ADA PETUNJUK MUHYIDDIN BAKAL DISINGKIRKAN


Khabar angin tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin diyakini ekoran petunjuk baru daripada Perdana Menteri.

Ini dikuatkan lagi apabila Datuk Seri Najib Razak petang tadi baharu sahaja memberi bayangan tentang rombakan kabinet.

Beliau dilapor menyatakan pelancaran KLIA2 di Sepang hari ini mungkin adalah yang terakhir dihadiri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Hishammuddin turut hadir pada majlis pelancaran KLIA2, terminal bagi syarikat penerbangan tambang rendah.

Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib.

Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara sebab beliau akan disingkirkan.Keadilandaily

KASINO - ANWAR PERSOAL SIAPA LULUSKAN ?


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?”

“Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni,” katanya dalam sidang media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong.

Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut.

Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.

Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.

“Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.

“Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri,” ujarnya.

DAP BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH BERITA HARIAN


GEORGE TOWN, 20 JUN: DAP Bukit Bendera hari ini membuat satu laporan polis berhubung rencana terbitan akhbar Berita Harian 7 Jun lalu yang memfitnah dan berniat jahat untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap parti itu.

Rencana tersebut bertajuk “DAP Api-apikan Sejarah Hitam”, dengan tajuk kecil “Sikap Biadap, Provokasi Berterusan Terhadap Melayu Tak Dijadikan Iktibar”, ditulis oleh Juhaidi Yeah Abdullah.

Laporan polis dibuat Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Haris Zuan di Balai Polis Jalan Patani pada jam 10.30 pagi tadi. Turut bersama adalah Setiausaha Pemuda Bukit Bendera Rozaimin Elias dan Naib Ketua Pemuda DAP Negeri Chris Lee Chun Kit.

Haris Zuan berkata, rencana tersebut jelas tidak disokong apa-apa fakta dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu, terhadap DAP.

“Dalam rencana itu, Juhaidi memfitnah DAP sebagai parti yang tidak henti-henti menghina orang Melayu, serta mendakwa matlamat DAP adalah untuk menimbulkan kebencian terhadap Umno, menghapuskan hak istimewa Melayu dan mengurangkan pengaruh Melayu dalam politik dan negara.

“Penulis juga menuduh DAP sebagai ‘rasis-cauvinis’ kerana cuba menghapuskan satu kaum untuk kepentingan kaum lain, selain menghina institusi Raja-raja Melayu menolak undang-undang syariah, mempertikaikan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Walhal, ujar Haris Zuan, DAP adalah parti yang ditubuh berteraskan Perlembagaan Persekutuan, serta sentiasa konsisten memartabatkan keluhuran undang-undang negara.

Justeru itu, beliau menggesa polis supaya menjalankan siasatan yang adil berhubung fitnah tersebut.

“Saya berharap, pihak polis dapat menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap rencana Juhaidi Yeah Abdullah. Sementara kami percaya kepada kebebasan bersuara, namun ia haruslah digunakan secara bertanggungjawab,” kata Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu lagi.

Apa bukti DAP benci Melayu?

Beliau berkata, sepanjang penubuhan DAP pada tahun 1966, banyak pemimpin Melayu diangkat untuk bertanding dalam pilihanraya, antaranya sembilan calon yang mewakili DAP ketika kali pertama parti itu menyertai PRU pada tahun 1969.

“Kini kami mempunyai perwakilan Melayu di semua peringkat membuat keputusan di Malaysia. Antaranya Senator Dr Ariffin Omar (Dewan Negara), Zairil Khir Johari dan Mohd Ariff Sabri (Dewan Rakyat), Tengku Zulpuri (Ketua Pembangkang DUN Pahang) dan saya sendiri di peringkat kerajaan tempatan.

“Maka adalah tidak munasabah apabila DAP dikatakan bermatlamat mengurangkan pengaruh Melayu-Bumiputera dalam politik negara, melainkan yang penulis rencana itu maksudkan adalah Melayu Umno,” katanya lagi. – Roketkini.com

INSTITUSI KESULTANAN MELAYU ~ APA FAEDAH UNTUK MELAYU & ISLAM ?


Apakah faedahnya untuk Islam dan Melayu?

Institusi Kesultanan Melayu yang masih kekal di Malaysia hingga kini digarap melalui perwartaan Perlembagaan memerdekakan Malaya oleh penjajah British suatu ketika dulu. Walau apapun sejarah silamnya, kewibawaan dan kepentingan Institusi Kesultanan Melayu itu sendiri wajar diberi perhatian dan diberi laluan untuk perdebatan umum.

Sejarah berlalu dan sejarah berulang, Islam dihina dan Melayu tercicir sekalipun Sultan Melayu diwartakan sebagai ketua Agama Islam dan payung kesejahteraan rakyat khasnya bangsa Melayu.

Kenyataan yang tidak harus dipandang sepi, terdapat sultan Melayu yang tidak mengamalkan cara hidup dan budaya tuntutan Islam.

Kenyataan yang tidak harus dipandang sepi, sultan Melayu bermegah dengan kemewahan sedangkan bangsa Melayu merempat di negara sendiri.

Justeru orang Melayu wajar bertanya: 

- Apakah faedah Institusi Kesultanan Melayu terhadap agama Islam?

- Apakah jasa Institusi Kesultanan Melayu terhadap bangsa Melayu?


GOMO "SI NELAYAN" PERLEKEH KEPUTUSAN MAHKAMAH


Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya menyifatkan permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo yang meminta  membayar ganti rugi saman fitnah secara ansuran RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperlekehkan keputusan mahkamah.

Latheefa berkata, mahkamah akan tetap mengambil tindakan supaya Papa Gomo membayar sejumlah RM850,000 kepada Anwar secara serentak.

“Dia ingat, dia boleh main-main, mahkamah tetap akan terus mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Papa Gomo untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi kepada Ketua Umum KEADILAN itu 20 Jun lalu atas kesalahan fitnah di dalam blognya.

Menurut Latheefa, Papa Gomo memohon menangguhkan pembayaran ganti rugi atas alasan dia telah membuat rayuan kepada mahkamah sebelum ini.

Latheefa juga berkata, Papo Gomo memberi alasan tidak mampu untuk membayar ganti rugi secara serentak kerana dia kini hanya bekerja sebagai  seorang nelayan ketika ini.

” Sebab dia kuat menipu, dari dulu sampai sekarang menipu dan fitnah, kita tak boleh terima semua alasan yang diberikannya.

” Sebelum ini dia tipu dia bukan Papa Gomo dalam mahkamah, tetapi sebenarnya dia ialah Papa Gomo atau Wan Muhammad Azri,” kata Latheefa.

Menurut Latheefa, peguam Anwar akan mengambil tindakan antaranya tindakan bankrapsi jika Papa Gomo tidak dapat membayar ganti rugi tersebut.

PENGERUSI BN DICABAR BUKTIKAN KEIKHLASAN JANGAN BERCAKAP SAHAJA


Kalau sekadar bercakap siapa pun boleh lakukan tetapi merancang serta menggerakkan usaha untuk kemakmuran rakyat bukanlah semudah yang disangka.Ekonomi merupakan salah satu faktor yang meletakkan sesebuah negeri itu mampu berdaya saing atau tidak , dalam erti kata sebenar perancangan serta kedudukan ekonomi yang baik mampu menjamin keselesaan rakyat seterusnya memberikan pulangan yang menguntungkan kepada semua pihak.

Seperti biasa bila ada sahaja perancangan daripada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang pasti akan ada pihak-pihak yang tidak senang dan akan melakukan apa sahaja asalkan kerajaan di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng dilihat sebagai lemah dan tidak berwibawa.

Oleh yang demikian , YB Lim Guan Eng dalam kenyataannya telah mendesak Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang supaya menunjukkan keikhlasan dengan menulis kepada kerajaan Persekutuan jika menyokong pembinaan hab kargo dan kemudahan menyenggara, membaiki dan membaik pulih (MRO), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata keikhlasan Teng perlu diterjemahkan dengan menyokong saranan Lim untuk mewujudkan hab kargo dan kemudahan MRO dan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenainya.

Bercakap kepada pemberita di George Town , Lim berkata Teng juga harus menyatakan sebanyak 60 ekar tanah diambil alih dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) selepas 2008, dan susulan penambakan laut, ada kira-kira 300 hingga 500 ekar lagi untuk rancangan perluasan masa depan.

Sebelum ini, Teng berkata beliau menyokong saranan Lim bagi hab kargo dan kemudahan MRO kerana itu adalah rancangan awal Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bagi PIA semasa beliau menjadi ketua menteri Pulau Pinang.

BN jangan bercakap sahaja !

AJK PAS PUSAT TERLIBAT KEMALANGAN MENINGGAL DUNIA


Ahli jawatankuasa PAS PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi. 

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera. 

Ustaz Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS. 

Ustaz Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang. 

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.


Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 

Ustaz Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak. 

Jenazah beliau akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan.

KALIMAH ALLAH MAHKAMAH PERSEKUTUAN ENGGAN BENARKAN RAYUAN


Sidang Mahkamah Persekutuan hari ini menjadi tumpuan sama ada ia akan membenarkan pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik terhadap penggunaan kalimah Allah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menyampaikan penghakimannya mulai jam 9 pagi di kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dalam kes-kes sivil di Mahkamah Persekutuan, ia tidak didengar secara automatik tetapi kebenaran terpaksa diperolehi terlebih dahulu.

Selain Hakim Arifin, hakim-hakim terkemuka di negara ini akan membuat keputusan kes itu dan mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Hakim-hakim lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

LANGSUNG

10:02am: Ibrahim Ali berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini. Isu tersebut kini dianggap selepas dan tidak perlu diteruskan lagi.

“Kita akan meneruskan kehidupan harmonim,” katanya selepas diberitahu mengenai keputusan mahkamah.

10am: Bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin mengumumkan kepada para penyokong bahawa Mahkamah Keputusan tidak memberi kebenaran untuk mengenepikan keputusan tersebut, yang disambut dengan sorakan para pengikut tersebut.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa ia masih belum berakhir.

"Mereka tidak akan berhenti. Mereka akan bawa kes lain ke mahkamah. Mereka akan perlu ke mahkamah untuk membolehkan Bible yang dirampas dikembalikan kepada mereka, atau cuba membatalkan enakmen Selangor,” katanya.

9.45am: Richard Malanjum berkata tidak timbul isu ketenteraman awam dan keselamatan. Perkara itu perlu dibezakan, kata Ketua Hakim Sabah dan Sarawak itu.

“Ini adalah peluang kepada mahkamah untuk memutuskan kuasa eksekutif (untuk campur tangan).”

Dalam isu keselamatan negara, menteri perlu mengemukakan bukti bahawa keselamatan terancam.

9.45am: Presiden PERKASA Ibrahim Ali berucap kepada para penyokong yang beralih ke kawasan teduh. Beliau menegaskan bahawa NGO itu tidak mahu bermusuh dengan orang Kristian tetapi mempersoalan penggunaan kalimah “Allah” dalah naskhah Bible berbahasa Melayu.

9.30am: Hakim Arifin berkata Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya membenarkan permohonan itu dan dengan itu, keputusan Mahkamah Rayuan adalah betul.

Katanya, mahkamah tidak boleh menimbangkannya dan oleh itu permohonan itu ditolak.

Beliau berkata Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar bersetuju dengannya.

Sekarang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sedang membaca keputusannya.

9.25am: Ketua Hakim Arifin berkata kalimah 'Allah' disenaraikan sebagai salah satu perkataan yang dilarang.

Di Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, beliau berkata hakim itu mendapati bahawa larangan itu mencabul hak-hak gereja dalam Perkara 3, 10 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

Arifin berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang sebagai tidak sah berikut tindakan oleh kerajaan atau individu.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu undang-undang itu tidak sah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah perlu memastikan bahawa cabaran yang dibuat bukan remeh atau menyusahkan.

9.15am: Hakim Arifin berkata kebenaran patut diberikan apabila terdapat isu-isu undang-undang untuk diputuskan.

Beliau berkata sama ada untuk menerima pakai ujian subjektif atau objektif dalam membuat keputusan sama ada untuk memberikan kebenaran.

Setelah mempertimbangkan isu-isu di tangan, beliau bersetuju dengan peguam Ketua Biskop untuk mengamalkan ujian objektif.

9.10am: Di luar Istana Kehakiman, Timbalan Setiausaha Agung PERKASA, Shamsudin Moner berucap kepada orang ramai, yang jumlah meningkat kepada lebih 200 orang.

9.08am: Cyrus Das, peguam yang mewakili gereja, memperkenalkan semua pihak.

Hakim Arifin berkata, akan ada empat penghakiman dan beliau akan membaca penghakimannya yang pertama, bermula dengan latar belakang kes itu.

9.05am: Selepas membaca nama-nama peguam di mahkamah, pintu mahkamah kini dikunci.

Mahkamah bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara.

8.30am: Ketua Biskop Emeritus Murphy Pakiam, editor Herald Bapa Lawrence Andrew, Presiden Sabah Sidang Injil Borneo Pastor Jerry Dusin adalah antara yang telah tiba.

Kakitangan mahkamah membenarkan peguam untuk memasuki pertama.

8.26am: Penyokong PERKASA di hadapan Istana Kehakiman meningkatkan kepada sekitar 100 orang ketika lebih banyak bas yang membawa mereka tiba.

Kira-kira 20 anggota polis juga tiba di tempat kejadian dan membentuk satu barisan di situ.

Keadaan tenang dengan penyokong berlegar sekitar kawasan itu kerana kes masih belum bermula.

7.55am: Sekumpulan lebih 50 penyokong PERKASA, yang memakai baju-T hitam dan merah, mula berarak ke hadapan pintu masuk mahkamah selepas berkumpul di hadapan Perbadanan Putrajaya lebih awal.

Tiada pemimpin terkemuka dilihat setakat ini, dan ahli-ahli berkumpul secara senyap-senyap di hadapan pita kuning polis yg menghalang mereka daripada memasuki kompleks mahkamah.

7.52am: kakitangan Mahkamah telah mula mengedarkan pas kepada kakitangan media, yang telah berkumpul seawal pukul 7 pagi.

Khabar angin mengatakan setiap hakim dalam panel tujuh orang itu akan membuat penghakiman masing-masing.

PUSAT PERJUDIAN BARU BAKAL TUMBUH DI PAHANG


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memberi jawapan segera kepada rakyat terutama penduduk Pahang, berhubung rancangan ahli perniagaan Tan LAGI JUDI MAHUSri Vincent Tan untuk membina kasino kedua di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari Lee Chin Chen berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar semalam, bahawa Pengerusi Berjaya Group itu membuat permohonan untuk melabur RM3 bilion untuk sebuah kasino baru di Berjaya Hill, Bukit Tinggi, Pahang.

Lee menyatakan bantahannya terhadap cadangan itu, memandangkan kasino di Genting Highland, yang juga milik jutawan itu, sudah cukup untuk menarik pelancong asing serta memenuhi keperluan rakyat.

“Inisiatif itu hanya mengakibatkan masalah sosial, terutama di kalangan masyarakat Tionghua. Pengalaman melihat sendiri realiti yang berlaku, perjudian akan mengakibatkan rakyat terlibat dengan ‘along’. Ada yang terpaksa menjual rumah dan kereta.

“Adakah Pahang ingin dijadikan sebagai ‘negeri judi’?” soalnya.

Menurut Lee, lebih baik untuk kerajaan mengembangkan potensi Bukit Tinggi sebagai lokasi percutian keluarga dan bukannya meluluskan pembinaan satu lagi pusat perjudian.

“Ia lebih bernas daripada membina kasino,” katanya lagi.

Beliau juga menggesa Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendiriannya berhubung cadangan itu, apatah lagi Bukit Tinggi terletak dalam kawasan parlimen beliau sendiri. – Roketkini.com

HADI SELAMAT PULANG PERLU REHAT SECUKUPNYA


Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah selamat tiba di tanah air pada petang semalam setelah menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital berhampiran dengan tempat persidangan di Istanbul, Turki akibat dari komplikasi sesak nafas semasa persidangan berlangsung.

“Walaupun kesihatan beliau sudah bertambah baik dan dibenarkan pulang ke Malaysia, tetapi pihak doktor perubatan masih menasihati beliau supaya dapat terus berehat untuk satu tempoh masa yang tertentu,” ujarnya dalam satu kenyataan media ringkas.

Sehubungan dengan itu juga, katanya adalah diminta supaya ahli-ahli dan kepimpinan parti serta rakan-rakan lainnya dapat memberikan ruang secukupnya kepada Presiden PAS untuk pulih sepenuhnya sebelum dapat bertemu dan seterusnya memberikan komitmen terhadap program parti dan masyarakat.

Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul pada 30 Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.

Kepada Haji Hadi berehatlah jangan difikirkan sangat hal ehwal politik khususnya perkara perkaitan hudud kerana yang lebih penting kini bukan hudud tapi kesihatan Haji Hadi.

Semoga cepat sembuh

PENEROKA FELDA TUNTUT HAK


Petisyen rayuan peneroka Felda yang ditolak di Dewan Rakyat memberi gambaran bahawa kerajaan bakal menindas mereka pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Penolakan ini kerana kerajaan tidak mahu peneroka memperolehi taraf hidup lebih baik. Mereka mahu peneroka terus bergantung hidup dengan Felda.

IMG_0874“Kerajaan mahu tradisi kemiskinan ini berterusan agar rakyat terus bergantung hidup kepada kuasa politik,” kata Mahfuz pada sidang media di luar lobi Parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan perlu memberi peluang kepada peneroka untuk menentukan kehidupan mereka pada masa depan, bukan ditindas seperti ini.

“Peneroka tuntut lesen pekebun kecil bagi membolehkan mereka menjual sendiri kepada mana-mana kilang yang menawarkan harga yang tinggi dan munasabah. Kerajaan sepatutnya membenarkan permohonan ini.

“Tetapi apa yang kerajaan buat? Peneroka terus dicengkam supaya meneruskan kehidupan melalui pemberian kerajaan.

“Terbukti kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Rayuan peneroka supaya masalah mereka dapat didengari langsung tidak dipeduli.

“Kita ucapkan tahniah kepada peneroka kerana berani bangkit dalam menuntut hak mereka,” kata Mahfuz lagi.keadilandaily 

SAMSENG UMNO DIDAKWA DI MAHKAMAH


Seramai 14 penyokong Umno yang meluru masuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu didakwa di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan menceroboh.

Mereka mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh ke dalam DUN tersebut pada 12 Mei.

Kumpulan berkenan menceroboh masuk ke ruang persidangan berkenaan pada hari itu untuk mencari ADUN Seri Delima RSN Rayer.

Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakal Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.

Tertuduh turut diiringi para penyokong yang memenuhi galeri awam sehingga menyebabkan polis terpaksa meminta petugas media beredar dari ruang mahkamah.

Kesemua 14 individu tersebut merupakan anggota Pemuda Umno, PERKASA dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

RAYER AKAN TERUS DI PERTAHANKAN


Apabila melihat kesan daripada tindakan oleh samseng UMNO yang merempuh masuk ke Sidang DUN tempoh hari boleh mengakibatkan tindakan yang lebih keras dikenakan , pihak yang mewakili orang-orang Melayu itu kini mula kecut perut.

Hari ini sewaktu kes disebut di mahkamah seksyen Pulau Pinang , hanya beberapa kerat sahaja orang Melayu yang hadir kononnya untuk memberikan sokongan.

Agak menarik apabila kumpulan itu bukan sahaja dilihat hilang arah tetapi turut tidak mendapat sokongan para pimpinan UMNO di peringkat bahagian-bahagian mahupun negeri.

Di mana pemimpin UMNO dan BN lainnya sewaktu kumpulan tersebut sedang berdepan dengan hukuman ?

Mungkin kerana berang disebabkan sokongan yang tidak begitu menggalakkan maka mereka mula mensasarkan serangan terhadap RSN Rayer.

Tetapi mereka terlupa bahawa Rayer mendapat sokongan jitu daripada pimpinan DAP dan sudah pun berikrar untuk mempertahankan pemimpin tersebut.

DAP akan tetap mempertahankan Adun Seri Delima RSN Rayer yang bakal dituduh di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menyebut kata-kata ‘Umno Celaka’.

Parti berpendirian bahawa pertuduhan terhadap beliau berikutan kenyataan yang dibuat di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah salah dan sekadar usaha Umno untuk membalas dendam politik.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa terkejut dengan pendakwaan ke atas Rayer yang ketika ini ditahan polis dan menanti jaminan.

“Rayer telah menegaskan bahawa beliau tidak mengulangi apa yang disebutnya di luar Dewan.

“Oleh itu pertuduhan menghasut terhadap Rayer ini bukan sahaja bermotifkan politik tetapi juga menunjukkan bahawa Peguam Negara menjalankan dasar bilih bulu dan melakukan pendakwaan terpilih,” tegas Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, tindakan mendakwa seseorang berdasarkan kenyataan yang dibuat dalam Dewan boleh dianggap sebagai menghina sistem demokrasi berparlimen serta kesucian Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebagai lembaga tertinggi di negeri tersebut.

Belum pernah mana-mana wakil rakyat ditahan dan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina parti politik lain dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Wakil rakyat menikmati kekebalan undang-undang, kecuali jika mereka mempersoalkan hak, status, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau lagi.

Menurutnya lagi tindakan mendakwa Rayer di atas kenyataan beliau, walhal Speaker DUN Pulau Pinang sendiri pun tidak mengarahkannya menarik semula kata-kata tersebut adalah tindakan balas dendam politik Umno terhadap DAP.

“Tidak ada tindakan pun diambil terhadap samseng-samseng Umno yang merusuh di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabat DAP Kuantan,” ujarnya.

22 Mei lalu lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi merusuh di ibu pejabat DAP, serta mengugut mahu membakar bangunan tersebut.

“Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,”

“Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.

Sehari sebelum itu segerombolan samseng Umno merempuh masuk ke bangunan DUN Pulau Pinang setelah Rayer dilaporkan mengatakan ‘Celaka Umno’ terhadap pemimpin-pemimpin parti tersebut yang kerap kali mengulang ugutan tragedi 13 Mei.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang merusuh itu.

RAFIZI DEDAH ADUN UMNO TERLIBAT DALAM PROJEK JUTAAN RINGGIT LIBATKAN UiTM


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Pasir Gudang diberikan kepada seorang Adun Umno Pulau Pinang.

Katanya, perkara itu disahkan oleh perdana menteri dalam jawapan di parlimen yang mengakui kos kampus berkenaan adalah antara RM280 juta hingga RM315 juta dan disewakan semula kepada UITM. Ia katanya, merupakan perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan antara RM56 juta hingga RM69 juta.

Rafizi (2)“Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Pulau Pinang) dari Umno. Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20 peratus saham pemegang konsesi tersebut.

“Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris, Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, Penyata kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedudukan aset RM6 juta dan perolehan tahunan hanya sebanyak RM150,000.

Katanya, ia membuktikan syarikat itu tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan tiada pengalaman dalam sektor pembinaan.

“Saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?,” soal Pengarah Strategi KEADILAN itu.

Pada 12 Jun lalu, Rafizi mendedahkan bahawa kerajaan memberikan konsesi kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan UiTM selama 23 tahun dan  sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta bagi setiap kampus. Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang ditanggung rakyat.

“Sedangkan kos membina 6 kampus tersebut dianggarkan sebanyak RM 1.8 billion sahaja, mengambil kos purata RM298 juta untuk setiap kampus bagi 6 kampus cawangan,” katanya.

Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan di Dewan Rakyat April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi. Selain cawangan UiTM Pasir Gudang, kampus lain adalah Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

“Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi  terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi,” kata Rafizi.keadilandaily 

NEGARA SEKULAR JAMIL KHIR KELIRUKAN DEWAN


Isu negara sekular merupakan perkara yang paling ditakuti oleh pimpinan kerajaan memandangkan terdapat beberapa perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum mana-mana pihak membuat pengesahan secara rasmi bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan menyatakan dengan jelas serta terperinci berkenaan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dalam banyak perkara adalah amat mustahil untuk melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam memandangkan terdapat jutaan keraguan khususnya yang dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri.

Sebagai contoh sehingga ke hari ini walaupun Islam itu termaktub dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi tetapi ianya tidak menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.Selain daripada itu budaya yang ditunjukkan oleh orang Islam sendiri jauh sama sekali menepati ciri-ciri Islam seperti mana yang diwar-warkan.

Bahkan dalam soal berpakaian sekalipun banyak pemimpin dan orang-orang Islam sendiri tidak mengikut cara yang sepatutnya seperti mana yang termaktub dalam ajaran Islam.

Apakah cukup hanya dengan membina fasiliti seperti masjid , surau dan mengadakan program-program berunsur Islamik sudah boleh di kategorikan sebagai Malaysia sebuah negara Islam ?

Oleh yang demikian rakyat Malaysia harus tahu bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular.



Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew semalam mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataan ‘mengelirukan’ bahawa Malaysia bukan negara sekular.
Usul difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12) kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.
“Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersetuju memanggil Jamil Khir bagi memberi penjelasan,” kata Oscar pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menjawab soalan Oscar di Parlimen semalam, Jamil berkata Malaysia bukan negara sekular bersandarkan fakta sejarah dan Islam yang menjadi agama Persekutuan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyangkal jawapan itu dan mempersoalkan kapasiti Jamil menjawab isu tersebut.
“Soalan Oscar ditujukan kepada Perdana Menteri (PM). Jika PM gagal hadir, jawapan sepatutnya diberikan Menteri bertanggunjawab dalam hal-ehwal undang-undang, Nancy Shukri.
“Siapa Jamil ingin menjawab soalan itu. Apakah portfolio beliau?” kata Kit Siang pada sidang media sama.
Beliau turut mendesak Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian selepas mesyuarat kabinet Jumaat ini sama ada bersetuju dengan jawapan Jamil.
“Beliau patut nyatakan sama ada kenyataan Jamil adalah dasar rasmi kerajaan atau pun menafikannya. Jika beliau setuju, bila persetujuan dicapai dan adakah mengambil kira semua parti komponen BN,” katanya lagi.
Pengasas negara akan terkejut
Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, tokoh-tokoh pengasas negara pasti ‘terkejut’ dengan jawapan tersebut.
“Tiga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, serta pengasas Perikatan pasti terkejut,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Katanya, memorandum Perikatan 1957 dan Suruhanjaya Cobbold pada 1963 menyatakan, taraf Islam sebagai agama rasmi tidak bermakna Malaysia bukan negara sekular.
“Jaminan itu diberikan kepada Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia. Jawapan Jamil memberikan kesan besar dan berisiko memecahkan (Persekutuan) Malaysia,” kata Kit Siang. – Roketkini.com

ANTARA TERNAK & KEWAJIPAN WANITA PAS BUKA MATA ORANG MELAYU


Isu masalah sosial dan kejadian-kejadian pembuangan anak sehingga menyebabkan kematian sering kali kita dengar.Seperti menjadi trend apabila ada sahaja berita sedemikian maka sudah pasti mereka yang terlibat itu terdiri daripada orang-orang Melayu yang mengaku Islam sebagai agama mereka.

Pelik sekali kerana Islam tidak pula pernah mengajar umatnya bersikap sedemikian.

Ada suara yang menyatakan punca kepada berlakunya gejala ini adalah disebabkan sikap diri yang hanyut dengan godaan hawa nafsu namun jangan sesekali menidakkan peranan mereka yang seharusnya lebih wajar mendidik.

Siapa kah mereka itu ? 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi mengingatkan ibu bapa supaya mendidik anak mereka sebaiknya dan bukan hanya ‘menternak’ anak.

Katanya, tindakan sebahagian ibu bapa yang lebih cenderung ke arah itu berbanding memberi pendidikan yang baik menyebabkan golongan muda kini jauh tersasar dalam matlamat hidup.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Wanita Peringkat Negeri Kelantan, di Kelantan Trade Cantre, di sini semalam.

Program tahunan itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

Menurut Mumtaz lagi, peranan ibu bapa buka sekadar memberi makan atau tempat tinggal semata-mata, sebaliknya menjaga mereka tentang kewajipan sebagai hamba Allah.harakahdaily 

Satu teguran yang dirasakan amat wajar memandangkan mereka-mereka yang terlibat sering kali menyalahkan keadaan selain daripada faktor budaya barat yang menerjah masuk ke negara Malaysia.

Sorry to say takkan Islam selemah itu ?

