Apa yang kita perlu faham mengenai isu ini ialah ianya menyerlahkan kepada semua betapa bijaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran negara dalam membantu kroni mereka untuk semakin kaya..
Sebabnya demi kroni mereka sanggup membayar berbillion-billion untuk menyewa sedangkan kos untuk membina lebih murah..
Kos untuk membina enam kampus cawangan dianggarkan hanya RM1.8 Bilion tetapi demi kroni pihak terbabit memperbodohkan diri mereka dengan menyewa dari kroni mereka..
(Kroni dalam hal ini ialah kaum keluara atau kawan-kawan mereka bukannya macai yang makan rumput dan semakin ramai berkeliaran dalam Blog ini..)
Dan menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun serta bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.
Oleh itu ianya menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.
Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat kroni terbabit adalah RM8.6 Bilion.
RM8.6 Billion itu adalah wang yang diperolehi dari cukai yang dikenakan terhadap rakyat kecuali macai..
Jadi.. faham-fahamlah kenapa UMNO/BN begitu takut kehilangan kuasa...
Laporan berkaitan..
sumber anak sungai derhakaSistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.Rafizi berkata, kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun."Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung rakyat."Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanya RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan dalam Dewan Rakyat pada April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta. Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan."Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi," kata Rafizi.Beliau juga khuatir jika bayaran sewa tahunan ini akan menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM."Contohnya bagi 2014 bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% daripada keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion," katanya.Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan."Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno."Baru rakyat dapat memahami Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya ~ The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment