes buli pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak tersebar telah menjadi viral di mana rakaman berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar wanita membuli dan memukul seorang pelajar lain tanpa belas kasihan. 

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan. 

Apa yang sedang berlaku sebenarnya ?

Adakah semua yang berlaku ini berpunca daripada perlakuan anak-anak pelajar itu sendiri atau ada pihak yang lepas tangan sehingga mereka tidak lagi berpegang kepada kesepakatan sesama sendiri.

Mana perginya pembangunan insan dan didikan akhlak yang seharusnya menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pihak-pihak yang di amanahkan ?

Salah pelajar ? Salah keluarga ? Salah guru ? Atau salah mereka-mereka di Kementerian ?

  

No comments:

Post a Comment