HUDUD , BILA CINA LEBIH TELUS DARI UMNO


Ramai yang curiga dengan kemampuan wanita berbadan kecil, Hannah Yeoh ketika dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, namun ketelusannya dalam mengendalikan isu "Usul Hudud" yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno menyerlahkan kehebatannya.

Yeoh berjaya membuktikan Umno hanya menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik dan apabila merasakan akan rugi, mereka akan berundur balik.

Kewibawaan Yeoh meningkat dalam mengendalikan usul kontroversi oleh Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang meminta undang-undang hudud dikaji untuk dilaksanakan di Selangor.

Tindakan Yeoh menerima usul itu untuk dibahaskan dalam sidang DUN menerima kecaman ramai pada awalnya kerana dianggap membuka ruang kepada isu yang menjadi masalah itu dan akan menyusahkan banyak pihak.

Tetapi atas dasar ketelusan dan beliau adalah speaker untuk semua Adun tanpa mengira apa parti yang mereka wakili, Yeoh menerima usul itu dibahaskan.

Bagaimanapun, belum sempat dibahaskan, pada 13 Jun lalu, Kamarol Zaki menarik balik usul berkenaan, sehari selepas ia diluluskan untuk perbahasan dalam DUN.

Ia ditarik balik kerana usul Kamarol ini menyusahkan rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN) sendiri khasnya MCA dan Gerakan.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias mengakui hal ini apabila memberikan alasan usul itu menimbulkan banyak kekeliruan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata keputusan Yeoh membenarkan isu itu dibahaskan menyebabkan Umno terjerumus ke dalam perangkap ciptaan sendiri dan terpaksa manarik balik notis yang dimohon sebelum itu.

“Mereka menjangka apabila membawakan usul itu, speaker akan menghalang ia dibahaskan dengan harapan mampu mencetuskan perbalahan PAS dengan DAP dan mungkin PKR serta membolehkan mereka menuduh PAS tunduk kepada DAP.

“Itulah perancangan mereka tetapi apabila speaker setuju hudud dibahaskan, ini menimbulkan masalah kepada Umno dan BN kerana usul untuk membahaskan hudud datang daripada Umno, sudah tentu menimbulkan kemarahan MCA, Gerakan dan MIC. Apa yang mereka harapkan tidak berlaku,” kata Khalid seperti dilaporkan portal Selangorkini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Umno hanya bermain politik dengan isu hudud dan ketika merasakan ia akan merugikan mereka, ia ditarik balik.

“Dengan usul itu, Umno membuktikan mereka yang sebenarnya memulakan isu pelaksanaan hudud di negara ini,” kata Lim dalam satu kenyataannya semalam.

“Sementara kami menghormati Islam dan kedudukan hudud dalam agama itu, pelaksanaannya berlawanan dengan Perlembagaan dan tidak sesuai dalam masyarakat majmuk di negara ini. Kami konsisten dengan prinsip ini,” katanya.

Roketkini merakamkan ucapan tahniah Lim kepada Yeoh yang membenarkan usul itu dibahaskan kerana ia membuktikan beliau seorang speaker yang adil, neutral dan demokratik, walaupun secara peribadi tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu.

Laman web DAP itu juga meletakkan wanita pertama yang dipertanggungjawabkan sebagai speaker itu sebagai ikon ahli politik wanita tanah air, sebaris tokoh wanita negara yang berkhidmat demi kebaikan anak watan.

DAP pada awalnya tidak senang dengan tindakan Yeoh membenarkan usul itu kerana parti berkenaan menentang hudud dilaksanakan di negara ini.

Tindakan Yeoh berbeza sekali jika dibandingkan dengan Speaker DUN Terengganu daripada Umno yang menolak usul seumpama itu yang dikemukakan oleh Adun PAS.

Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong menolak usul yang dibawa oleh Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN untuk membahaskan usul pelaksanaan hudud di negeri itu.

Sebaliknya, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong usul yang akan dibawa Kelantan ke Dewan Rakyat yang entah bila akan berlaku itu.

Padahal, dalam media dan daripada cakap-cakapnya, Umno seolah-olah penyokong utama pelaksanaan hudud di negara ini. Ia dapat dilihat dalam isu pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom melalui Dewan Rakyat memberikan jaminan kepada semua negeri kerajaan persekutuan akan membantu mana-mana kerajaan negeri yang mahu melaksanakan hukum hudud.

Sehubungan itulah, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub memaklumkan kerajaan negeri Kelantan akan mengemukakan satu rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan undang-undang jenayah syariah itu dilaksanakan di Kelantan.

Ia kemudian menjadi isu yang meretakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat apabila DAP membantah cadangan itu.

Akhirnya PAS menangguhkan cadangan mengemukakan usul persendirian itu untuk membolehkan Jawatankuasa Teknikal yang bakal dibentuk oleh kerajaan persekutuan membuat kajian mengenai pelaksanaan hudud.

Kini, Yeoh membuktikan beliau berjaya menguruskan isu ini secara terbuka dan telus apabila beliau membenarkan Umno mengemukakan usul ini.

Dan teori beliau benar. Umno hanya bermain politik dengan isu hudud dan cuba meraih undi dengannya. Namun selepas terbukti bakal gagal, Umno undur balik dan menarik balik usul tersebut.

Kita tunggu pula cadangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin selepas ini yang mencadangkan Jawatankuasa Teknikal dibentuk untuk mengkaji pelaksanaan hudud kerana ramai yang beranggapan ini juga cadangan perangkap Umno kepada PAS.

Apakah ia umpama usul Kamarol yang akan ditarik balik kemudiannya atau isu hudud sekali lagi bakal disapu ke bawah permaidani.themalaysianinsider 

RAMPASAN BIBLE - KRISTIAN MAHU SEMUA PIHAK PATUH 10 PERKARA


Walaupun isu rampasan Bible hampir selesai di Selangor dengan kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkannya, pemimpin Kristian Sabah dan Sarawak mempersoalkan komitmen Putrajaya terhadap janji penyelesaian 10 perkara pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tiga tahun lalu.

