RAYER BERJAYA BUKTIKAN MELAYU PENTINGKAN DIRI SENDIRI


Tidak di nafikan ungkapan yang di lontarkan oleh RSN Rayer sewaktu di dalam sidang dewan tempoh hari benar-benar menyentap jiwa nurani orang-orang Melayu yang secara tiba-tiba bangkit melawan.Semua itu di lakukan kerana kononnya mereka sebagai bangsa Melayu berasa tercabar dan menganggap ungkapan tersebut sebagai satu penghinaan.

Tidak di nafikan sama sekali kenyataan itu agak keras tetapi secara logiknya tidak ada sebarang kesalahan yang di lakukan oleh Rayer tatkala mengungkapnya di dalam dewan.

Sebagai seorang manusia yang punya pegangan agama dan pendirian tersendiri dalam politik negara , Rayer sudah semestinya bertindak sedemikian dengan sebab-sebab tertentu.Mana mungkin ungkapan itu di lontarkan secara sengaja atau memang beliau sengaja mahu menghina orang Melayu ?

Tidak munasabah walaupun isu ini cuba di spin oleh jentera-jentera siber UMNO.

Perkara pertama yang perlu di fahamai adalah Rayer juga sudah semestinya pernah atau telah melalui zaman mahupun tempoh masa di mana terdapat orang-orang Melayu juga turut menghina bangsanya.Justeru itu tahap kesabaran beliau selaku pemimpin juga ada hadnya dan apa yang berlaku di dalam dewan tempoh hari adalah luahan hati serta perasaannya terhadap mereka-mereka yang selama ini menjadi tunjang kepada kecaman serta tuduhan liar sama ada terhadap dirinya , bangsanya mahupun parti DAP yang di anggotainya.

Pasti ramai yang sedar sejak BN mempunyai jentera sibernya hampir setiap waktu ada sahaja kata-kata menghina pemimpin DAP serta barisan Pembangkang.Ianya di buktikan dengan beberapa kes tindakan saman oleh pemimpin pembangkang terhadap beberapa blogger pro UMNO mahupun kerajaan kerana membuat penghinaan dalam bentuk gambar mahupun penulisan mereka.

Bukankah semua itu juga menepati ciri-ciri menghina seperti mana tuduhan terhadap Rayer ?

Sebagai pemerhati politik , tindakan Rayer sebenarnya tidak menjadi isu besar memandangkan ia di lakukan dalam saluran yang sah iaitu sewaktu sidang dewan sedang berlangsung.Pihak yang di tuduh pula boleh sahaja menggunakan ruang dan peluang sedia ada untuk melakukan perkara yang sama.

Sebagai rakyat dan pemimpin yang menghormati institusi perundangan negara maka sudah tentu apa yang berlaku di dalam sidang dewan itu adalah satu perkara biasa.Cuma mungkin pemimpin-pemimpin berbangsa Melayu yang berada di dalamnya tidak faham atau terlalu emosional apabila berdepan dengan situasi sebegitu.

Di sini kita dapat melihat betapa rendahnya tahap profesionalisme pemimpin-pemimpin Melayu khususnya UMNO yang berada dalam sidang DUN di Pulau Pinang.

Pada satu ketika mereka juga di lihat pentingkan diri kerana pemimpin berbangsa Melayu lain daripada barisan pembangkang seperti YB Dr Afif , YB Malik Kasim dan lain-lainnya langsung tidak tersentuh dengan ungkapan yang di lontarkan oleh Rayer.

Soalnya kini Melayu mana yang terasa ? Jika di amati , jelas hanya Melayu yang berada dalam UMNO sahaja yang terkesan dengan ungkapan tersebut malah turut bersetuju dengan tindakan sekumpulan orang Melayu yang bertindak berhimpun di luar dewan yang kemudiannya menceroboh ke dalam sidang DUN.

Siapa mereka untuk merempuh masuk sebegitu ?

Undang-undang mana yang di guna pakai mereka untuk menghalalkan tindakan tersebut ?

Apa yang berlaku sebenarnya memberikan gambaran kepada kita betapa orang-orang Melayu ini di penuhi dengan emosi dan sikap pentingkan diri.Mereka dengki dengan kejayaan bangsa lain di bumi Malaysia namun tidak punya daya malah malas untuk berusaha seperti mana bangsa lain berusaha sehingga menjadi berjaya.

Mereka sebenarnya malas dan hanya mengharapkan sokongan kerajaan selain daripada perlembagaan negara yang di meterai sejak lebih dari 50 tahun yang lalu.

Mereka juga lupa untuk berjaya perlukan perubahan dan perubahan itu tidak dapat mereka lakukan kerana mereka tamak serta pentingkan diri sendiri.Bahkan sudah ada di kalangan mereka yang menghalau bangsa lain keluar dari bumi Malaysia sedangkan hakikatnya bangsa lain itu juga adalah warganegara yang sah.

Tahniah Rayer kerana berjaya membuktikan siapa mereka !

No comments:

Post a Comment