Mereka berkata, tindakan tidak bertamadun merampas kitab suci penganut Kristian itu tidak akan berlaku sekiranya Putrajaya tegas mempertahankan penyelesaian 10 perkara yang membenarkan Bible berbahasa Melayu dan Indonesia bebas diimport dan digunakan dalam dua negeri itu.

Mereka berkata, Putrajaya perlu berpendirian jelas dalam kebebasan beragama dan menuntut pihak berkuasa Islam mengelak insiden konflik antara agama berlaku lagi.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri James Masing dalam reaksi terhadap pengakuan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail rampasan Bible oleh Jais itu merupakan satu kesilapan, berkata Putrajaya perlu menyatakan pendirian tentang kebebasan beragama yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Masing berkata, lebih 300 Alkitab (Bible berbahasa Melayu) dan Bup Kudus (Bible berbahasa Iban) yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) enam bulan lalu perlu dipulangkan secepat mungkin. Bible itu bertujuan untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak.

Jais merampas Bible tersebut menggunakan Enakmen 1988 Selangor yang menghalang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada umat Islam di negeri itu.

Bekas menteri Kabinet, Tan Sri Bernard Dompok, berkata rampasan tersebut tidak akan berlaku sekiranya Putrajaya memegang teguh kepada penyelesaian 10 perkara.

Dompok yang baru saja meletakkan jawatan sebagai presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), berkata Putrajaya seharusnya memantau pihak berkuasa agama seperti Jais untuk mengelak insiden antara agama seperti ini berlaku lagi.

"Prinsip panduannya ialah pihak berkuasa agama tidak harus masuk campur urusan pengamal agama lain.

"Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Memandangkan banyak insiden baru-baru ini yang menunjukkan pihak berkuasa agama negeri semakin berani dalam tindakan mereka, perlu ada satu prosedur operasi standard di mana Putrajaya memainkan peranan aktif, bukan pasif bagi memastikan hak agama lain tidak dipijak," kata Dompok.

Beliau merujuk kepada rampasan mayat seorang Cina beragama Islam dalam satu majlis pengebumian di Pulau Pinang dan serbuan di kuil Hindu untuk menghalang seorang wanita Islam daripada berkahwin.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menuntut Jais mengaku salah dan memohon maaf serta perlu merujuk kerajaan negeri sebelum melakukan tindakan sensitif.

“Mereka tidak boleh melakukan apa saja, terutamanya dalam isu yang terlalu sensitif,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba Kelalan itu berkata, beliau berharap isu ini mengajar Jais untuk “lebih berhati-hati pada masa depan.”

"Amat jelas mereka tidak boleh mengambil tindakan seperti ini tanpa bukti. Kecurigaan tidak cukup dalam hal-hal yang sensitif seperti agama.

"Ramuan asas dalam undang-undang adalah untuk mempunyai bukti sebelum bertindak. Pihak berkuasa tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya," katanya.themalaysianinsider

SISTEM KONSESI SWASTA BINA KAMPUS UITM KAYAKAN KRONI


Apa yang kita perlu faham mengenai isu ini ialah ianya menyerlahkan kepada semua betapa bijaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran negara dalam membantu kroni mereka untuk semakin kaya..

Sebabnya demi kroni mereka sanggup membayar berbillion-billion untuk menyewa sedangkan kos untuk membina lebih murah..

Kos untuk membina enam kampus cawangan dianggarkan hanya RM1.8 Bilion tetapi demi kroni pihak terbabit memperbodohkan diri mereka dengan menyewa dari kroni mereka..

(Kroni dalam hal ini ialah kaum keluara atau kawan-kawan mereka bukannya macai yang makan rumput dan semakin ramai berkeliaran dalam Blog ini..)

Dan menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun serta bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Oleh itu ianya menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat kroni terbabit adalah RM8.6 Bilion.

RM8.6 Billion itu adalah wang yang diperolehi dari cukai yang dikenakan terhadap rakyat kecuali macai..

Jadi.. faham-fahamlah kenapa UMNO/BN begitu takut kehilangan kuasa...

Laporan berkaitan..
Sistem konsesi yang diberikan kepada syarikat swasta untuk membina enam kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguntungkan kroni Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Pandan daripada PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, kerajaan sudah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.
Katanya, jumlah itu menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.
"Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat terbabit adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung rakyat.
"Sedangkan kos untuk membina enam kampus cawangan ini dianggarkan hanya RM1.8 bilion sahaja sekiranya Putrajaya membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat melalui sistem konsesi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan dalam Dewan Rakyat pada April lalu memberitahu enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina enam kampus cawangan UiTM Pasir Gudang di Johor, Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).
Kos untuk membina setiap kampus ini di antara RM280 juta ke RM315 juta. Melalui Bajet 2015, pemegang konsesi akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dimohon dalam Bajet Tambahan.
"Rakyat terpaksa menanggung beban kos sebanyak hampir lima kali ganda lebih mahal iaitu kos pembinaan kampus hanya RM1.8 bilion tetapi rakyat terpaksa membayar sewa tahunan sebanyak RM8.6 bilion kepada syarikat konsesi," kata Rafizi.
Beliau juga khuatir jika bayaran sewa tahunan ini akan menjadi salah satu perbelanjaan terbesar yang bakal ditanggung oleh pengurusan UiTM.
"Contohnya bagi 2014 bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11% daripada keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran pemilik syarikat yang menerima konsesi penswastaan ini pada minggu depan.
"Mereka adalah pemimpin Umno sendiri atau kroni terkenal mereka yang rapat atau memegang jawatan dalam Umno.
"Baru rakyat dapat memahami Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan sebaliknya membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengkayakan pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya ~ The Malaysian Insider
sumber anak sungai derhaka

SIAPA KATA BN TAK ROBOH RUMAH RAKYAT ?


Siapa kata kerajaan tidak pernah meroboh rumah rakyat ? Inilah susahnya bila rakyat yang telah diremote-controlkan sering kali membaca utusan meloya dan tv3suku.Semua perkara yang buruk-buruk kerajaan pembangkang buat.

Hebat sungguh BN !

Baru-baru ini suasana cemas berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.

Menurut Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.

Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.

“Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

“Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari itersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat,” dakwa Rozan.

Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.

DBKL memaklumkan pihaknya ada menyediakan rumah di blok B Perumahan Rakyat Batu Muda. Datang tanpa notis dan untuk berpindah ke PPRT terlibat, penduduk perlu membayar RM400 deposit dan terpaksa menunggu untuk mendapatkan kemudahan elektrik,” kata Rozan.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.

“Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.

“Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

“Perkara ini membabitkan banyak prosedur dan perjanjian yang perlu diteliti, sudahlah pembayaran pampasan tidak adil, datang pula secara kasar dan tidak menghiraukan nyawa kanak-kanak apabila tetap merobohkan bahagian depan rumah,” katanya.sumber 

'ENAKMEN TAK BERI KUASA MUTLAK PADA SULTAN'


Majlis Raja-Raja Johor menjelaskan bahawa peruntukan dalam Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 tidak memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Majlis Raja-Raja Johor menyebut ia juga bukan satu bentuk campur tangan Istana dalam bidang pentadbiran negeri.

Satu kenyataan yang dikeluarkan jemaah tersebut petang ini menyebut, enakmen tersebut perlu dibaca bersama dengan Perlembagaan Johor 1895, yang menetapkan pemisahan kuasa pentadbiran.

"Peruntukan dalam rang undang-undang ini tidak bermaksud untuk menyerahkan kuasa mutlak kepada ketua negeri, oleh itu tidak boleh dianggap sebagai campur tangan monarki dalam pengurusan negeri.

"Ia juga tidak melanggar konsep raja berperlembagaan," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut menggariskan tiga peruntukan utama dalam bahagian kedua Perlembagaan Johor – Perkara 2(1), Perkara 7(1) dan Perkara 7(3).

"Perkara 2(1) menetapkan kuasa eksekutif negeri tertakluk kepada raja namun fungsi eksekutif boleh diberikan kepada orang atau pihak berkuasa lain.

"Perkara 7(1) pula secara khusus menyatakan bahawa dalam pelaksanaan fungsinya mengikut perlembagaan, raja boleh bertindak mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri atau anggota yang bertindak mengkur kuasa majlis.

"Peruntukan itu seterusnya menetapkan bahawa sultan boleh diberikan maklumat mengenai kerajaan atas permintaan."

Kenyataan dalam bahasa Inggeris itu dikeluarkan oleh presiden Majlis Raja-Raja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli hari ini.

Ia menjawab perdebatan yang timbul – sama ada institusi diraja boleh diberikan kuasa eksekutif.

Rang undang-undang tersebut mengandungi peruntukan yang memberi kuasa kepada sultan untuk melantik anggota lembaga, menentukan imbuhan, menyelia akaun lembaga dan juga membubarkan lembaga berkenaan.

Ia memberi tekanan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, termasuk dari kem BN, agar membuat pindaan kepada rang undang-undang tersebut.

Walau dengan pindaan terbabit, Khaled menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memberi kuasa eksekutif kepada sultan kerana rang undang-undang tersebut perlu dibaca bersama dengan perlembagaan negeri.malaysiakini 

PEMBINAAN KIDEX TERUS DI BANTAH


Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) sepanjang 14.9km akan memakan kos sebanyak RM 2.4 bilion atau RM161 juta bagi setiap satu kilometer, menjadikannya lebuhraya bertol termahal di negara ini.

Lebih merunsingkan, kos RM2.4 bilion itu belum lagi mengambil kira kos pengambil-alihan tanah untuk pembinaan lebuhraya terbabit.

Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin dalam kenyataannya hari ini melahirkan rasa ragu-ragunya terhadap kos yang begitu tinggi melibatkan dana rakyat.

“Penilaian Kesan Alam Sekitar awal bagi KIDEX menyatakan bahawa 290 lot tanah berjumlah 15.15 hektar akan terpaksa diambil-alih demi membuka jalan kepada pembinaan lebuhraya tersebut,” jelas beliau.

“Menurut nilai pasaran semasa terhadap tanah di sepanjang jajaran yang dicadangkan, adalah dianggarkan bahawa kos sekitar RM700 juta ke RM 1 bilion diperlukan untuk melakukan pengambil-alihan tanah,”

“Ini akan membawa jumlah besar kos KIDEX menjadi sehingga RM3.1 bilion hingga RM3.4 bilion,” tambahnya.

Sebagai perbandingan, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hanya memakan kos sebanyak RM13.04 juta per-kilometer; manakala Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) hanya dibina dengan dengan RM 33.18 juta per-kilometer.

“Kerajaan negeri dan persekutuan mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa manfaat daripada pembinaan KIDEX adalah melebihi isu kosnya,sebelum membuat keputusan sama ada untuk meluluskan projek tersebut atau sebaliknya,” ujar Bee Yin.

Isu lebuhraya KIDEX meletakkan Kerajaan Negeri Selangor dalam kedudukan yang sukar setelah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memihak kepada projek yang rata-rata dibantah oleh penduduk setempat serta Adun-Adun Pakatan Rakyat sendiri.

Kontrak projek tersebut telah dianugerahkan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd, yang mempunyai kaitan dengan peguam UMNO Datuk Hafarizam Harun dan isteri kepada bekas ketua hakim negara Tun Zaki Azmi. – Roketkini.com